Perkhidmatan awam di Malaysia

perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia

Perkhidmatan Awam Malaysia [1]diklasifikasikan Sebagai Perkhidmatan Awam telahpun tersenarai secara tersirat didalam sektor-sektor Bahagian X Perlembagaan Persekutuan, bermula dari Perkara 132 sehingga Perkara 148, beserta proviso-proviso yang telah dimansuhkan; Perkara 146A, 146B dan 146C.Perkara 132(1) juga telahpun diklasifikasikan sebagai peraturan dan juga kaedah perundangan untuk sektor-sektor perkhidmatan-perkhidmatan awam kerajaan kecuali kerajaan sarawak berikut adalah senarai sektor-sektor diklasifikasikan tersenarai secara tersirat perkhidmatan-perkhidmatan awam terdiri daripada;

  • pasukan polis
  • angkatan tentera
  • perkhidmatan kereta api
  • perkhidmatan kehakiman
  • perkhidmatan pendidikan
  • perkhidmatan awam bersama
  • perkhidmatan am persekutuan
  • perkhidmatan awam setiap negeri
  • perkhidmatan perubatan dan kesihatan

profit-profit fortfolio provisio

Provisio di dalam Perlembagaan Persekutuan yang melindungi individu penjawat awam adalah Perkara 135, 136 dan Perkara 147, manakala Perkara 142 sehingga 144 dan Perkara 146 merupakan provisio umum berkaitan suruhanjaya-suruhanjaya, keanggotaannya, fungsi-fungsi dan laporan-laporan. iaitu empat isu utama sekira adanya keperluan didalam profit-profit fortfolio provisio berkenaan sektor-sektor perkhidmatan awam akan dibincangkan di dalam konteks Persekutuan Malaysia, Kerajaan Bahagian Negara membentuk persekutuan Malaysia iaitu sesebuah Kerajaan Negeri Yang diberikan mandat untuk menggunakan sistem perundangan Kerajaan Memerintah sendiri antaranya adalah seperti berikut;

  1. memegang jawatan selama yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong;
  2. penjawat awam dibuang kerja atau diturunkan pangkat;
  3. penguatkuasa pemecatan; dan
  4. prinsip keadilan semulajadi. ==== ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM MEMEGANG JAWATAN SELAMA DIPERKENAN ====

Perkara 132(2) Perlembagaan Persekutuan memasukkan konsep "memegang jawatan selama diperkenan". Setiap penjawat awam memegang jawatan di bawah perkenan Yang di-Pertuan Agong[2] tetapi di dalam pelaksanaan sebenar, kecuali sesiapa yang memegang jawatan politik atau kontrak, penjawat awam menikmati jawatan tetap yang dijamin serta pendapatan yang stabil dan dijamin.

SEKATAN MENGENAI PEMBUANGAN KERJA DAN PENURUNAN PANGKAT sunting

Perkara 135(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa tiada seorang pun anggota mana-mana perkhidmatan yang disebut dalam perenggan (b) hingga (h) Fasal (1) Perkara 132 boleh dibuang kerja atau diturunkan pangkat oleh ssuatu pihak berkuasa yang rendah daripada pihak berkuasa yang, pada masa pembuangan kerja atau penurunan pangkat itu, mempunyai kuasa untuk melantik seorang anggota perkhidmatan itu yang sama pangkat dengan bersyarat.

Dan seterus meneruskan untuk mengikuti berikut pekara-pakara perlu dibacakan bersama-sama Perkara 135(3) memperuntukkan tanpa persetujuan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, tiada seorang pun anggota mana-mana perkhidmatan yang disebut dalam perenggan (c), (f) atau (g) Fasal 1 Perkara 132 boleh dibuang kerja atau diturunkan pangkat atau menanggung apa-apa langkah tatatertib yang lain kerana apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya pada menjalankan sesuatu fungsi kehakiman yang diberikan kepadanya oleh undang-undang.

PENGUATKUASA PEMECATAN sunting

Perkhidmatan Awam Persekutuan memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang Di-Pertuan Agong dan tiap-tiap anggota perkhidmatan awam.[3]  Ini bermakna segala-galanya tentang jawatannya bergantung pada kehendak dasar awam.[4]  Oleh sebab mereka memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang Di-Pertuan Agong, maka jawatan mereka boleh dilucutkan oleh kerajaan dengan apa-apa alasan sekalipun,[5] mengikut konteks hujah-hujah semasa berlakunya pekara-pekara berkenaan pelaksanaan undang-undang perlembagaan persekutuan Dikecualikan Kerajaan Bahagian Negara telahpun membentuk persekutuan Malaysia iaitu sesebuah Kerajaan Negeri Yang diberikan mandat untuk menggunakan sistem perundangan Kerajaan Memerintah sendiri antaranya adalah seperti berikut dan mereka tiadalah berhak memohon kepada kuasa mahkamah membatalkan perlucutan jawatan tersebut.[6] sekira telah dengan jelas dapat ataupun setelah terbuktinya dengan jelasnya keberadaan sesebuah sebab-sebab mahupun teori-teori berfaktakan dari asas-asas kukuh bersertakan alasan-alasan rasional yang dimana telahpun membawa kepada menyebabkan berlakunya sesuatu ataupun terjadinya pekara-pekara menyebabkan sebab-sebab kukuh sebagai penyebab dominan bagi kuasa untuk menjalankan kuasa-kuasanya penguat daya penguatkuasa kuasa-kuasa untuk menggunakan bidang-bidang kuasa berwajib bersama-sama kuasa-kuasa berwajib kepada sesuatu keperluan untuk melakukan pekara-pekara berkenaan sesuatu bentuk sebab-sebab bagi perlucutan jawatan tersebut seterusnya adalah pekara-pekara bersama-sama didalam undang-undang didalam dasar-dasar peraturan-peraturan kelayakan dan syarat-syarat perkhidmatan awam dan juga konsep keadilan asasi (natural justice) jabatan keadilan.

KELAYAKAN DAN SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN sunting

(a) Kelayakan

Kelayakan bagi perlantikan dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Bersama dan syarat-syarat tentang perkhidmatan itu boleh ditetapkan oleh Yang Di-Pertuan Agong.[7] Pada masa ini tidak ada satu undag-undang lagi yang diluluskan oleh Parlimen tentang kelayakan, perlantikan dan syarat-syarat perkhidmatan. Yang ada hanya undang-undang pencen.[8] Berkenaan bagi perlantikan ke dalam perkhidmatan awam negeri dan syarat-syarat perkhidmatan itu adalah ditetpkan oleh undang-undang negeri atau peraturan yang dibuat oleh raja/gabenor negeri itu.

(b) Gaji

Gaji pegawai dalam perkhidmatan awam tidak ditetapkan oleh undang-undang khas, sebagaimana gaji hakim, menteri, dan sebagainya; gaji mereka ditetapkan oleh kerajaan, iaitu Jemaah menteri, dari satu masa ke satu masa. Tangga gaji bagi tiap-tiap jawatan dan kelayakan seseorang untuk dilantik sesuatu jawatan itu bolehlah didapati dalam buku skim perkhidmatan. Gaji mereka dibayar daripada wang yang diperuntukkan oleh anggaran tiap-tiap tahun dan dibayar daripada Kumpulan Wang yang Disatukan. Oleh sebab gaji mereka termasuk dalam anggaran maka pada tiap-tiap tahun peruntukan ini akan dibincangkan dan disemak oleh Dewan Rakyat.

(c) Tempoh Perkhidmatan

Seorang pegawai dalam perkhidmatan awam itu boleh bekerja sehingga sampai umur bersara, melainkan sebelum ia sendiri telah berhenti atau dilucutkan daripada jawatannya atau diberhentikan daripada jawatan kerana syarat-syarat untuk jawatan tersebut telahpun dihapuskan iaitu;

         Umur bersara bagi seseorang pegawai itu, mengikut undang-undang pencen, ialah[9] :  
         (a) 50 tahun, jika mendapat kebenaran kerajaan;
         (b) 55 tahun tanpa kebenaran; dan
         (c) 40 tahun bagi pegawai polis yang berpangkat rendah daripada Timbalan Penguasa Polis (TPP), pegawai penjara yang berpangkat rendah    
             daripada Penguasa, atau jururawat lelaki yang bertugas di rumah sakit otak, atau pegawai-pegawai yang memilih untuk bersara awal.

(d) Majlis Whitley Negara

Untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan dan mengelakkan perasaan tidak puas hati di kalangan kakitangan perkhidmatan awam, suatu badan perundingan ditubuhkan antara anggota-anggota perkhidmatan awam dengan kerajaan tentang syarat-syarat perkhidmatan dan gaji mereka. Badan ini dipanggil Majlis Whitley Negara dan mengandungi dua pihak, iaitu satu pihak mewakili kakitangan perkhidmatan awamdan satu pihak lagi mewakili kerajaan. Keputusan yang dibuat oleh majlis ini disiarkan dalam surat pekeliling keluaran Jabatan Perkhidmatan Awam dan kuat kuasanya diikut sebagai undang-undang khas bagi perkhidmatan awam.

(e) undang-undang perkhidmatan awam

Undang-undang tentang perkhidmatan awam boleh didapati dalam Peraturan Am dan Peraturan Kewangan yang dibuat oleh Yang Di-Pertuan Agong, ada dalam beberapa surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam dan beberapa kementerian dan jabatan lain. Peraturan-peraturan dan surat pekeliling ini hendaklah dipatuhi oleh tiap-tiap kakitangan perkhidmatan awam sebagai undang-undang biasa. Tetapi peraturan-peraturan dan surat-surat pekeliling ini dianggap oleh mahkamah sebagai satu perkara yang di luar bidang kuasa mahkamah,[10] dan dianggap olehnya sebagai tidak mengikat kerajaan.

PERKARA 132 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN sunting

Perkara 132 adalah peruntukan yang terkandung dalam Bahagian X dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh secara umumnya berkenaan Perkhidmatan -perkhidmatan Awam di Malaysia. Secara kasarnya peruntukan ini akan menyentuh beberapa perkara seperti mengenai pekerjaan atau perkhidmatan yang dikira sebagai perkhidmatan awam dan peraturan-peraturan atau limitasi yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam seperti yang tertakluk dalam Perkara 132 Perlembagaan.

PRINSIP BERKECUALI DALAM POLITIK sunting

  • Perkhidmatan awam merupakan jentera pentadbiran yang ditugas melaksanakan dasar kerajaan dan juga untuk memberi nasihat dan pandangan tentang dasar tersebut. Yang demikian amatlah mustahak bagi perkhidmatan awam itu bertugas dengan yakin, bebas, adil dan saksama. Keadaan ini tidak akan tercapai jika perkhidmatan awam masuk campur dalam politik. Prinsip ini disebut dengan jelas dalam Penyata Mesyuarat Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang diadakan di London pada bulan Januari dan Februari 1957.Penyata itu berbunyi:
40. The First essential for ensuring an efficient administration is that the political impartiality of the public service should be recognized and safeguarded. Experience has shown that this is best secured by recognizing the service as a corporate body owing its allegiance to the Head of State and so retaining its continuous existence irrespective of changed in the political complexion of the government of today. The public service is necessarily and rightly subject to ministerial direction and control in the fryrtminsyion snfrcrvuyion og hobrtnmrny polivy ,but in order to do their job effectively public servants must feel free to tender advice to Ministers, without fear of favour, according to their conscience and to their view of the merits of the case.
41. One of the most essential ingredients of a contented and officient service is that prootions policy should be regulated in accordance with publicly recognized professional principles. The service must feel confident that promotions will be determined impartially on the basis of official qualifications,experience and merit …

42. Simirlarly, a reasonable security of tenure and an absolute freedom from the arbitrary application of disciplinary provisions are essential foundation of a bublic service … 43. The most generally accepted method of ensuring the observane of the foregoing principles is by the establishment of an independent Public Service Commission …

Prinsip yang terkandung dalam penyata ini dipersetujui oleh Suruhanjaya Reid dan diterima oleh Perlembagaan Malaysia. Keadaan berkecuali iaitu tidak berpihak kepada mana-mana parti politik adalah menjadi asas perkhidmatan awam negara ini dan bolehlah dikatakan sebagai satu daripada ciri-ciri Perlembagaan Malaysia. Ini bererti bahawa pegawai-pegawai dalam perkhidmatan awam, baik askar, polis mahupun pegawai biasa, adalah tetap bekerja dan memegang jawatan mereka walaupun Perdana Menteri dan menteri-menteri lain terpaksa berhenti atas sebab kekalahan undi dalam Parlimen atau dalam pilhanraya.. Apabila peristiwa ini berlaku,tentulah Seorang Perdana Menteri baru dan beberapa orang menteri lain akan dilantik. Di sini pegawai-pegawai dalam perkhidmatan perlu patuh kepada menteri-menteri yang baru dilantik itu. Keadaan ini susah hendak dicapai melainkan pegawai-pegawai dalam perkhidmatan awam ditegah mencampuri politik, dan taat setia mereka mesti ditumpukan kepada perkhidmatan mereka. Mereka mesti berasa bangga dengan perkhidmatan mereka .


Peraturan tatatertib dalam Bahagian I, II dan III bertujuan untuk mencegah mereka daripada mencampuri politik. Mereka tidak boleh bertanding dalam sebarang pilihanraya bandaran dan majlis tempatan, melainkan hendaklah berhenti daripada menjadi pegawai dalam perkhidmatan awam. Tetapi sebahagian daripada pegawai dalam Bahagian IV dan Buruh Kasar dibenarkan masuk bertanding dalam pilihanraya bagi majlis tempatan atas sebab-sebab tertentu.

JENIS PERKHIDMATAN AWAM sunting

Perkhidmatan awam yang dikandungi Perlembagaan Persekutuan adalah:

  1. Perkhidmatan awam bagi Kerajaan Persekutuan;
  2. Perkhidmatan awam bagi Kerajaan Negeri;
  3. Perkhidmatan awam bersama bagi Kerajaan Persekutuan dan sebuah atau beberapa kerajaan negeri atau perkhidmatan awam bersama bagi dua atau lebih kerajaan negeri dengan tidak termasuk Kerajaan Persekutuan.

Perkhidmatan awam bagi Persekutun terdiri daripada:

  • Angkatan bersenjata;
  • Perkhidmatan kehakiman dan perundangan;
  • Perkhidmatan awam yang am bagi Persekutuan;
  • Pasukan polis;
  • Perkhidmatan awam bersama yang disebut dalam Perkara 133;
  • Perkhidmatan awam setiap Negeri; dan
  • Perkhidmatan pendidikan.

Mengikut Perlembagaan, mereka yang disebut di bawah ini tidak termasuk dalam perkhidmatan awam:

  • Jawatan sebagai Pentadbir bagi Persekutuan atau negeri, atau menteri, menteri muda, setiausaha Parlimen, setiausaha politik menteri besar, ketua menteri dan ahli-ahli mesyuarat kerajaan negeri;
  • Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua bagi kedua-dua majlis Parlimen dan Dewan Negeri;
  • Hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan;
  • Ahli bagi mana-mana suruhanjaya atau majlis yang diwujudkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan perlembagaan negeri;
  • Jawatan-jawatan diplomat Malaysia ke negara asing yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Bagi mengasingkan beberapa jawatan daripada perkhidmatan awam, Perlembagaan telah membuat peruntukan supaya mengeluarkan beberapa jawatan daripada tergolong ke dalam perkhidmatan awam biasa. Tujuannya ialah supaya mengasingkan jawatan-jawatan ini daripada terletak di bawah bidangkuasa mana-mana Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Jawatan-jawatan ini adalah:

  • Setiausaha bagi kedua-dua majlis Parlimen dan kakitangan Parlimen;
  • Peguam Negara, atau penasihat undang-undang negeri, jika cara perlantikan dan pembangunan kerjanya ada ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri, atau jika ia dilantik daripada orang yang bukan pegawai dalam perkhidmatan kehakiam dan undang-undang; dan
  • Kakitangan tentang urusan Yang di-Pertuan Agong, raja dan gabenor bagi sesebuah negeri.

Semua ahli perkhidmatan awam dibahagi kepada lima bahagian - Bahagian I, II, III, IV dan Bahagian Buruh Kasar. Pegawai-pegawai dalam Bahagian I ialah pegawai-pegawai yang mempunyai kelulusan tinggi dan tugasnya bangan menggunakan daya pemikiran. Bagi semua pegawai dalam Bahagian I hingga IV, semua pegawai sementara pula tidak mendapat pencen apabila mereka bersara daripada perkhidmatan tetapi jika perkhidmatannya baik dan genap sepuluh tahun, mereka akan diberi ganjaran bersara atau ganjaran yang ditetapkan dalam satu kontrak (sekiranya mereka pegawai perkhidmatan berkontrak).

Kesimpulan


Sebagaimana yang kita dapati, pegawai-pegawai dalam perkhidmatan awam memegang jawatan selama diperkenankan oleh yang di-Pertuan Agong. Untuk melindungi mereka daripada kuasa arbitrari yang mungkin timbul, Perlembagaan telah memberikan kepada mereka tiga perlindungan:

(i) Mereka diletakkan di bawah bidang kuasa suruhanjaya perkhidmatan yang bebas; (ii) Mereka tidak boleh dibuang kerja atau diturunkan pangkat melainkan oleh pihak

    berkuasa yang tidak rendah daripada pihak berkuasa melantiknya dan mereka berhak 
    membela diri supaya jangan dibuang kerja atau diturunkan pangkatnya; dan
         (iii) pegawai-pegawai awam dalam tingkatan yang sama hendaklah diberi layanan yang

sama dengan tidak ada apa-apa perbezaan, melainkan apa yang didapatinya dalam

    syarat perkhidmatan sahaja. 

Peruntukan ini hanya untuk melindungi pegawai-pegawai daripada kuasa arbitrari kerajaan. Tetapi jika pegawai-pegawai sendiri telah menunjukkan sikap atau kelakuan tidak bertanggungjawab yang akan merosakkan perkhidmatan awam, maka tidak boleh disalahkan jika tindakan tatatertib dikenakan ke atas mereka. Yang demikian, terpulang lah kepada pegawai-pegawai sekalian untuk menunjukkan sikap setia mereka kepada negara dan Yang di-Pertuan Agong. Ahli-ahli politik amnya dan wakil-wakil rakyat khasnya hendaklah menghormati prinsip ini dan tidak campur tangan dalam perkara pentadbiran. Jika mereka campur tangan, sudah tentu prinsip berkecuali bagi perkhidmatan awam tidak dapat dipelihara.

  1. ^ Autokrasi
  2. ^ Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
  3. ^ Perkara 132(2A)
  4. ^ Perkara 132(2A)
  5. ^ Terrell lwn S.S. for Colonies [1953] 2 QB 482; Dunn lwn The Queen [1895] QB 116; Gould lwn Smith [1895] A.C. 229.
  6. ^ Lihat Government of Malaysia lwn Mahan Singh [1975] 2 MLJ 155; [1978] 2 MLJ 133.
  7. ^ Perkara 132(2)
  8. ^ Berkenaan kelayakan bagi perlantikan ke dalam perkhidmatan awam negeri dan syarat-syarat perkhidmatan itu adalah ditetapkan oleh undang-undang negeri atau peraturan yang dibuat oleh raja/gabenor negeri itu.
  9. ^ Ordinan Pencen. (No. 1 tahun 1951)
  10. ^ Mohd Hussein lwn Hyderbab Air [1953] Yhyd, 298; Lilawati AIR [1952] Madhy Bh. 105; Rangoari AIR [1937] P.C. 27; Venkatao Rao AIR [1937] P.C. 31.