Perjanjian perdagangan bebas

Perjanjian Perdagangan Bebas (bahasa Inggeris: Free Trade Agreement, ringkasnya FTA) ialah sejenis perjanjian perdagangan yang melibatkan sekurang-kurangnya dua negara. Antara kandungan penting perjanjian ini adalah pengurangan tarif dan duti import dan menggalakkan perdagangan barangan dan perkhidmatan sesama sendiri.

MERCOSUR adalah contoh kawasan perdagangan bebas antara negara-negara Selatan Kon.

Pada era globalisasi ini, perjanjian sebegini harus dirintis. Perjanjian seumpama ini bertimbal balik seperti WTO, NAFTA, AFTA dan lain-lain. Tujuan murninya bagi merendahkan harga keperluan yang dikehendaki oleh pengguna. Hanya barang termurah dari seluruh dunia boleh beredar di pasaran tanpa sekatan cukai bertindih dan tentulah pengguna yang untung.

Halangan selama ini sunting

Kelebihan perdagangan masa kini sunting

  • Apa juga barangan boleh diimport dari seluruh dunia.
  • Apa juga baragan oleh dieksport ke seluruh dunia.
  • Permintaan dan penawaran barangan berasaskan internet yang terlalu pantas.
  • Teknologi kejuruteraan dan bioteknologi membolehkan pengeluaran yang agresif.
  • Lambakan barangan pertanian dapat diminimakan
  • Pengguna akhir amat beruntung.

Sejarah FTA sunting

Pada 1 Januari 1994, 3 negara di benua Amerika Utara iaitu Kanada, Amerika Syarikat (AS) dan Mexico telah menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA ). Perjanjian ini telah diperluaskan ke beberapa negara termasuk China, India dan kini giliran Malaysia.

Inti perjanjian NAFTA ialah penghapusan cukai terhadap barang-barang AS ke Mexico dan juga penghapusan tarif secara berperingkat oleh Mexico selama 14 tahun.

Tapi kini (2007 ) majoriti rakyat Mexico berasa kesal kerana ia akhirnya memihak kepada negara maju iaitu Amerika Syarikat dan Kanada.

Kes sunting

Kes Methanex sunting

Bab 11 Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ini memberikan kuasa kepada ‘individu ataupun syarikat korporat untuk menyaman kerajaan Mexico, AS atau Kanada bagi menuntut pampasan ganti rugi.’

Oleh itu syarikat Methanex, sebuah syarikat penghasil bahan-bahan kimia dari Kanada menyaman kerajaan AS dengan tuntutan sebanyak AS$970 juta (RM3.39 bilion).

Syarikat Methanex mendakwa bahawa pengharaman negeri California ke atas bahan MTBE, bahan kimia yang ditemui di dalam perigi-perigi bekalan air negeri California, telah merosakkan eksport negara Kanada untuk bahan metanol.

Saman syarikat Methanex akhirnya ditolak di mana Methanex terpaksa membayar kos sebanyak AS$3 juta (RM10.5 juta) kepada kerajaan AS iaitu pampasan litigasi yang berlaku pada tarikh 9 Ogos 2005.

Bab 11 perjanjian NAFTA ini dengan jelasnya memihak lebih kepada syarikat- syarikat korporat besar di AS dan Kanada berbanding dengan syarikat-syarikat di Mexico yang terlalu kecil dan tidak mampu secara kewangan untuk mengambil tindakan perundangan terhadap negara-negara seperjanjian ini.

Kes Mequiladora sunting

Kerajaan Mexico mempunyai insentif yang dipanggil projek ‘mequila’ bagi menarik para pelabur asing bagi tujuan perkilangan eksport.

Di bawah program ini, sebuah syarikat yang digelar ‘mequiladora’ yang diiktiraf oleh bahagian Setiausaha Pembangunan Perindustrian dan Komersal Mexico (SECOFI), pelabur asing boleh memiliki sebanyak 100 peratus pegangan dalam syarikat ini ataupun dalam pelaburan dana secara terus. Syarikat-syarikat ‘mequiladora’ ini bebas tarif serta cukai oleh kastam bagi kemasukan barang-barang dengan mengenakan bon ke atas barang-barangan tersebut bagi memastikan kemasukan barang-barangan yang dibawa hanyalah untuk tujuan eksport semula.

Warga asing serta pelabur asing syarikat-syarikat program ‘mequila’ ini juga dibenarkan membeli serta memilik tanah di kawasan-kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak SECOFI.

Insentif projek ‘mequila’ kerajaan Mexico ini hampir sama dengan :

  • Taraf perintis yang diberi kepada pekilang asing di bawah Akta Penggalakan Pelaburan Malaysia 1986
  • Keistimewaan kepada syarikat atau pelaburan asing di Koridor Multimedia Raya (MSC) di Malaysia.

Selepas perjanjian NAFTA ditandatangani barulah kerajaan Mexico sedar bahawa:

  • Mexico kekurangan pakar dan pekerja mahir lulusan universiti bagi memenuhi kehendak dan permintaan para pelabur syarikat Amerika dan Kanada.
  • Pelaburan asing hanya menguntungkan kelas menengah atasan dan kaya di Mexico serta berpendidikan bahasa Inggeris .
  • Jurang kemiskinan , bilangan pendidikan rendah dan terpencil di pedalaman semakin bertambah.

Subsidi mewah kepada petani Amerika Syarikat sunting

Pada Mei 2002, Kongres AS pimpinan Presiden George W. Bush meluluskan Akta Pemeliharaan dan Pelaburan Kawasan Pedalaman AS 2002. Di bawah Akta selama 10 tahun ini, Jabatan Pertanian AS memperuntukkan subsidi mewah sebanyak AS$200 bilion (RM700 bilion) kepada para petani serta peladang tempatan AS bagi penghasilan tanaman komoditi.

Nilai pasaran komoditi dunia jatuh merudum kerana tidak mampu bersaing dengan petani dan peladang dari Amerika Syarikat. Petani dan peladang dari AS menggunakan teknologi tinggi, besar-besaran dan sistem pemasaran yang canggih. Petani dan peladang di negara sedang membangun tidak dapat bersaing. Contohnya benih ayam terpaksa diimport dari Amerika Syarikat.

Subsidi mewah ini turut dibantah oleh Kesatuan Para Saintis Prihatin (Union of Concerned Scientist), Persatuan Penanam Jagung Negeri Iowa ( Iowa Corn Growers Association ) dan juga Oxfam Amerika.

Oxfam Amerika merupakan sebuah NGO di bawah Oxfam International yang mempunyai kerjasama dengan 100 buah negara dan mempunyai pejabat di 13 buah negara.

Subsidi terhadap makanan ternakan tempatan AS menyebabkan pengeluaran ternakan secara berlebihan.Rata-rata petani dan peladang AS tidak memiliki sendiri. Subsidi yang diterima dipajaknilaikan pada harga tanah yang mereka usahakan. Dalam jangka masa panjang petani dan peladang AS juga yang rugi.

Subsidi beras Amerika Syarikat sunting

Pada 11 April 2005 Amerika Syarikat merupakan pengeksport beras ke-3 terbesar di dunia. Hasil eksport padi AS menyamai ekport padi Vietnam.

AS melonggokkan 3.8 juta tan beras padi subsidinya ke pasaran dunia. Kos purata padi AS ialah AS$415 dolar ( RM1,452.50 ) bagi satu tan beras . Tapi dijual dengan harga AS$274 (RM959) satu tan ke negara Haiti, Ghana dan Honduras.

Pesawah AS boleh jual murah kerana mendapat subsidi dari Amerika Syarikat . Tapi kesan buruknya ialah negara miskin di dunia terpaksa menurunkan kadar tarif padi beras tempatan.

Tekanan harga juga dilakukan oleh Bank Dunia, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan perjanjian dua hala bersama AS.

Pada 1995, IMF mendesak Haiti menurunkan tarif import daripada 35 % kepada hanya 3 peratus. Akibatnya 95 % padi diimport dari AS dan pesawah padi Haiti tidak ke sawah lagi dan kehilangan kerja.

Subsidi balak oleh Kanada sunting

Akhbar Boston Globe melaporkan AS sendiri menentang WTO.Contohnya Duta Perdagangan AS, Robert Zoellick akan terus menggunakan strategi lobi dan 'ugutan perdagangan'.

12 Ogos 2005 Duta Perdagangan AS, Rob Portman serta Setiausaha Komersial AS, Carlos Guiterrez di Washington mengecam kerajaan Kanada yang memberi subsidi AS$1.28 bilion (RM4.48 bilion) syarikat balak dan industri perkayuan Kanada.

Subsidi kapas Amerika Syarikat sunting

Pada Mac 2005, WTO memutuskan bahawa subsidi tanaman kapas AS menyalahi undang-undang persetujuan antarabangsa dan sekiranya AS tidak menghentikan subsidi kapasnya, Brazil berhak mengenakan sekatan perdagangan terhadap AS.

Subsidi tanaman jagung sunting

Pada 24 Januari 2007, Australia, Kanada, Kesatuan Eropah (EU), Argentina dan Brazil membantah subsidi jagung oleh kerajaan AS. AS adalah pengeksport jagung terbesar di dunia dan pada 2006 AS telah mengeksport 50 juta tan jagung.

Yayasan Amanah Perdamaian Antarabangsa (Carnegie Endowment of International Peace - CEIP) di Washington melaporkan Mexico telah kehilangan 1.3 juta pekerjaan di sektor petani kecil sejak 1993.

Kebangkitan ekonomi China dan India sunting

Kemasukan China dan India dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia pada September 2001 yang menawarkan kos buruh termurah menjejaskan daya saing Mexico. Pelabur asing dari seluruh dunia berhijrah ke China dan India.

FTA Malaysia dengan AS sunting

Mulai Jun 2006 , wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) Susan Schwab berunding dengan kerajaan Malaysia berhubung Perjanjian Perdagangan Bebas ( FTA). Malaysia merupakan rakan dagang AS yang ke-10 terbesar, dengan AS$44 bilion dalam perdagangan dua hala pada 2005. Para penganalisis dagangan Malaysia meramalkan eksport AS ke Malaysia akan berganda dengan cukai, tarif , subsidi dan sebagaiknya dapat diselaraskan.

Presiden Bush mahu rundingan terhasil sebelum 1 Julai 2007 iaitu sebelum tempoh presiden tamat. Rundingan pusingan ke-] dijadualkan di Sabah pada bulan Februari 2007. Timbalan USTR ialah Karan Bhatia. Malaysia diwakili oleh Datuk Seri Rafidah Aziz selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Malangnya 1 Januari 2007 ahli kongres kanan Amerika Syarikat ,Tom Lantos yang mewakili California mendesak rundingan FTA dengan Malaysia digantung.

Tom Lantos berang dengan perjanjian gas antara syarikat swasta Malaysia dengan Iran yang bernilai AS$16 bilion (AS$1=RM3.50) .Sedangkan perjanjian itu bukan kerajaan Malaysia tapi sebuah syarikat swasta Malaysia, SKS Ventures dengan syarikat milik negara National Iranian Oil Co. Kerajaan Malaysia tidak terlibat .

Ironinya ialah California yang diwakili Tom Lantos merupakan pengeksport terbesar dari AS ke Malaysia, menghantar kira-kira AS$2 bilion nilai barangan setahun Malaysia.

Perkara yang diliputi oleh termasuklah produk barangan, perkhidmatan, perubatan, hak pelaburan, pemerolehan kerajaan dan hak harta intelektual.

Kesan negatif[1]:

  • Perubatan

Harga ubat akan naik melambung tinggi kerana lebih banyak ubat akan dipatenkan oleh syarikat AS yang akan menentukan harga ubat bagi mengaut keuntungan.

  • Pertanian

Pada masa ini petani Malaysia diberikan subsidi untuk menghasilkan tanaman dan menjualnya dengan harga berpatutan. Hasil tanaman dari luar negara dikenakan tarif import untuk melindungi petani daripada kerugian. Selepas FTA, petani akan kerugian apabila tarif tanaman luar negara akan dikurangkan. Malaysia akan dibanjiri oleh hasil tanaman AS yang amat murah berbanding dengan harga tanaman Malaysia. Petani Malaysia akan mengalami kerugian tinggi dan tidak dapat bertani lagi. AS menggunakan teknologi tinggi dan memberi subsidi tinggi kepada pertanian mereka. Oleh itu, harga tanaman tempatan tidak boleh bersaing dengan harga tanaman AS yang sangat murah

  • Perkhidmatan

AS mahukan Malaysia meliberalisasikan perkhidmatannya yang bermakna membuka sektor perkhidmatan kepada persaingan asing. AS menyasarkan syarikat telekomunikasi Malaysia, perkhidmatan kewangan, tenaga, penjagaan kesihatan, perkhidmatan pengedaran, perkhidmatan profesional seperti guaman, akauntan, jurutera dan doktor serta perkhidmatan penyiaran.

  • Pekerja

Kerajaan AS mahu semua tarif Malaysia ke atas produk perkilangannya dikurangkan kepada sifar. Apabila tarif menjadi sifar, barangan yang dikeluarkan oleh AS akan menjadi lebih murah dan memberi saingan sengit kepada barangan keluaran tempatan. Maka banyak kilang kecil dan sederhana tempatan akan kehilangan pasaran dan akhirnya menghadapi kesukaran beroperasi. Selepas itu, banyaklah pekerja kehilangan pekerjaan.

  • Harga Barangan

Di bawah FTA dengan AS, sektor perkhidmatan seperti air, elektrik, telekomunikasi, pengangkutan boleh diambil alih oleh syarikat asing dan beroperasi untuk keuntungan mengakibatkan kenaikan harga dalam perkhidmatan. Contohnya, kilang yang mengeluarkan beras perlukan perkhidmatan elektrik untuk memproses, perkhidmatan pengangkutan dan lebuh raya untuk mengedar barangan. Jika kos perkhidmatan naik, maka harga beras pun akan naik.

Rujukan sunting

  1. Utusan Malaysia http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm
  2. Bernama.com http://bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=244930

Nota kaki sunting

  1. ^ "Kesan negatif FTA Malaysia-AS". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2007-03-04.