Perkara 9 Perlembagaan Jepun

Perkara 9 Perlembagaan Jepun (日本国憲法第9条, Nihonkoku Kenpou Dai Kyu-jou) merupakan sebuah fasal dalam Perlembagaan Jepun yang melarang sebarang tindakan peperangan daripada negara tersebut. Perlembagaan terbabit berkuatkuasa pada 3 Mei 1947, sebaik sahaja berikutan Perang Dunia II. Dalam teksnya, negara secara formalnya meninggalkan peperangan sebagai hak kedaulatan dan mengharamkan penyelesaian keatas pertikaian anatarabangsa melalui kekerasan. Fasal juga menerangkan bahawa, untuk mencapai matlamat tersebut, angkatan tentera yang mempunyai potensi perang tidak akan dikekalkan, walaupun Jepun secara dasarnya masih mengekalkan angkatan tentera, dirujuk sebagai Pasukan Pertahanan Diri Jepun.

Teks Perkara sunting

Teks penuh Perkara dalam bahasa Jepun:

第九条 日本国民は、正義と秩序を基調とする国際平和を誠実に希求し、国権の発動たる戦争と、武力による威嚇又は武力の行使は、国際紛争を解決する手段としては、永久にこれを放棄する。 二 前項の目的を達するため、陸海空軍その他の戦力は、これを保持しない。国の交戦権は、これを認めない。

Terjemahan rasmi dalam Bahasa Inggeris:

ARTICLE 9. Aspiring sincerely to an international peace based on justice and order, the Japanese people forever renounce war as a sovereign right of the nation and the threat or use of force as means of settling international disputes. (2) To accomplish the aim of the preceding paragraph, land, sea, and air forces, as well as other war potential, will never be maintained. The right of belligerency of the state will not be recognized.


Terjemahan dalam Bahasa Melayu:

PEKARA 9. Dengan Hasrat ikhlas untuk keamanan antarabangsa berdasarkan keadilan dan aturan, Jepun selama-lamanya akan meninggalkan perang sebagai hak kedaulatan negara dan ancaman atau penggunaan kekerasan sebagai cara menyelesaikan pertikaian antarabangsa. (2) Untuk mencapai tujuan perenggan yang terdahulu, angkatan darat, laut, dan udara, serta lain-lain pontensi peperangan, tidak akan dikekalkan. Hak peperangan bagi negara tidak akan diiktiraf.

Pautan Luar sunting