Rundingan Damai Haadyai 1989
Rundingan Damai Haadyai merupakan perjanjian damai bersejarah yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 di antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM). Turut menandatangani perjanjian ini ialah Kerajaan Thai. Setelah lebih 41 tahun Malaysia dibelenggu dengan ancaman komunis, akhirnya perjanjian ini membawa kepada pembubaran dan peletakan senjata PKM.
Rundingan Damai Haadyai 1989 | |
---|---|
Perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya untuk Menghentikan Keganasan | |
Ditandatangani | 2 Disember 1989 di Hat Yai, Songkhla, Thailand |
Penandatangan |
|
Pihak | Malaysia
Thailand Parti Komunis Malaya |
sunting |
Lokasi
suntingPerjanjian damai bersejarah ini diadakan di Hotel Le Garden, Haadyai, selatan Thailand. Haadyai terletak berhampiran sempadan Malaysia dan Thailand. Perjanjian itu ditandatangani pada jam 11.30 pagi waktu Malaysia.
Seramai 400 perwakilan, pemerhati dan wartawan dari Malaysia, Thailand dan seluruh dunia telah hadir.
Sebab Perjanjian Damai Haadyai berjaya
suntingPada 28 dan 29 Disember 1955, Rundingan Baling telah diadakan antara PKM dengan Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri, Persekutuan Tanah Melayu.
Setelah empat kali kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand berunding dengan PKM akhirnya rundingan kelima berjaya diadakan.
Perjanjian Damai ini berjaya diadakan kerana ;
- Situasi dunia yang tidak menyebelahi komunisme. Ekonomi Rusia selaku juara komunis telah tewas di Afghanistan.
- Di bawah presiden Rusia, Mikhail Gorbachev, Rusia mengamalkan dasar ekonomi terbuka yang menuju ke arah ekonomi kapitalis dan sistem demokrasi pada tahun 1989.
- Tembok Berlin antara Jerman Barat dan Jerman Timur telah runtuh pada tahun 1989. Tembok ini memisahkan Jerman Timur yang mengamalkan komunisme dan Jerman Barat yang mengamalkan demokrasi. Jerman Timur terlalu mundur berbanding dengan Jerman Barat. Akhirnya Jerman Barat dan Jerman Timur telah digabungkan dan diharapkan dapat menyaingi Amerika Syarikat.
- Negara China juga membuka pintunya kepada pelabur asing khususnya Amerika, Korea Selatan dan Jepun sejak Presiden Li Peng dan sebelum itu.
- Melalui Pengisytiharan Bersama China-British yang dimeterai pada 19 Disember 1984 di Beijing, Kerajaan Britain berjanji menyerahkan kembali Kepulauan Hong Kong kepada pemiliknya China pada tahun 1997. Hong Kong lebih maju daripada tanah besar China dan menjadi bukti bahawa sistem kapitalis dan demokrasi lebih berwibawa dari sistem komunis itu sendiri.
- Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah C.D, Chan Tien merasakan pemberontakan bersenjata tidak berfaedah lagi kerana Malaysia telah benar-benar merdeka dan pemimpinnya bukan boneka kerajaan Britain. Mahathir Mohamad sendiri melaksanakan dasar Buy British Last.
Perwakilan
suntingMalaysia diwakili oleh :
- Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman, Setiausaha Kementerian Dalam Negeri
- Tan Sri Mohd. Hanif Omar - Ketua Polis Negara
- Jeneral Hashim Mohd Ali - Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia
Thailand diwakili oleh :
- Jeneral Yodhana Yamphundi - Timbalan Pengarah Operasi Keselamatan Bahagian ke-4
- Jeneral Chavalit Yongchaiyudh =Pengarah Operasi Keselamatan
- Jeneral Sawaeng Therasawat - Ketua Pengarah Polis diraja Thailand.
PKM diwakili oleh :
- Chin Peng - Setiausaha Agung PKM
- Abdullah C.D - Pengerusi PKM
- Rashid Maidin - Komander Regimen ke-10
Turut hadir ialah :
- Dato Megat Junid Megat Ayub - Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia
- Ai Ying atau Zainon - isteri Chin Peng
- Chan Tien - Komander Regimen ke-12 PKM
Isi Kandungan Perjanjian Damai
suntinglAntara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai ialah :
- PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka.
- Parti Komunis Malaya dibubarkan
- Senjata api hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia atau Thailand atau dimusnahkan di hadapan pihak keselamatan.
- Chin Peng selaku wakil ahli PKM berikrar taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong Malaysia.
- Ahli PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.
- Artikel 3 perjanjian menetapkan bahawa Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.
- Artikel 3.1 menetapkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang Malaysia.
- Artikel 4 perjanjian menetapkan bahawa kerajaan Malaysia akan membantu bekas bekas anggota Parti Komunis Malaya untuk memulakan hidup baru di Malaysia.
Proses kepulangan bekas-bekas anggota Komunis ke Malaysia adalah berdasarkan tawaran one-off di bawah perjanjian untuk menghentikan peperangan di antara Kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaysia (PKM) yang ditandatangani pada 2 Disember 1989.
Di bawah perjanjian tersebut, mana-mana ahli PKM yang ingin kembali ke Malaysia perlu mematuhi beberapa syarat seperti :
- Memaklumkan hasrat untuk kembali ke Malaysia kepada pihak berkuasa di dalam tempoh tidak lebih setahun dari tarikh perjanjian ditandatangani;
- Mengemukakan butir-butir berkaitan dengan pemohon;
- Menjalani proses temu duga serta dokumentasi
Kerajaan tidak memaksa mana-mana anggota komunis untuk pulang ke negara ini. Mereka diberi kebebasan memilih sama ada untuk pulang atau terus tinggal di Selatan Thailand.
Dengan pilihan tersebut, ternyata tidak semua bekas anggota komunis menerima tawaran untuk pulang ke Malaysia, malah ramai yang memilih untuk terus tinggal di Selatan Thailand.[1][2]
Pelaksanaan Perjanjian Haadyai
suntingSelepas perjanjian tersebut dimeterai :
- Kira-kira 1,188 anggota pasukan keselamatan bersenjata PKM yang berada di hutan sempadan Malaysia-Thailand akan keluar dari hutan dan memulakan hidup baru.
- Di hutan Malaysia-Thailand terdapat 694 rakyat Malaysia, Indonesia, Singapura dan dua bekas anggota tentera Jepun.
- Kerajaan Malaysia membenarkan 338 bekas anggota komunis untuk pulang ke Malaysia sepanjang tempoh tawaran sekali sahaja di bawah perjanjian untuk menghentikan peperangan di antara kerajaan dan Parti Komunis Malaya (PKM). Seramai 431 ahli PKM telah memohon pulang ke Malaysia. Tetapi hanya 338 orang diluluskan dan 93 orang lagi ditolak kerana tidak memenuhi syarat perjanjian dan masalah daripada segi status kewarganegaraan. Nama mereka yang dibenarkan pulang tidak akan didedahkan demi keselamatan.[3]
- Kerajaan Malaysia berjanji untuk membayar subsidi kehidupan sebanyak RM 8,000 sekembali ke Malaysia dan wang saranan hidup sebanyak RM300 untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di tanahair.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Jawapan Parlimen Mengenai Kriterka Membenarkan Anggota Komunis Balik Malaysia Teresa Kok, 18 Jun 2009
- ^ Perletakan Senjata Parti Komunis Malaya di Haadyai Pekhabar, 2 Disember 2017
- ^ Kerajaan Benar 338 Bekas Komunis Pulang Melalui Perjanjian Dengan PKM