Perjanjian Plaza (bahasa Inggeris: Plaza Accord atau Plaza Agreement) adalah sebuah kesepakatan antara kerajaan-kerajaan Perancis, Jerman Barat, Jepun, Amerika Syarikat dan United Kingdom; yang menyetujui untuk dilakukannya susut nilai atas dolar Amerika Syarikat terhadap yen Jepun dan Mark Jerman, melalui campur tangan di pasaran pertukaran asing. Kelima kerajaan menandatangani kesepakatan tersebut pada tarikh 22 September 1985 di Hotel Plaza, kota New York.

Kadar Pertukaran Asing (DEM/USD, FRF/USD, GBP/USD and JPY/USD) antara Januari 1981 hingga Disember 1990
Pada separuh pertama 1980-an, USD lebih kuat daripada DEM, FRF, GBP dan JPY, namun sebelum dan sesudah Perjanjian Plaza, USD mengalami susut nilai.[1]

Ada dua alasan penyusutan nilai dolar ini: mengurangkan defisit akaun semasa A.S. dan membantu ekonomi A.S. keluar daripada kemelesetan yang bermula pada awal 1980-an.

Rujukan sunting

  1. ^ "Fed of St. Louis HP". Dicapai pada 2010-05-04.

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.