Peristiwa Dreyfus (Perancis: l'affaire Dreyfus, disebut: [lafɛːʁ dʁɛfys]) adalah suatu skandal politik yang berlaku dalam Republik Perancis Ketiga dari 1894 sehingga ia selesai pada pada tahun 1906. Ia melibatkan hal seorang pegawai artileri dalam Tentera Darat Perancis, Kapten Alfred Dreyfus disabitkan kesalahan menderhaka kepada Republik atas dakwaan membocorkan maklumat ketenteraan sulit Perancis ke Empayar Jerman melalui kedutaan di Paris lalu dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Muka hadapan akhbar Le Petit Journal mengenai pemenjaraan Albert Dreyfus akibat salah sangka Pemerintah Perancis, 20 Januari 1895

Merebaknya kegentingan yang wujud dalam peristiwa ini banyak memutik pertelingkahan antara warga-warga Katolik dan sekularis dalam pemerintah Perancis sehingga menyebabkan peradikalan politik dalam negara tersebut. Pemburukan peristiwa ini yang diapikan oleh akhbar dan pendapat umum terbukti sebagai contoh ketidakadilan moden paling dikenali di dunia Francophone[1] memandangkan ia antaranya bertumpu utama kepada penyoalan dan pencemuhan terhadap identiti Alfred sebagai seorang berbangsa Yahudi yang dianggap berkait dengan jenayah penderhakaan kepada negaranya; aspek antisemitisme ini juga dilihat sebagai pencetus awal kepada gerakan Zionisme yang mendorong pembentukan suatu negara Yahudi yang berasingan.[2]

Tertiris maklumat sulit Perancis sunting

 
Alfred Dreyfus, pegawai tentera Perancis yang disalahdakwa dalam Pemerintah Perancis kerana sentimen anti-Yahudi.

Kejadian ini berlaku tidak lama selepas pengilhakan Alsace dan Moselle berikutan Perang Perancis-Prusia didorong atas pemikiran Revanchisme. Peperangan yang meletus ini begitu memalukan pihak Perancis sehingga menyebabkan sentimen nasionalisme yang kuat di sana.

Staf Perkhidmatan Perisikan (Service de Renseignements, SR) bekerja mengintip Kedutaan Jerman di Paris sepanjang masa pada ketika ini;[3] pihak tersebut mengupah seorang tukang rumah Perancis yang bekerja di bangunan untuk membantu dalam usaha ini. Pada September 1894, pekerja tersebut mendapati suatu kepingan nota dikoyak-koyakkan[4] (bordereau[Note 1]) yang diserahkannya kepada pihak SR. Kertas ini yang dikoyak enam ini [5] tidak ditandatangani mahupun bertarikh serta ditujukan kepada attacheri tentera Jerman yang ditempatkan di Kedutaan Jerman, Max von Schwartzkoppen dengan maklumat ketenteraan Perancis yang sulit mengenai sekeping artileri berkaliber 120 yang baru dibangunkan [6] akan dihantar kepada kuasa asing.

Setelah beberapa lama siasatan dibuat, seorang individu disyaki atas ini: Kapten Alfred Dreyfus, seorang pegawai artileri berbangsa Yahudi Alsace lepasan École polytechnique.[7] Pada ketika ini, Dreyfus lebih disyaki daripada latar belakangnya yang berasal dari Alsace diduduki penutur Bahasa Jerman - para pegawai dari Alsace sangat diperlukan semasa Perang Perancis menentang Prusia kerana kemahiran serba-serbi mereka tentang budaya orang Jerman yang memudahkan pengintipan terhadap pihak Jerman.[8][9] Namun, ada juga golongan dalam pejabat turus tentera yang sangat mempunyai rasa kebencian terhadap warga Yahudi sendiri,[10] maka sentimen ini menjadi dipergunakan dalam pendakwaan Dreyfus.[11]

Penuduhan dan pelucutan Dreyfus sunting

Pembicaraan dan pengapian dari media sunting

 
Gambaran perbicaraan Kpt. Dreyfus di Rennes pada 1899 oleh Jean Baptiste Guth untuk majalah Vanity Fair.

Pembongkaran sunting

 
Surat nukilan Émile Zola berjudul "Saya menuduh...! Surat kepada Presiden Republik" dilampirkan pada muka hadapan isu 13 Januari 1898 akhbar L’Aurore.

Pada tahun 1898, Émile Zola menerbitkan sepucuk surat menempelak pemerintahan Presiden Félix Faure atas rasa kebencian dan ketidakadilan pemerintahannya terhadap Dreyfus di samping kurangnya bukti kukuh yang membenarkan pemenjaraan Dreyfus.

Pendakwaan semula sunting

Ferdinand Walsin Esterhazy dibicarakan selama dua hari setelah didapati bersalah, meskipun ada percubaan daripada seberapa pihak atasan menghapuskan bahan bukti berkaitan Esterhazy. Namun, Esterhazy sendiri didapati tidak bersalah oleh pihak Mahkamah.

Esterhazy dihentikan jawatannta secara sembunyi dengan saraan sebelum dia berangkat ke United Kingdom melalui Brussel pada 1 September 1898, di maan dia menghabiskan sisa hidupnya di Harpenden, Hertfordshire.

Pengembalian jawatan Dreyfus sunting

Dreyfus dikembalikan jawatannya dalam Tentera Darat Perancis berpangkat mejar pada 13 Julai 1906,[12] bahkan beliau dianugerahkan pangkat Kesateria Legion Terhormat sebelum naik ke Panglima tiga tahun kemudian.[13] Beliau bersara dari jawatannya setelah berkhidmat sebagai komander hampir setahun dalam depot artileri Fort Neuf de Vincennes atas faktor kesihatan dialaminya semasa dipenjarakan di Guiana Perancis.[14] Beliau ada terlibat semasa Perang Dunia Pertama 1914–1918, sebagai ketua pengurus gedung senjata api di sebuah kubu di Paris; beliau terlibat dalam barisan hadapan di Chemin des Dames dan Verdun pada tahun 1917.[15] Beliau bersara sepenuhnya dari dunia ketenteraan selepas itu berpangkat kolonel.[13]

Kesan yang menyusul sunting

Peranan akhbar sunting

Peristiwa berturutan ini membawa kepada kesedaran terhadap peranan persuratkhabaran yang meningkat dan mempengaruhi dunia politik Perancis[16] bertindak dalam semua badan pemerintahan negara[17] lagi-lagi dari penglibatan penulis sajak dan novel yang menggunakan wahana akhbar untuk menyemaikan kefahaman yang baru dalam masyarakat. Kuasa akhbar yang mengesan terutamanya seluruh kota Paris banyak mendorong negarawan yang ditempelak seperti Mercier bertindak semasa perbicaraan berlaku tahun 1894 berikutan laporan keras oleh La Libre Parole.[18]

Pencetusan Zionisme sunting

Theodor Herzl merupakan seorang wartawan yang bekerja sebagai koresponden Neue Freie Presse di Vienna, namun beliau sendiri berhijrah dari Austria yang bermasyarakat prejudis terhadap orang Yahudi ke Perancis yang dianggap lebih bebas dengan pendekatan lebih humanis dan sekular. Beliau pada ketika itu sangat mendokong asimilasi budaya Eropah dalam kalangan masyarakat Yahudi, namun berpaling tadah setelah melihat reaksi dahsyat masyarakat Perancis ke atas kaum Yahudi sana. Kongres Zionis Pertama ditubuhkan Herzl beberapa lama setelah mengambil alih pergerakan Zionis yang kecil pada ketika ini.

Sentimen membalas dendam dalam kalangan masyarakat Eropah Barat terhadap ramai orang Yahudi setempat yang merasakan diri sudah berasimilasi dalam masyarakat masing-masing sehingga rela berkhidmat dan berjuang untuk negara-negara mereka[19] namun masih dipandang serong kuat oleh masyarakat Eropah tersebut.[20]

Nota sunting

  1. ^ The French word bordereau [bɔʁ.də.ʁo] means simply a note or slip of paper and can be applied to any note. In French many documents in the case were called bordereaux; however, in this translation the term bordereau is used only for this note.

Rujukan sunting

  1. ^ Guy Canivet, Presiden Mahkamah Agung, Justice from the Dreyfus Affair, m/s. 15.
  2. ^ Benny Morris, Victims: History revisits the Arab–Zionist conflict, 2003, pp. 29 and 34.
  3. ^ See especially Reinach, History of the Dreyfus Affair, Volume 1 Diarkibkan 2019-08-29 di Wayback Machine, pp. 40–42. (Perancis)
  4. ^ "usual way" jargon of the SR meaning: documents retrieved by the housekeeper of the German Embassy: Thomas, The Affair without Dreyfus, p. 140 et seq. (Perancis)
  5. ^ Not small pieces. In addition the paper was not wrinkled. Bredin, The Affair, p. 67. (Perancis)
  6. ^ The only important information in the document was a note on the 120 C Baquet gun, an artillery piece that represented only 1.4% of modern French artillery in 1914 and 0.6% of all artillery. Doise, A well kept secret, p. 55 et seq. (Perancis)
  7. ^ Birnbaum, L'Affaire Dreyfus, m/s. 48. (Perancis)
  8. ^ Burns, a family...., p. 139. (Perancis)
  9. ^ Thomas, The Affair without Dreyfus, p. 260. (Perancis)
  10. ^ Maurice Paléologue, The Dreyfus Affair and the Quai d'Orsay (Perancis) "Jean Sandherr était un antisémite forcené..."
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Birnbaum40 tidak disediakan
  12. ^ Paul Read, Piers (February 2013). The Dreyfus Affair. m/s. 343. ISBN 978-1-4088-3057-4.
  13. ^ a b Duclert, The Dreyfus Affair, p. 111. (Perancis)
  14. ^ Paul Read, Piers (February 2013). The Dreyfus Affair. m/s. 345. ISBN 978-1-4088-3057-4.
  15. ^ Du Paty de Clam died of wounds in 1916. The other senior officers had either retired or died before the outbreak of World War I
  16. ^ Bredin, The Affair, p. 471. (Perancis)
  17. ^ Boussel, The Dreyfus Affair and the Press, p. 92 (Perancis)
  18. ^ Bredin, The Affair, p. 474. (Perancis)
  19. ^ Viey, Frederick (16 Mei 2011). "L’antisémitisme dans l’Armée : l’Affaire Coblentz à Fontainebleau" (dalam bahasa Perancis). Judaiques Cultures.
  20. ^ Richarz, Monika. "The History of the Jews in Europe during the Nineteenth and Early Twentieth Centuries" (PDF). un.org. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2020-06-15. Dicapai pada July 23, 2018.

Pautan luar sunting