Perkhidmatan Pemuliharaan Sumber Asli

Perkhidmatan Pemuliharaan Sumber Asli (bahasa Inggeris: Natural Resources Conservation Service; NRCS), dahulu dikenali sebagai Soil Conservation Service (SCS) (Perkhidmatan Pemuliharaa Tanah), ialah sebuah lembaga di bawah Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) yang memberikan bantuan teknikal kepada petani dan pemilik tanah dan pengurus swasta lain.

Perkhidmatan Pemuliharaan Sumber Asli
Intisari agensi
Dibentuk13 September 1933
Agensi terdahulu
  • Soil Conservation Service, Soil Erosion Service
Ibu pejabatWashington, D.C.
KakitanganSekitar 12.000
Eksekutif Agensi
  • Matt Lohr, Ketua
  • Tom Christensen, Timbalan ketua
Agensi induk
Jabatan Pertanian Amerika Syarikat
Laman sesawang
www.nrcs.usda.gov

Namanya ditukar pada tahun 1994 semasa era presiden Bill Clinton untuk mencerminkan misinya yang lebih luas. Ia merupakan agensi relatif kecil, ketika ini hanya terdiri dari sekitar 12.000 tenaga kerja.[1] Misinya ialah untuk meningkatkan, melindungi, dan melestarikan sumber asli di tanah persendirian melalui kerja sama dengan negara dan lembaga lainn. Walaupun fokus utamanya ialah tanah pertanian, lembaga ini juga telah membuat banyak sumbagan teknikal untuk pengukuran tanah, klasifikasi tanah dan peningkatan kualiti air.[2][3] Salah satu contoh ialah Conservation Effects Assessment Project (CEAP) (Projek Penilaian Kesan Pemuliharaan), yang dibentuk untuk mengukur manfaat dari keupayaan pemuliharan pertanian yang dipromosikan dan disokong oleh program-program berdasarkan Farm Security and Rural Investment Act of 2002 (Akta Pertanian dan Undang-Undang Pelaburan Luar Bandar 2002). NRCS merupakan lembaga terkemuka dalam projek ini.

Rujukan sunting

  1. ^ "People". Natural Resources Conservation Service. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-04. Dicapai pada January 27, 2018.
  2. ^ U.S. Natural Resources Conservation Service (NRCS). Washington, DC. "Soil Survey Programs." Diarkibkan 2011-07-26 di Wayback Machine Accessed 2009-06-05.
  3. ^ NRCS. "National Conservation Practice Standards." Diarkibkan 2011-06-11 di Wayback Machine National Handbook of Conservation Practices. Accessed 2009-06-05.

Pautan luar sunting