Perjalanan Dura Besar

Templat:Great Trek

Pemetaan laluan perjalanan-perjalanan dura dari 1835 sehingga 1840
  Laluan Louis Tregardt (1833-1838)
  Laluan laut rombongan Tregardt, 1839
  Laluan Van Rensburg selepas berpisah dengan Tregardt
  Laluan Gerrit Maritz
  Laluan Piet Retief
  Laluan Piet Uys

Perjalanan Dura Besar (Afrikaans: Die Groot Trek; Belanda: De Grote Trek) merupakan suatu migrasi atau penghijrahan besar-besaran penutur bahasa Belanda berkereta lembu dari Cape Colony ke arah timur menuju pedalaman Afrika dari tahun 1836[1] berikutan hubungan tegang antara kaum Boer dengan pihak British[2] serta kecenderungan mengasingkan diri daripada kesibukan bandar Cape Town yang semakin membangun pesat.[3] Mereka yang terlibat dalam "perjalanan" ini bergelar voortrekker ([for.trék.kĕr]).

Migrasi besar-besaran ini membawa kepada penubuh beberapa republik Boer yang berautonomi termasuk Republik Transvaal, Negara Bebas Oranye dan Republik Natalia.[4] Ia juga merupakan antara faktor penyebab keruntuhan Kerajaan Zulu.[3]

Faktor pencetus sunting

Kerajaan Tanjung British sangat tidak menyenangi pemilikan hamba oleh orang Boer yang dianggap menindas penduduk asal kawasan tersebut.[4] Tambahan lagi, kerajaan tersebut menggesa jajahan Tanjung tersebut menampung perbelanjaan sendiri melalui suatu bentuk percukaian yang tidak difahami orang boer dan Belanda di Cape Town.[3]

Langkah Britain mahu menghapuskan perhambaan di seluruh jajahannya pada 1834 memburukkan keadaan bagi pihak Boer[2][3] yang sangat bergantung kepada tenaga kerja mereka untuk perusahaan bijirin dan wain mereka.[5] Pampasan dapat dilakukan kepada kerajaan Tanjung namun ia terpaksa dilaksanakan di London yang menampung kos perjalanan sangat mahal untuk orang Boer sendiri.[3] Maka dengan itu, ada daripada kalangan mereka yang serik dengan masalah yang dihadapi ini mula menjual ladang-ladang mereka dan merantau jauh ke pedalaman Afrika yang asing untuk mengelakkan diri serta hidup bebas dari campur tangan British.[3]

Konflik yang dialami sunting

Dengan orang Matabele sunting

Pada Ogos 1836, suatu kelompok penjaga Ndebele (Matabele) menyerang sebuah keluarga bernama akhir Liebenberg dari kelompok Hendrik Potgieter dalam percubaan mereka merompak lembu keluarga tersebut; sebanyak enam lelaki, dua wanita dan enam anak-anak terbunuh dalam samunan itu. Pada 20 Oktober tahun sama, kelompok Potgieterdiserang 4,600 orang pahlawan Ndebele di Pertempuran Vegkop, sebanyak 35 orang perantau menepis serangan pahlawan tersebut dengan hanya dua orang sahaja yang terkorban serta hampir kesemua lembu milik mereka dirampas.

Dengan orang Zulu sunting

Pada Oktober 1837, Piet Retief berjumpa dengan Raja Dingane demi merunding suatu persetujuan memperoleh di suatu kawasan yang kini merangkumi Kwa-Zulu Natal. Baginda raja merasa sangat sangsi dan benci akan ketibaan orang Voortrekker yang dianggap mencerobohi Drakensberg, lalu mengarahkan orang-orangnya membunuh Retief serta puluhan orang pengikutnya.[6]:164

Impak kepada politik Afrika Selatan sunting

Perjalanan yang dihadapi golongan ini meratakan hierarki sedia ada dalam kalangan perantau sehingga mereka kembali bergantung kepada strukut patriakal dan reputasi ketenteraan masing-masing demi menjaga kuasa ke atas kelompok-kelompok mereka. Keadaan tersebut banyak mengesan pada budaya dan masyarakat orang Afrikaner.[6]:163 Peristiwa ini terutamanya dpergunakan golongan nasionalis dari bangsa tersebut sebagai suatu simbol asas mengalakkan suatu idea bangsa Afrikaner, terutamanya dalam kalangan pihak Parti Kebangsaan Afrika Selatan.

Rujukan sunting

  1. ^ Laband, John (2005). The Transvaal Rebellion: The First Boer War, 1880-1881. Abingdon: Routledge Books. m/s. 10–13. ISBN 978-0582772618.
  2. ^ a b Lloyd, Trevor Owen (1997). The British Empire, 1558-1995. Oxford: Oxford University Press. m/s. 201–206. ISBN 978-0198731337.
  3. ^ a b c d e f Greaves, Adrian. The Tribe that Washed its Spears: The Zulus at War (ed. 2013). Barnsley: Pen & Sword Military. m/s. 36–55. ISBN 978-1629145136.CS1 maint: ref=harv (link)
  4. ^ a b Arquilla, John (2011). Insurgents, Raiders, and Bandits: How Masters of Irregular Warfare Have Shaped Our World. Lanham: Rowman & Littlefield Publishing Group. m/s. 130–142. ISBN 978-1566638326.
  5. ^ Simons, Mary; James, Wilmot Godfrey (1989). The Angry Divide: Social and Economic History of the Western Cape. Claremont: David Philip, Publisher (Pty) Ltd. m/s. 31–35. ISBN 978-0864861160.
  6. ^ a b Giliomee, Hermann (2003). The Afrikaners: Biography of a People. Cape Town: Tafelberg Publishers Limited. m/s. 161. ISBN 062403884X.