Perjanjian Campo Formio

Perjanjian Campo Formio merupakan sebuah perjanjian keamanan yang ditandatangani pada 18 Oktober 1797 oleh Napoleon Bonaparte (bagi Perancis) dan Philipp von Cobenzl (bagi Empayar Austria).[1][2] Perjanjian ini merupakan akibat kemenangan Napoleon atas negeri-negeri Itali, serta mengakibatkan pembubaran Pakatan Pertama dan penamatan fasa pertama Perang Revolusi Perancis.

Pembahagian kuasa di Eropah Tengah selepas Perjanjian Campo Formio.

Ia ditandatangani di Campoformido, Itali.

Nota sunting

  1. ^ Jones, m/s 512.
  2. ^ Lefebvre, m/s 199–201.

Rujukan sunting

  • Lefebvre, Georges (1964). The French Revolution, Volume II From 1793–1799. New York: Columbia University Press. ISBN 023102519X. Dicapai pada 2011-01-07.
  • Jones, Colin (2002). The Great Nation: France from Louis XV to Napoleon 1715-99. New York: Columbia University Press. ISBN 0231128827. Dicapai pada 2011-01-07.