Peristiwa Terkini Dalam Gambar

Peristiwa Terkini Dalam Gambar (時事畫報) ialah komik manhua yang diterbitkan pada 1905. Komik ini ditulis dan digambarkan oleh para anggota Tongmenghui sehingga akhirnya diharamkam oleh dinasti Qing pada tahun 1909.[1][2] Kemudian, dua tahun setelah ditapis, dinasti Qing digulingkan oleh Revolusi Xinhai pada 1911.

Peristiwa Terkini Dalam Gambar

Sejarah sunting

Tujuan penerbitan komik ini untuk memberi penerangan kepada masyarakat umum mengenai peristiwa dan politik yang terjadi di China. Komik ini dikeluarkan tiga kali sebulan. Seniman Pan Da-wei (潘達微), Gao Jian-Fu (高劍父), Xie Ying-bo (謝英伯), He Jian-shi (何劍士) dan Zheng Nu-quan (鄭磊泉), semuanya ialah kaum revolusioner Tongmenghui.[1]

Manhua ini mengkritik masyarakat feudal China sekaligus mengungkap berlakunya rasuah dan banyak kelemahan dalam pemerintahan Qing. Setelah diharamkan pada tahun 1909 di Chin, kerana didapati menyebarkan propaganda anti-Qing,[2] penerbitan diteruskann di Hong Kong selama beberapa bulan pada tahun berikutnya. Pemerintah Qing kemudian berjaya memaksa pemerintah United Kingdom mengharamkan komik ini beredar di Hong Kong.[1]

Pada tahun 1912, beberapa bulan setelah Republik Rakyat China diasaskan, komik ini kembali diterbitkan di Guangzhou. Namun, berakhir dengan kekacauan setahun kemudian.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Wong, Wendy Siuyi. [2002] (2001) Hong Kong Comics: A History of Manhua. Princeton Architectural Press. New York. ISBN 1-56898-269-0
  2. ^ a b c Hou, Jingwu (Jan 2012). "Social Reform Illustrated: A Critical Study of the Pictorial Magazine of Current Affairs in Guangzhou". M.A. Thesis, National Tsing Hua University. (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 2015-12-02.