Peristiwa kepupusan Kapur-Paleogen

Peristiwa kepupusan Kapur–Paleogen (K–Pg),[a] ataupun kepupusan Kapur–Tertier (K–T),[b] merupakan kepupusan besar-besaran sekitar tiga perempat spesies flora dan fauna di Bumi yang berlaku dalam jangka masa yang singkat dari segi geologi[2][3][4] kira-kira 66 juta tahun dahulu. Kecuali beberapa spesies ektotermik seperti penyu belimbing dan buaya, tiada sebarang tetrapod yang beratnya melebihi 25 kilogram (55 lb) terselamat.[5] Ini merupakan penutup Usia Kapur (Cretaceous) dan seluruh Era Mesozoik dan juga pembukaan zaman Senozoik yang berterusan hingga kini.

meteoroid entering the atmosphere with fireball
Gambaran artis mengenai asteroid selebar beberapa kilometer bertembung dengan Bumi. Hentaman sebegini boleh melepaskan tenaga sebanyak beberapa juta senjata nuklear yang meletup sekali gus.
Cretaceous Paleogene clay layer with finger pointing to boundary
Lapisan tanah liat Kapur–Paleogen (kelabu) di dalam terowong Geulhemmergroeve berdekatan Geulhem, Belanda. Jari menunjukkan sempadan Kapur–Paleogen sebenar.

Dalam rekod geologi, peristiwa K–Pg ditandai oleh lapisan mendapan nipis yang dipanggil "sempadan K–Pg" yang terdapat di batuan dasar laut mahupun daratan seluruh dunia. Tanah liat sempadan menunjukkan kandungan logam iridium yang tinggi yang jarang terdapat dalam kerak Bumi tetapi mewah dalam asteroid.[6]

Seperti yang mula-mula diusulkan pada tahun 1980 oleh sekumpulan saintis pimpinan Luis Alvarez, kini disangka umum bahawa kepupusan K–Pg dicetuskan oleh hempasan komet atau asteroid raksasa yang dianggarkan lebarnya 10 km (6.2 bt)[7][8] pada 66 juta tahun dahulu serta kesan malapetaka terhadap persekitaran sedunia, termasuk musim sejuk berlarutan yang menghalang tumbuh-tumbuhan dan plankton daripada menjalani fotosintesis.[9][10] Andaian hempasan yang juga digelar hipotesis Alvarez ini dikukuhkan oleh penemuan kawah Chicxulub selebar 180-kilometer-wide (112 bt) di Teluk Mexico pada awal 1990-an[11] yang menawarkan bukti konklusif bahawa tanah liat sempadan K–Pg merupakan sisa hempasan asteroid.[12] Kenyataan bahawa kepupusan ini berlaku serentak dengan hempasan menjadikan bukti situasi yang kukuh bahawa kepupusan K–Pg ini disebabkan oleh asteroid dan barangkali dipercepat oleh pembentukan Deccan Traps. Namun begitu, ada saintis yang berhujah bahawa kepupusan ini disebabkan atau dirancakkan lagi oleh faktor-faktor lain seperti letusan gunung berapi, perubahan iklim, ataupun perubahan paras laut secara berasingan atau bersama-sama.[13]

Banyak sekali spesies yang lenyap dalam peristiwa K–Pg. Yang terutama sekali ialah dinosaur yang bukan avian (rata-rata yang berkaki empat, "avian" bermaksud berkenaan burung). Di samping itu, banyak lagi organisma daratan yang lenyap, termasuklah rumpun-rumpun mamalia, pterosaur, burung,[14][15] biawak,[16] serangga,[17][18] dan tumbuh-tumbuhan.[19] Di lautan pula, peristiwa K–Pg menghapuskan plesiosaur dan biawak marin gergasi (Mosasauridae) di samping memusnahkan sebahagian besar spesies ikan,[20] ikan yu, moluska (khususnya amonit yang pupus) dan banyak spesies plankton. Dianggarkan sebanyak 75% daripada semua spesies di Bumi lenyap dalam peristiwa ini.[21] Namun, kebinasaan ini juga memberikan peluang untuk berevolusi. Ekoran kepupusan ini, banyak spesies menjalani penyebaran menyesuai yang hebat, iaitu percapahan yang tiba-tiba dan peridi kepada bentuk-bentuk dan spesies-spesies baharu di dalam ceruk-ceruk ekologi yang terganggu dan kosong disebabkan peristiwa. Khususnya mamalia yang mempelbagaikan diri pada Paleogen,[22] menghasilkan bentuk-bentuk baharu seperti kuda, ikan paus, kelawar, dan mawas. Burung,[23] ikan[24] dan mungkin biawak turut menjalani proses ini.

Nota sunting

  1. ^ Singkatan ini diperoleh daripada menggabungkan K, singkatan umum Usia Kapur yang berasal dari istilah Jerman Kreide, dengan Pg, iaitu singkatan Paleogen.
  2. ^ Designasi asalnya termasuk istilah 'Tertier' (singkatan T) yang kini tidak digalakkan lagi sebagai unit geokronologi yang rasmi oleh Suruhanjaya Stratigrafi Antarabangsa.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ Ogg, James G.; Gradstein, F. M; Gradstein, Felix M. (2004). A geologic time scale 2004. Cambridge, UK: Cambridge University Press. ISBN 0-521-78142-6.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  2. ^ "International Chronostratigraphic Chart". International Commission on Stratigraphy. 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada May 30, 2014. Dicapai pada 29 April 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ Renne, Paul R.; Deino, Alan L.; Hilgen, Frederik J.; Kuiper, Klaudia F.; Mark, Darren F.; Mitchell, William S.; Morgan, Leah E.; Mundil, Roland; Smit, Jan (7 February 2013). "Time Scales of Critical Events Around the Cretaceous-Paleogene Boundary". Science. 339 (6120): 684–687. Bibcode:2013Sci...339..684R. doi:10.1126/science.1230492. PMID 23393261.
  4. ^ Fortey, Richard (1999). Life: A Natural History of the First Four Billion Years of Life on Earth. Vintage. m/s. 238–260. ISBN 978-0-375-70261-7.
  5. ^ Primal Forces
  6. ^ Schulte, Peter (March 5, 2010). "The Chicxulub Asteroid Impact and Mass Extinction at the Cretaceous-Paleogene Boundary". Science. American Association for the Advancement of Science. 327 (5970): 1214–1218. Bibcode:2010Sci...327.1214S. doi:10.1126/science.1177265. JSTOR 40544375. PMID 20203042.
  7. ^ Sleep, Norman H.; Lowe, Donald R. (9 April 2014). "Scientists reconstruct ancient impact that dwarfs dinosaur-extinction blast". American Geophysical Union. Dicapai pada 30 December 2016.
  8. ^ Amos, Jonathan (15 May 2017). "Dinosaur asteroid hit 'worst possible place'". BBC News Online. Dicapai pada 16 March 2018.
  9. ^ Alvarez, L W; Alvarez, W; Asaro, F; Michel, H V (1980). "Extraterrestrial cause for the Cretaceous–Tertiary extinction". Science. 208 (4448): 1095–1108. Bibcode:1980Sci...208.1095A. doi:10.1126/science.208.4448.1095. PMID 17783054.
  10. ^ Vellekoop, J.; Sluijs, A.; Smit, J.; Schouten, S.; Weijers, J. W. H.; Sinninghe Damste, J. S.; Brinkhuis, H. (May 2014). "Rapid short-term cooling following the Chicxulub impact at the Cretaceous-Paleogene boundary". Proc. Natl. Acad. Sci. U.S.A. 111 (21): 7537–41. Bibcode:2014PNAS..111.7537V. doi:10.1073/pnas.1319253111. PMC 4040585. PMID 24821785. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)
  11. ^ Hildebrand, A. R.; Penfield, G. T.; dll. (1991). "Chicxulub crater: a possible Cretaceous/Tertiary boundary impact crater on the Yucatán peninsula, Mexico". Geology. 19 (9): 867–871. Bibcode:1991Geo....19..867H. doi:10.1130/0091-7613(1991)019<0867:ccapct>2.3.co;2.
  12. ^ Schulte, P.; dll. (5 March 2010). "The Chicxulub Asteroid Impact and Mass Extinction at the Cretaceous-Paleogene Boundary". Science. 327 (5970): 1214–1218. Bibcode:2010Sci...327.1214S. doi:10.1126/science.1177265. PMID 20203042.
  13. ^ Smathers, G A; Mueller-Dombois D (1974). Invasion and Recovery of Vegetation after a Volcanic Eruption in Hawaii. Scientific Monograph. 5. United States National Park Service. Dicapai pada 9 Julai 2007.
  14. ^ Longrich, Nicholas R.; Tokaryk, Tim; Field, Daniel J. (2011). "Mass extinction of birds at the Cretaceous–Paleogene (K–Pg) boundary". Proceedings of the National Academy of Sciences. 108 (37): 15253–15257. Bibcode:2011PNAS..10815253L. doi:10.1073/pnas.1110395108. PMC 3174646. PMID 21914849.
  15. ^ "Primitive birds shared dinosaurs' fate". Science Daily. 20 September 2011. Dicapai pada 20 September 2011.
  16. ^ Longrich, N. R.; Bhullar, B.-A. S.; Gauthier, J. A. (December 2012). "Mass extinction of lizards and snakes at the Cretaceous-Paleogene boundary". Proc. Natl. Acad. Sci. U.S.A. 109 (52): 21396–401. Bibcode:2012PNAS..10921396L. doi:10.1073/pnas.1211526110. PMC 3535637. PMID 23236177.
  17. ^ Labandeira CC; Johnson KR (2002). "Preliminary assessment of insect herbivory across the Cretaceous-Tertiary boundary: major extinction and minimum rebound". Dalam Hartman JH; Johnson KR; Nichols DJ (penyunting). The Hell Creek formation and the Cretaceous-Tertiary boundary in the northern Great Plains: An integrated continental record of the end of the Cretaceous. Geological Society of America. m/s. 297–327. ISBN 978-0-8137-2361-7. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)
  18. ^ Rehan, Sandra M.; Leys, Remko; Schwarz, Michael P. (2013). "First evidence for a massive extinction event affecting bees close to the K-T boundary". PLoS One. 8 (10): e76683. Bibcode:2013PLoSO...876683R. doi:10.1371/journal.pone.0076683. ISSN 1932-6203. PMC 3806776. PMID 24194843.
  19. ^ Nichols, D. J. and K. R. Johnson (2008).
  20. ^ Friedman M (2009). "Ecomorphological selectivity among marine teleost fishes during the end-Cretaceous extinction". Proceedings of the National Academy of Sciences. Washington, DC. 106 (13): 5218–5223. Bibcode:2009PNAS..106.5218F. doi:10.1073/pnas.0808468106. PMC 2664034. PMID 19276106.
  21. ^ Jablonski, D.; Chaloner, W. G. (1994). "Extinctions in the fossil record (and discussion)". Philosophical Transactions of the Royal Society of London B. 344 (1307): 11–17. doi:10.1098/rstb.1994.0045.
  22. ^ Alroy J (1999). "The fossil record of North American Mammals: evidence for a Palaeocene evolutionary radiation". Systematic Biology. 48 (1): 107–118. doi:10.1080/106351599260472. PMID 12078635.
  23. ^ Feduccia A (1995). "Explosive evolution in Tertiary birds and mammals". Science. 267 (5198): 637–638. Bibcode:1995Sci...267..637F. doi:10.1126/science.267.5198.637. PMID 17745839.
  24. ^ Friedman M (2010). "Explosive morphological diversification of spiny-finned teleost fishes in the aftermath of the end-Cretaceous extinction". Proceedings of the Royal Society B. 277 (1688): 1675–1683. doi:10.1098/rspb.2009.2177. PMC 2871855. PMID 20133356.