Perjanjian Paris (1898)

Perjanjian Paris 1898 adalah satu perjanjian yang telah ditandatangani pada 10 Disember, 1898, yang mana mengakhiri Perang Amerika-Sepanyol.

Perjanjian kontroversi ini merupakan subjek perdebatan di Senat Amerika Syarikat sepanjang musim sejuk 1898-1899. Perjanjian ini telah diluluskan pada 6 Februari, 1899 dengan undian 57 kepada 27, hanya satu undi lebih dalam majoriti dua per tiga yang diperlukan.[1] Hanya dua anggota senator dari Republikan mengundi untuk menentang iaitu, George Frisbie Hoar dari Massachusetts dan Eugene Pryor Hale dari Maine.

Menurut perjanjian tersebut, Amerika Syarikat akan membayar Sepanyol AS$20 juta bagi pemilikan ke atas Guam, Puerto Rico, dan Filipina yang telah berusaha untuk membebaskan diri dari pemerintahan penjajah, yang mana kemudian memerangi Amerika Syarikat dalam Perang Amerika-Filipina. Puerto Rico dan Guam juga diletakkan di bawah kekuasaan Amerika, dan Sepanyol melepas tuntutan mereka terhadap Cuba. Kekalahan ini menjatuhkan Empayar Sepanyol, dan menandakan kemunculan awal zaman kuasa penjajahan Amerika Syarikat.

Rujukan

sunting
  1. ^ Coletta, Paolo E., ‘McKinley, the Peace Negotiations, and the Acquisition of the Philippines’, Pacific Historical Review 30 (November 1961), 348.

Pautan luar

sunting

Templat:Cuba-United States relations