Peristiwa keruntuhan Pasaraya Jaya

Bangunan Pasar raya Jaya atau 'Jaya Supermarket' di Seksyen 14/20, Petaling Jaya, Selangor tiba-tiba runtuh pada hari Khamis, 28 Mei 2009, jam 5.00 petang.

Bangunan itu runtuh sebelum sempat ia dirobohkan secara sempurna . Terdapat 5 jentera berat di bangunan 6 tingkat itu. Pekerja-pekerja telah memulakan kerja meruntuhkan bangunan itu sejak 20 hari sebelum itu. Terdapat 30 pekerja asing di dalam bangunan ketika bangunan itu tiba-tiba runtuh, tingkat demi tingkat.Struktur bangunan yang runtuh itu adalah satu pertiga dari keseluruhan bangunan yang berkeluasan 6,400 meter persegi meliputi bangunan 10 tingkat yang bersambung dengan bangunan lima tingkat.

Mangsa sunting

Sehingga kini pasukan penyelamat telah menemui 7 mayat di dalam runtuhan bangunan. 2 pekerja cedera dan 4 masih terperangkap.

  • Muhammad Maskur, 31 ditemui mati terperangkap di tingkat bawah tempat letak kereta pada jam 3.30 pagi . Beliau berasal dari Indonesia.[1]Mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
  • Anwaruddin, 38, ditemui mati tertimbus di bawah jengkaut yang dipandunya. Mayat beliau ditemui jam 4.07 petang 29 Mei 2009. Antara yang ditemui ialah telefon bimbit, wang tunai dan dokumen pengenalan yang disimpan dalam beg pinggang yang dipakainya.[2]

Jiran dipindahkan sunting

Pada 31 Mei 2009, seramai 75 penghuni daripada 12 buah rumah di Jalan 14/15 berhampiran tapak Bangunan Jaya Supermarket itu telah diarahkan berpindah ke hotel - Hotel Armada, Crystal Crown dekat situ dan Hotel Sunway di Subang Jaya oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan polis demi keselamatan mereka. Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd Roslan Sakiman menyatakan rumah mereka akan dikawal ketat.Pemantauan seterusnya diputuskan oleh Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) .[3]

Empat khemah termasuk sebuah khemah polis didirikan dan masih dikawal ketat 24 jam oleh anggota polis dan MBPJ.[4]

Pasukan penyelamat sunting

Usaha mencari dan menyelamat dilakukan oleh 541 anggota pelbagai jabatan. Mereka ialah 50 anggota polis, bomba (30), Pasukan Mencari dan Menyelamat (Smart) (15), Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) (30) dan Rela (30). 45 anggota paramedik dari tiga buah hospital iaitu PPUM, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur berada di tapak kejadian untuk memberikan bantuan perubatan.[5]

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengeluarkan arahan henti kerja bagi membolehkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) mengkaji dan menyediakan laporan berhubung insiden itu.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ "PJ: Mayat ketiga berjaya dikeluarkan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-01. Dicapai pada 2009-05-29.
  2. ^ Dua mayat lagi berjaya dibawa keluar
  3. ^ Jaya Supermarket: Bekas wartawan tuntut gantirugi
  4. ^ Pihak Berkuasa Jamin Kediaman Penduduk Seksyen 14 Selamat
  5. ^ Bangunan Jaya Supermarket Runtuh, Dua Maut
  6. ^ Runtuh: Arahan henti kerja dikeluarkan untuk lancarkan siasatan