Perjanjian Jepun–Korea 1907

Satu Perjanjian Pengilhakan Jepun-Korea (Jepun: 第三次日韓協約, Hepburn: Dai-sanji Nikkan Kyōyaku) diikat antara Empayar Jepun dan Empayar Korea pada 24 Julai 1907.

Perjanjian Jepun–Korea 1907
Nama bahasa Jepun
Kanji第三次日韓協約
Hiraganaだいさんじにっかんきょうやく
Nama bahasa Korea
Hangul
정미조약 or 한ㆍ일 신협약
Hanja
丁未條約 atau 韓日新協約
Perumian SemakanJeongmi joyak atau Hanil Sinhyeopyak
McCune–Reischauerchongmi choyak atau Hanil Sinhyŏbyak
Nama alternatif bahasa Korea
Hangul
제3차 한일협약
Hanja
第三次日韓協約
Perumian SemakanJe-sam-cha Han-il Hyeop-yak
McCune–ReischauerChe-sam-ch'a Han-il Hyŏp-yak

Empayar Korea menjadi kawasan naungan Jepun di bawah terma-terma Perjanjian Eulsa yang terdahulu pada tahun 1905, dan maka itu kehilangan hak untuk menjalankan pertukaran diplomatik dengan negara-negara lain. Maharaja Gojong menghantar seorang wakil secara rahsia ke Persidangan Hague mengenai Keamanan Dunia untuk membantah tindakan Jepun. Pada 18 Julai 1907, Jepun bertindak balas dengan memaksa Maharaja Gojong turun takhta untuk memberi laluan kepada anakanda baginda iaitu Sunjong.

Enam hari kemudian, satu persetujuan baru dipaksa terhadap kerajaan Korea. Peruntukan-peruntukan dalam perjanjian baru ini memberi Residen-Jeneral dari Jepun hak untuk melantik dan melucutkan pegawai-pegawai berpangkat tinggi (Perkara 4) dan mensyaratkan bahawa semua pegawai berpangkat tinggi yang dilantik ke kerajaan Korea mesti berbangsa Jepun (Perkara 5). Ini membawa seluruh kerajaan dalaman Korea di bawah penguasaan Jepun. Satu bahagian dalam perjanjian yang tidak diterbitkan juga meletakkan tentera Korea di bawah pimpinan Jepun, dan menyerahkan kuasa-kuasa kehakiman dan pengawasan.

Terjemahan teks penuh sunting

"Kerajaan-kerajaan Jepun dan Korea yang berhasrat dengan cepatnya untuk memupuk kekayaan dan kekuatan Korea dan bertujuan memupuk kemakmuran negara Korea, telah bersetuju…"

"1. Dalam segala hal berkenaan pembaharuan pentadbiran Korea, Kerajaan Korea akan menerima arahan dan panduan daripada Residen-Jeneral (Jepun: 統監, Hepburn: tōkan) (Jepun).

"2. Undang-undang yang dicatat oleh Kerajaan Korea dan tindakan-tindakan kerajaan yang penting mesti memerlukan kelulusan Residen-Jeneral terlebih dahulu."

"3. Fungsi-fungsi kehakiman Korea akan diasingkan daripada fungsi-fungsi kerajaan yang biasa."

"4. Dalam segala pelantikan dan pelucutan jawatan pegawai berpangkat tinggi, Kerajaan Korea mesti mendapatkan kebenaran Residen-Jeneral."

"5. Kerajaan Korea akan melantik mana-mana rakyat Jepun yang diusulkan oleh Residen-Jeneral menjadi pegawai Korea."

"6. Kerajaan Korea tidak boleh melantik mana-mana orang asing menjadi pegawai Korea tanpa berunding dengan Residen-Jeneral."

"7. Perkara pertama dalam perjanjian Jepun-Korea yang diikat pada 22 Ogos, tahun ke-37 zaman Meiji [1904] akan dibatalkan."

Lord Itō Hirobumi [Marquess], Residen-Jeneral, 24 Julai, tahun ke-40 zaman Meiji [1907] (cop)
Sir Lee Wan-Yong, Perdana Menteri, 24 Julai, tahun ke-11 zaman Gwangmu [1907] (cop)