Perjodohan (filem)
Filem Perjodohan merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1954. Filem Perjodohan diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Perjodohan | |
---|---|
Pengarah | B. N. Rao |
Dibintangi | |
Tarikh tayangan | 1954 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Filem Perjodohan mula ditayangkan pada 1954 di pawagam seluruh negara. Menampilkan P. Ramlee, Normadiah dan ramai lagi.
Pengarah
suntingFilem Perjodohan diarah oleh pengarah B. N. Rao pada 1954.
Sinopsis
suntingRumahtangga Rashid dan Habibah (mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Johan) sentiasa dalam krisis. Biasanya mereka berkelahi mengenai perkara-perkara kecil. Bayangkanlah kerana kari ayam pun mereka boleh berperang besar.
Habibah mempunyai seorang Mak Long yang sering menjadi pendamai, dan apabila ada perselisihan antaranya dengan Rashid kepada Mak Longnya inilah Habibah mengadu.
Sebagai orang tua, biasanya Mak Long Habibah tidak berpihak sebelah mana, malah kadang-kadang dia menyebelahi Rashid dan memarahi Hahibah bila didapatinya Habibah yang bersalah.
Dalam pergaduhan yang tak sudah-sudah itu menyebabkan Rashid dan Habibah mendapat perhatian dari teman sekerjanya, Yaakob, dan isterinya (Fatimah). Dimana mereka sering memberi nasihat bagaimana cara untuk hidup bersuami isteri dengan aman damai sepertimana mereka.
Tetapi keadaan rumahtangga Rashid dan Habibah bukan semakin bertambah reda tetapi makin bertambah tegang dan pergaduhan dan pertengkaran terus berlaku yang mana masing-masing keras kepala, panas baran dan tidak mahu mengalah langsung.
Kerana bosan tinggal di rumah disebabkan asyik bergaduh saja, Habibah meminta Mak Longnya mencari kerja. Dan kerana desakan Habibah dan takutkan Rashid marah mahu tidak mahu terpaksalah dia memberikan kerja sebagai guru menjahit yang dikelolakannya sendiri.
Pertengkaran dan pergaduhan terus berlaku dan kerana sudah sampai kekemuncaknya dan sudah tidak dapat dibedung lagi akhirnya Rashid dan Habibah mengambil keputusan untuk bercerai tetapi bila sampai ke pejabat Tuan Kadi, Rashid enggan menceraikan Habibah tetapi Habibah beriya-iya benar hendak bercerai.
Bagaimanapun kerana memikirkan soal anak yang harus menjaganya, Tuan Kadi menasihatkan mereka supaya memikirkan masak-masak tentang perceraian yang hendak mereka lakukan itu. Dan dengan itu mereka pun tidak jadi bercerai buat sementara waktu.
Rumahtangga Rashid dan Habibah berubah dan sedikit aman tetapi mula bergolak semula apabila Habibah cemburukan Rashid yang disangkannya ada membuat perhubungan dengan Salmah yang bekerja sepejabat dengan Rashid.
Walaupun Mak Longnya mengingatkan Habibah dengan menyatakan, "Cemburu buta, sangkaan yang tidak-tidak itu semua menjadi racun dalam rumahtangga", namun tidak dipedulikan oleh Habibah dan kerana cemburu butanya itu pertengkaran dan pergaduhan pun berlaku. Sekali lagi mereka bertemu dengan Tuan Kadi.
Kali ini mereka benar-benar bercerai dan Johan dijaga secara bergilir-gilir antara Rashid dan Habibah. Johan dijaga oleh mereka setiap seorang sehari saja. Berikutan dengan itu, Habibah pindah tinggal di rumah Mak Longnya.
Setelah bercerai, keadaan hidup Rashid dan Habibah tidak keruan dan ternyata Rashid masih sayangkan Habibah begitu juga dengan Habibah masih mencintai Rashid. Dalam perkara mereka itu dan sebagai usaha, menyatukan semula Rashid dan Habibah, Yaakob dan Fatimah membuat rancangan untuk mencari penyelesaian.
Semasa berlangsungnya perkahwinan Salmah dengan Yusof, Rashid telah menceritakao segala yang berlaku dalam rumahtangganya, manakala Yaakob pula menceritakan pengalaman hidupnya berumahtangga dengan Fatimah.
Setelah mendengar dua pengalaman yang berbeza itu, sudahnya Habibah sedar akan kesilapan yang dilakukannya dan berhasrat untuk rujuk semula dengan Rashid dan berjanji akan mengubah segala tabiat buruknya.
Berita baik itu disambut baik oleh Yaakob, Fatimah, Salmah dan Yusof yang datang menyusul ke rumah Rashid. Bak kata Rashid, "Kalau sudah jodoh tak ke mana."
Pelakon
sunting- P. Ramlee sebagai Rashid
- Normadiah sebagai Habibah
- Nordin Ahmad sebagai Yaakob
- Mariani sebagai Salmah
- Aini Hayati sebagai Fatimah
- Siti Tanjung Perak sebagai Mak Long
- S. Hassan Sahab sebagai Yusof
- Mustarjo sebagai Tuan Kadi
- Zainon Fiji
Lagu
suntingLihat juga
sunting