Perjanjian Serantau mengenai Akses Maklumat, Penyertaan Orang Awam dan Keadilan dalam Masalah Alam Sekitar di Amerika Latin dan Karibia, lebih dikenali sebagai Perjanjian Escazú (Sepanyol: Acuerdo de Escazú), ialah sebuah perjanjian antarabangsa yang ditandatangani oleh 25 buah negara Amerika Latin dan Karibia mengenai hak untuk mengakses maklumat berkaitan dengan alam sekitar, penglibatan orang awam dalam proses membuat keputusan mengenai alam sekitar, keadilan alam sekitar dan sebuah persekitaran yang sihat dan lestari bagi generasi kini dan generasi akan datang.[2] Perjanjian tersebut adalah terbuka kepada 33 buah negara dalam Amerika Latin dan Karibia. Dalam kalangan 25 buah negara penandatangan, perjanjian tersebut telah diratifikasikan oleh 12 buah negara: Antigua dan Barbuda, Argentina, Bolivia, Ecuador, Guyana, Mexico, Nicaragua, Panama, Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine, Saint Kitts dan Nevis, Saint Lucia, dan Uruguay.[1]

Perjanjian Serantau mengenai Akses Maklumat, Penyertaan Orang Awam dan Keadilan dalam Masalah Alam Sekitar di Amerika Latin dan Karibia
{{{image_alt}}}
  Telah meratifikasikan
  Penandatangan
  Bukan penandatangan
Dirangka5 Mei 2015 – 4 Mac 2018
Ditandatangani27 September 2018 (2018-09-27)[1] di Escazú, Costa Rica
Berkuat kuasa
22 April 2021[1]
Penandatangan25[1]
Pihak12[1]
Pemegang simpanan
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Chico Mendes, seorang aktivis alam sekitar yang terkenal telah dibunuh di rumahnya pada 22 Disember 1988 kerana kegiatannya sebagai aktivis alam sekitar. Apabila diluluskan, Perjanjian Escazú akan melindungi aktivis alam sekitar yang lain dan mengelakkan nasib yang sama daripada berlaku kepada mereka.[3]
Dalam kerangka kerja Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Perjanjian Escazú telah dibuka untuk ditandatangani pada 27 September 2018.

Perjanjian tersebut berasal daripada Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pembangunan Lestari 2012 dan merupakan satu-satunya perjanjian yang mengikat yang diterima pakai dalam persidangan tersebut. Dengan Suruhanjaya Ekonomi Amerika Latin dan Caribbean Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ECLAC) berperanan sebagai sekretariat teknikal bagi proses tersebut, perjanjian tersebut telah didraf antara tahun 2015 dan 2018 dan diterima pakai di Escazú, Costa Rica, pada 4 March 2018.[4] Perjanjian tersebut ditandatangani pada 27 September 2018 dan proses tersebut terbuka sehingga 26 September 2020.[1] 11 ratifikasi diperlukan agar perjanjian tersebut boleh berkuat kuasa. Bilangan tersebut telah dicapai pada 22 Januari 2021 apabila Mexico dan Argentina meratifikasikan perjanjian tersebut.[5] Dengan itu, perjanjian tersebut telah berkuat kuasa pada 22 April 2021.[6][1]

Perjanjian Escazú merupakan perjanjian antarabangsa yang pertama di Amerika Latin dan Karibia yang berkaitan dengan alam sekitar, serta perjanjian pertama di dunia yang merangkumi peruntukan hak pembela alam sekitar.[2] Perjanjian tersebut juga mengukuhkan hubungan antara hak asasi manusia dan perlindungan alam sekitar dengan menguatkuasakan syarat mengenai hak pembela alam sekitar pada anggota negaranya. Perjanjian tersebut juga bertujuan untuk membolehkan orang awam mempunyai akses penuh kepada maklumat alam sekitar, proses membuat keputusan alam sekitar serta perlindungan dan tindakan kehakiman mengenai isu alam sekitar. Perjanjian tersebut juga mengiktiraf hak generasi kini dan akan datang untuk memiliki sebuah persekitaran yang sihat dan pembangunan yang mampan.[7][8]

Proses sunting

Fasa persediaan dan rundingan sunting

 
Mesyuarat ke-7 bagi Jawatankuasa Rundingan Perjanjian Serantau mengenai Akses Maklumat, Penyertaan Orang Awam dan Keadilan dalam Masalah Alam Sekitar di Amerika Latin dan Karibia yang diadakan di Buenos Aires, Argentina, antara 31 Julai dan 4 Ogos 2017

Mesyuarat ke-7 bagi Jawatankuasa Rundingan perjanjian tersebut, yang diadakan di Buenos Aires, Argentina, antara 31 Julai dan 4 Ogos 2017. Fasa persediaan bagi perjanjian tersebut berlangsung selama dua tahun. Proses tersebut bermula pada 22 Jun 2012 semasa Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pembangunan Lestari (Rio+20) dan bertamat semasa Keputusan Santiago on November 10, 2014.[9] Perjanjian tersebut merupakan satu-satunya perjanjian yang mengikat yang diterima pakai dalam persidangan Rio+20, perjanjian antarabangsa yang pertama di Amerika Latin dan Karibia yang berkaitan dengan alam sekitar, serta perjanjian pertama di dunia yang merangkumi peruntukan hak pembela alam sekitar.[10]

Selepas Keputusan Santiago, satu Lembaga Pengarah telah ditubuhkan dengan dua negara sebagai pengerusi bersama dan lima lagi negara sebagai anggota. Satu Jawatankuasa Rundingan juga ditubuhkan dan disertai oleh anggota Lembaga Pengarah dan enam ahli yang terdiri daripada orang awam.[11] Pengarah Lembaga yang pertama terdiri daripada tujuh negara yang berikut:[11]

  • Chile dan Costa Rica sebagai pengerusi bersama.
  • Argentina, Mexico, Peru, Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine, serta Trinidad dan Tobago sebagai ahli.

Wakil orang awam, organisasi dan pakar akademik trut terlibat dalam proses rundingan.[12]

24 daripada 33 negara anggota Suruhanjaya Ekonomi Amerika Latin dan Caribbean Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ECLAC) telah mengambil bahagian dalam proses rundingan yang terakhir bagi perjanjian tersebut di Escazú, Costa Rica. Proses rundingan dan penggubalan perjanjian tersebut berakhir pada 4 Mac 2018, sempena hari lahir Berta Caceres, seorang pembela alam sekitar Honduras yang telah dibunuh dua tahun yang lalu.[13]

 
Perjanjian Escazù diterima pakai pada 4 Mac 2018, sempena hari lahir Berta Caceres, seorang pembela alam sekitar Honduras yang telah dibunuh pada 2016.

Fasa tandatangan sunting

Pada 27 September 2018, proses tandatangan bagi setiap negara penandatangan telah bermula semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat. 14 buah negara telah menandatangani perjanjian tersebut ketika itu: 12 buah negara semasa upacara tandatangan dan 2 buah negara lagi (Haiti dan Republik Dominika) pada petang hari tersebut.[14]

Pada 28 September 2019, Paraguay telah menandatangani perjanjian itu. Pada Julai 2019, Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine telah menandatangani perjanjian itu.[15] Pada 24 dan 26 September, Belize dan Dominika telah menandatangani perjanjian tersebut.[1]

Tarikh akhir untuk menandatangani dokumen tersebut adalah pada 26 September 2020. Antara 33 buah negara Amerika Latin dan Karibia yang berniat untuk menandatangani perjanjian itu, 24 buah negara telah menurunkan tandatangan.[16] Negara-negara yang telah menandatangani perjanjian tersebut sebelum tarikh akhir boleh meratifikasikannya pada bila-bila masa. Negara yang tidak meletakkan tandatangan mereka pula tidak dapat menjadi negara penandatangan lagi. Namun, mereka boleh menjadi Parti bagi perjanjian tersebut melalui proses tambahan, satu proses satu langkah yang setaraf dengan proses ratifikasi.[2]

Fasa retifikasi sunting

Selepas sesebuah menandatangani perjanjian tersebut di PBB, negara tersebut boleh meluluskan, meratifikasikan atau menerima perjanjian tersebut.[2]

Pada 18 April 2019, ratifikasi pertama perjanjian tersebut telah dilakukan oleh Guyana. Beberapa bulan kemudian, pada 26 September, lima negara, iaitu Bolivia, Jamaica, Saint Kitts dan Nevis, Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine serta Uruguay, turut meratifikasikan tersebut.[15]

Pada 4, 9 dan 10 Mac 2020, Antigua dan Barbuda, Nicaragua serta Panama masing-masing meratifikasikan perjanjian itu. Ecuador menyerahkan instrumen ratifikasinya pada 21 Mei tahun tersebut.[1] Pada 24 September, Dewan Rakyat Argentina telah meratifikasi perjanjian tersebut dengan 240 undi sokong, 4 undi bantah dan 2 orang tidak hadir.[17] Pada 5 November, Senat Mexico juga telah meratifikasi perjanjian tersebut secara sebulat suara Senate. Dengan itu, perjanjian tersebut telah mencapai bilangan ratifikasi minimumnya, iaitu 11 buah negara, untuk berkuat kuasa secara rasminya. [18]

Kesahan sunting

Perjanjian tersebut telah menetapkan bahawa perjanjian tersebut akan berkuat kuasa 90 hari selepas sekurang-kurangnya 11 ratifikasi telah diserahkan kepada Setiausaha Agung PBB. Drngan memenuhi syarat ini, perjanjian tersebut telah berkuat kuasa secara rasminya pada 22 April 2021, sempena Hari Bumi[1]

Parti dan penandatangan sunting

Setakat ini, 25 buah negara telah menandatangani perjanjian tersebut, dan 12 buah negara daripadanya telah meratifikasikannya. Anggota negara ECLAC yang tidak menandatangani ialah Bahamas, Barbados, Cuba, El Salvador, Honduras, Suriname, Trinidad dan Tobago dan Venezuela.[1]

Anggota Tarikh menandatangani Tarikh meratifikasi
  Antigua dan Barbuda 27 September 2018 4 Mac 2020
  Argentina 27 September 2018 22 Januari 2021
  Belize 24 September 2020
  Bolivia 2 November 2018 26 September 2019
  Brazil 27 September 2018
  Chile 18 Mac 2022
  Colombia 11 Disember 2019
  Costa Rica 27 September 2018
  Dominika 26 September 2020
  Ecuador 27 September 2018 21 Mei 2020
  Grenada 26 September 2019
  Guatemala 27 September 2018
  Guyana 27 September 2018 18 April 2019
  Haiti 27 September 2018
  Jamaica 26 September 2019
  Mexico 27 September 2018 22 Januari 2021
  Nicaragua 27 September 2019 9 Mac 2020
  Panama 27 September 2018 10 Mac 2020
  Paraguay 28 September 2018
  Peru 27 September 2018
  Republik Dominika 27 September 2018
  Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine 12 Julai 2019 26 September 2019
  Saint Kitts dan Nevis 26 September 2019 26 September 2019
  Saint Lucia 27 September 2018 1 Disember 2020
  Uruguay 27 September 2018 26 September 2019

Penangguhan ratifikasi sunting

Beberapa pengulas telah berpendapat bahawa Brazil mungkin tidak akan meratifikasikan perjanjian tersebut di bawah pentadbiran Jair Bolsonaro yang sebelum ini tidak menunjukkan sokongannya terhadap isu hak asasi manusia dan alam sekitar.[19][20] Pada masa yang sama, terdapat juga pihak yang berpendapat bahawa Colombia mungkin tidak akan meretifikasi perjanjian tersebut kerana negara tersebut merupakan salah satu negara yang mempunyai kematian pembela alam sekitar yang tertinggi di kawasan tersebut.[20]

Juara Belia sunting

Pada 2020, sempena ulang tahun kedua perjanjian tersebut, The Access Initiative (TAI), Suruhanjaya Ekonomi Amerika Latin dan Caribbean Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN ECLAC) dan Kerajaan Costa Rica telah memilih 5 juara belia yang baharu, dan menggantikan pemenang lamanya David R. Boyd, dalam kalangan aktivis belia di Amerika Latin dan Karibia:[21]

Negara Nama
  Argentina Nicole Becker
  Chile Sebastián Benfeld Garcés
  Colombia Laura Serna
  Costa Rica Kyara Cascante
  Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine Nafesha Richardson

Persidangan Parti-Parti sunting

Persidangan Parti-Parti (COP) Perjanjian Escazù yang pertama telah berlangsung dari 20 hingga 22 April 2022 di Santiago, Chile. Terdapat tiga agenda bagi persidangan tersebut: peraturan perlaksanaan perjanjian tersebut, pembiayaan yang diperlukan untuk melaksanakan perjanjian tersebut dan penubuhan Jawatankuasa Sokongan Pematuhan dan Perlaksanaan (bahasa Inggeris: Implementation and Compliance Support Committee). Salah satu aspek yang unik bagi persidangan tersebut ialah penglibatan orang awam. Enam wakil orang awam yang menyertai persidangan tersebut dilantik melalui sebuah undian terbuka ECLAC. Kebanyakan wakil orang awam merupakan aktivis sosio dan alam sekitar atau anggota organisasi yang berkaitan dengan ketelusan dan demokrasi alam sekitar.[22]

Kesemua agenda tersebut telah dicapai. Semasa persidangan tersebut, wakil daripada Bolivia telah membentangkan satu usul untuk mengubah suai satu perenggan dalam perjanjian tersebut yang berkaitan dengan penglibatan orang awam dalam jawatankuasa pengarah perjanjian tersebut, dan usul tersebut telah ditolak secara sebulat suara oleh peserta persidangan itu.[23]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i j k "Regional Agreement on Access to Information, Public Participation and Justice in Environmental Matters in Latin America and the Caribbean". CEPAL. 9 April 2018. Dicapai pada 20 April 2021.
  2. ^ a b c d "Regional Agreement on Access to Information, Public Participation and Justice in Environmental Matters in Latin America and the Caribbean" (PDF). CEPAL. 4 March 2018. Dicapai pada 20 April 2021.
  3. ^ Foster, Kendrick (25 Ogos 2021). "Protecting Latin America's Environmental Defenders: The Fight for the Escazú Agreement". Harvard International Review. Dicapai pada 3 Mei 2022.
  4. ^ "History of the Regional Agreement". Economic Commission for Latin America and the Caribbean. 23 Mac 2018. Dicapai pada 28 Mei 2021.
  5. ^ "STATEMENT: Escazú Agreement Moves A Big Step Closer to Making the World Safer for Environmental Defenders". World Resources Institute. 22 January 2021. Dicapai pada 20 April 2021.
  6. ^ "Secretary-General's message marking the Entry into Force of the Escazú Agreement". United Nations Secretary-General. 22 April 2021. Dicapai pada 28 Mei 2021.
  7. ^ "The Escazu Agreement". Environmental-rights.org. 2018. Dicapai pada 20 April 2021.
  8. ^ "World's First Treaty Protecting Environmental Defenders Could Soon Be Enacted". Global Citizen. 24 Ogos 2020. Dicapai pada 20 April 2021.
  9. ^ "Santiago Decision" (PDF). CEPAL. 10 November 2014. Dicapai pada 2 Mei 2022.
  10. ^ "The entry into force of the Escazú Agreement: a landmark in the global environmental governance?". iddri.org (dalam bahasa Inggeris). 17 November 2020. Dicapai pada 2 Mei 2022.
  11. ^ a b "History of the Regional Agreement". CEPAL. Dicapai pada 2 Mei 2022.
  12. ^ Barchiche, Damien; Hege, Elisabeth; Napoli, Andrés (Mac 2019). "The Escazú Agreement: an ambitious example of a multilateral treaty in support of environmental law?" (PDF). IDDRI. Dicapai pada 2 Mei 2022.
  13. ^ Pánovics, Attila (2021). "The Escazú Agreement and the Protection of Environmental Human Rights Defenders" (PDF). Pécs Journal of International and European Law. 1: 23–34.
  14. ^ "Fourteen Countries Sign New Generation Agreement at UN Headquarters on Access to Information, Public Participation and Justice in Environmental Matters". CEPAL. 27 September 2018. Dicapai pada 3 Mei 2022.
  15. ^ a b "Acuerdo de Escazú: a un año de su firma, primeras señales". dipublico.org (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 3 Mei 2022.
  16. ^ "Closing of the period for signature of the Escazú Agreement". CEPAL. 26 September 2020. Dicapai pada 3 Mei 2022.
  17. ^ Louzau, Natalia (25 September 2020). "Acuerdo de Escazú. Argentina ratificó un importante tratado internacional en materia ambiental". La Nación (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 3 Mei 2022.
  18. ^ "Mexico makes history: its ratification of the Escazú Agreement ensures its entry into force". Kerajaan Mexico. 22 Januari 2021. Dicapai pada 3 Mei 2022.
  19. ^ "Brazil set to ignore Escazú agreement that protects environmental activists". Dialogo Chino (dalam bahasa Inggeris). 2021-04-19. Dicapai pada 2021-04-27.
  20. ^ a b Miguel, Teresa de (2021-04-26). "International agreement enters into force to end killings of environmental leaders in Latin America". EL PAÍS (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-04-27.
  21. ^ "STATEMENT: 5 Youth Champions of Escazú Announced". World Resources Institute. 4 March 2020. Dicapai pada 21 April 2022.
  22. ^ Michael Lieberherr Pacheco (18 April 2020). "Chile hosts first summit on the Escazú Agreement". Diálogo Chino. Dicapai pada 3 Mei 2022.
  23. ^ Michael Lieberherr Pacheco (27 April 2022). "Escazú COP chief: 'We have differences, but we agree on protecting the environment'". Diálogo Chino. Dicapai pada 3 Mei 2022.

Pautan luar sunting