Perjanjian-perjanjian Inggeris–Belanda 1870-71

Perjanjian-perjanjian Inggeris–Belanda 1870-71 merupakan tiga perjanjian yang berhubung kait antara British dengan Belanda. Perjanjian-perjanjian ini berkaitan dengan pertelingkahan serta hal-hal kolonial antara kedua-dua negara tersebut.

Sejarah sunting

Dalam tahun 1868, dua perjanjian yang mengatur hala-hal kolonial antara Belanda dan United Kingdom digubal. Perjanjian pertama berkaitan dengan penguasaan terhadap pulau Sumatera. Belanda menguasai Kesultanan Siak Sri Indrapura semenjak tahun 1858, satu peristiwa yang dibantah British. Pada masa yang sama, British juga berasa terkejut dengan jumlah cukai yang terpaksa dibayar oleh warganya untuk berniaga di sana. Menjadi jelas kepada kedua-dua pihak yang Perjanjian Sumatera Pertama 1824 perlu dikaji semula; sebagai balasan untuk pengiltirafan penguasaan penuh Belanda terhadap Siak, pihak Belanda akan memberi British hak komersial penuh kepada British di Siak. Perjanjian yang satu lagi mengawal selia perekrutan pekerja kontrak dari Raj British buat koloni Belanda di Suriname.[1]

Pada masa yang sama, Engelbertus de Waal, menteri Hal Ehwal Kolonial baharu Belanda, mahu menyerahkan Gold Coast Belanda (yang memakan belanja yang tinggi) kepada Britain, dan telah mendraf laporan berkaitan dengan perkara itu dalam tahun 1869. Laporan De Waal mendapat reaksi negatif daripada Majlis Negara Belanda]] dan laporan tersebut diabaikan buat seketika. Dalam masa yang sama juga, De Waal membuat rundingan rahsia dengan British tentang penyerahan kuasa Gold Coast kepada British dan ini mencetuskan tawaran rasmi British dalam tahun 1870. Pada 21 Jun 1870, Majlis Negara memberi jawapan positif terhadap tawaran ini dengan syarat penyerahan kuasa ini disertakan dengan pengiktirafan penguasaan Belanda di Hindia Timur.[2]

Pihak Belanda meminta peluasan perjanjian perekrutan buat pekerja kontrak, dan klausa tambahan pada Perjanjian Siak yang memantapkan kedudukan Kesultanan Aceh sebagai sebahagian daripada wilayah di bawah pengaruh Belanda. Pihak British menolak permintaan-permintaan ini, dan oleh sebab Belanda sendiri yang mula-mula mencetuskan tawaran British untuk penyerahan Gold Coast, kerajaan Belanda tiada pilihan selain daripada menandatangani perjanjian-perjanjian Perekrutan dan Siak pada 8 September 1870.[3]

Sementara itu, British pula meletakkna beberapa syarat baharu berkaitan dengan penyeraha Gold Coast—British meminta agar perjanjian-perjanjian Siak dan Perekrutan disahkan serentak, agar perekrutan hanya dapat dibuat hanya apabila British memperoleh kesamaan hak di Siak. Untuk sebab-sebab prestij peribadi, De Waal meminta agar perjanjian Gold Coast juga disahkan serentak, menjadi ketiga-tiga perjanjian terhubung kait dan saling bergantung. Perjanjian Gold Coast dimeteraikan pada 25 Februari 1871.[4]

Dalam satu peristiwa yang luar biasa, Perjanjian Siak ditolak Dewan Undangan Belanda dengan 36 undi lawan 38, sementara Perjanjian Gold Coast pula diterima dengan 34 undi lawan 30. Oleh sebab British amat berminat untuk mendapatka kesamaan hak di Siak, mereka bersetuju untuk merunding Perjanjian Siak semula dan tidak menarik diri daripada ketiga-tiga perjanjian. Untuk memnuhi permintaan Belanda, perjanjian yang baharu, yang dikenali sebagai Perjanjian Sumatera, menetapkan pengaruh penuh Belanda terhadap Kesultanan Aceh.[5] Perjanjian baharu dimeteraikan di The Hague pada 2 November 1871, bersama-sama dengan sebiuah protokol tambahan pada Perjanjian Gold Coast yang membenarkan Belanda untuk menyambung perekrutan tentera buat Tentera Hindia Timur di Gold Coast.[6][7]

Senat Belanda meluluskan ketiga-tiga perjanjian pada 17 dan 18 Januari 1872, membuka laluan buat peniktirafan penuh oleh Belanda pada 17 Februari 1872.[5] Gold Coast Belanda diserahkan kepada United Kingdom secara rasminya pada 6 April 1872.[8]

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ Adhin 1961, halaman 8–9
  2. ^ Adhin 1961, halaman 7–8
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Adhin9 tidak disediakan
  4. ^ Adhin 1961, halaman 9–10
  5. ^ a b Adhin 1961, halaman 11
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan FCO4 tidak disediakan
  7. ^ Foreign and Commonwealth Office - Protocol additional to the Convention of February 25, 1871 between Great Britain and the Netherlands for the transfer to Great Britain of the Dutch Possessions on the Gold Coast, (Recruitment of Free Labourers)
  8. ^ Adhin 1961, halaman 6

Rujukan sunting

  • Adhin, J. H. (1961). "De immigratie van Hindostanen en de afstand van de Goudkust". Nieuwe West-Indische Gids. 41 (1): 4–13. doi:10.1163/22134360-90002334.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Ibrahim, Alfian. "Aceh and the Perang Sabil." Indonesian Heritage: Early Modern History. Vol. 3, ed. Anthony Reid, Sian Jay and T. Durairajoo. Singapore: Editions Didier Millet, 2001. 132-133
  • Ricklefs, M.C (1993). A History of Modern Indonesia Since c. 1300. Hampshire, UK: MacMillan Press. m/s. 143–46. ISBN 978-0-8047-2195-0.