Perkhidmatan Angkatan Laut Baginda

Perkhidmatan Angkatan Laut Baginda Raja (His Majesty's Naval Service) ialah perkhidmatan maritim dan peperangan laut United Kingdom.[1][2] Ia terdiri daripada Tentera Laut Diraja, Marin Diraja, Armada Auksiliari Diraja, Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja, Pasukan Simpanan Marin Diraja dan Perkhidmatan Kerjaya Tentera Laut.[3] Perkhidmatan Angkatan Laut secara keseluruhannya terletak dibawah perintah Lembaga Tentera Laut, yang diketuai oleh First Sea Lord. Jawatan ini dipegang oleh Laksamana Sir Ben Key (dilantik November 2021).[4] Majlis Pertahanan mewakilkan pentadbiran Perkhidmatan Angkatan Laut kepada Lembaga Admiralti, dipengerusikan oleh Setiausaha Negara bagi Pertahanan.

Perkhidmatan Angkatan Laut Baginda
Negara United Kingdom[note 1]
JenisTentera laut dan peperangan maritim
PerananPeperangan laut, peperangan ekspedisi dan peperangan amfibia
Sebahagian daripada Angkatan Tentera British
PangkalanWhitehall / Portsmouth
Cawangan Royal Navy
  Khidmat Kejururawatan RN
  Simpanan RN
Armada Auksiliari Diraja
Kor Marin Diraja
  Simpanan RM
  Pasukan Pancaragam RM
Perkhidmatan Kerjaya Tentera Laut
Komander
First Sea LordLaksamana Sir Ben Key
Second Sea LordLaksamana Madya Martin Connell
Panglima ArmadaLaksamana Madya Andrew Burns
Tanda kebesaran
Panji Putih[note 2]

Perkhidmatan Angkatan Laut didominasi oleh Royal Navy, dan beroperasi terutamanya dari tiga pangkalan di United Kingdom dimana kapal-kapal yang ditauliahkan berlabuh; Portsmouth, Clyde dan Devonport, yang terakhir merupakan pangkalan laut operasi terbesar di Eropah Barat. Sehingga April 2023, terdapat kira-kira 100 buah kapal beroperasi bersama pelbagai cawangan Perkhidmatan Angkatan Laut, ditambah hampir 100 kapal yang dikendalikan oleh Serco Marine Services. Kapal-kapal ini termasuklah: 70 kapal bertauliah Royal Navy, 17 kapal pendaratan utama Royal Marines, 13 kapal bantuan dari Armada Auksiliari Diraja dan hampir 100 kapal sokongan Marine Services.[5] Kapal-kapal tambahan adalah dibawah sewaan kepada Kementerian Pertahanan. Sehingga tahun 2022, HM Naval Service (Royal Navy, Royal Marines, Royal Fleet Auxiliary dan Naval Careers Service) menggaji kira-kira 39,500 anggota tetap dan simpanan.[6][7][8][9]

Pada tahun 2020, First Sea Lord mengumumkan bahawa 'Naval Service' secara tidak rasmi akan dikenali sebagai 'Royal Navy'. Royal Navy telah dijadikan nama basahan bagi Naval Service sebagai sebahagian daripada program transformasi dengan kelulusan Jawatankuasa Eksekutif Tentera Laut untuk mencerminkan kekuatan jenama Royal Navy dan membantu menyeragamkan ketumbukan itu.[10][11]

Jumlah sesaran kapal Royal Navy dan Royal Fleet Auxiliary ialah, sehingga April 2023, melebihi 763,400 tan, manakala gabungan sesaran kapal pendaratan Royal Marine adalah lebih kurang 2,200 tan tambahan.

Lihat juga

sunting
  1. ^
  2. ^
    1630–1707
    Middle Ages-1707
    1707–1800

Rujukan

sunting

Petikan

sunting
  1. ^ NAVAL PERSONNEL HIERARCHY, mod.uk. 5 October 2014.
  2. ^ Her Majesty’s Naval Service Eligibility and Guidance Notes, mod.uk. 5 October 2014.
  3. ^ "Queen's Regulations for the Royal Navy" (PDF). Ministry of Defence. Dicapai pada 22 April 2017.
  4. ^ "Vice Admiral Sir Ben Key KCB CBE has been appointed to First Sea Lord and Chief of the Naval Staff". gov.uk (dalam bahasa Inggeris). 15 October 2021. Dicapai pada 8 November 2021.
  5. ^ "Serco wins £200m contract to provide marine services for Royal Navy". Advance. 16 November 2022. Dicapai pada 30 April 2023.
  6. ^ "The Royal Fleet Auxiliary in 2022". Navy Lookout. 30 May 2022.
  7. ^ "Royal Naval Reserve". Royal Navy. Dicapai pada 4 May 2023.
  8. ^ "Number of personnel in the armed forces of the United Kingdom between 2012 and 2022, by military branch". Statista. Dicapai pada 4 May 2023.
  9. ^ "Royal Marines Reserve". Royal Navy. Dicapai pada 4 May 2023.
  10. ^ "Adieu 'Naval Service,' Hello 'Royal Navy'" (PDF). Navy News. Ministry of Defence (791): 20. June 2020. ISSN 0028-1670. Dicapai pada 16 May 2022.
  11. ^ First Sea Lord Admiral Tony Radakin. "The Whole Force: Naval Service to Royal Navy". Royal Navy Association. Dicapai pada 16 May 2022.

Sumber

sunting