Perjanjian Lausanne

Perjanjian Lausanne adalah sebuah perjanjian damai yang ditandatangani di Lausanne, Switzerland, pada 24 Julai 1923. Ia secara rasminya menyelesaikan konflik yang asalnya wujud di antara Empayar Uthmaniyyah dan Pihak Berikat (Empayar British, Republik Perancis, Itali, Empayar Jepun, Greece, dan Romania sejak bermulanya Perang Dunia I.[1] Teks asal perjanjian ini ditulis dalam bahasa Perancis.[1] Ia merupakan keputusan selepas percubaan kali kedua selepas Perjanjian Sèvres gagal, yang mana ditandatangani oleh semua pihak tetapi kemudian ditolak oleh Pergerakan Kebangsaan Turki yang yang menentang terma-terma terdahulu serta kehilangan wilayah yang besar. Perjanjian Lausanne menamatkan konflik dan memperincikan sempadan Republik Turki moden. Dalam perjanjian ini, Turki telah menggugurkan semua tuntutan bagi wilayah Empayar Uthmaniyyah yang masih tinggal dan sebagai balasan Pihak Berikat mengakui kedaulatan Turki dalam sempadan barunya.[1]

Perjanjian Lausanne
Perjanjian Keamanan dengan Turki ditandatangani di Lausanne
Accord relatif à la restitution réciproque des internés civils et à l'échange des prisonniers de guerre, signé à Lausanne
{{{image_alt}}}
Sempadan Turki ditanda oleh Perjanjian Lausanne
Ditandatangani24 Julai 1923 di Lausanne, Switzerland
Berkuat kuasa
6 Ogos 1924
SyaratBerikutan ratifikasi oleh Turki dan salah satu daripada tiga parti iaitu Britain, Perancis, Itali dan Jepun, perjanjian ini akan berkuatkuasa bagi "parti berkontrak tinggi" dan seterusnya untuk setiap tambahan tandatangan setelah ratifikasi
Penandatangan
Pihak
Pemegang simpanan
Perancis
BahasaPerancis
Perjanjian Lausanne di Wikisumber
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Treaty of Peace with Turkey signed at Lausanne, Lausanne, Switzerland, 24 July 1923, dicapai pada 28 November 2012

Pautan luar sunting

Templat:World War I Templat:Paris Peace Conference navbox Templat:First World War treaties Templat:Turkish War of Independence Templat:Treaties of Turkey