Perkongsian fail

Perkongsian fail merujuk kepada pengedaran atau pembekalan akses kepada data atau media —seperti program komputer, multimedia, dokumen mahupun buku elektronik— sesama beberapa pengguna serangkai kepada suatu simpanan sekunder dalam satu-satu masa.[1] Kegiatan sebegini boleh menggunakan media pakai buang, pelayan berpusat, dokumen berhiperpautan Jaringan Sejagat mahupun rangkaian rakan-ke-rakan.

JenisSunting

Perkongsian rakan-ke-rakan (peer-to-peer / P2P)Sunting

Kaedah ini bergantung kepada infrastruktur rakan-ke-rakan dalam rangkaian. Fail yang dikongsi dalam kalangan pengguna sistem diindeks dalam pelayan direktori.

Perkongsian dan penyegerakkan fail (sync-and-share)Sunting

Kaedah ini melibatkan pengedaran fail automatis melalui pengemaskinian fail daripada direktori yang boleh didapati bersama dalam tapak web serta peranti khusus yang diakses para pengguna melalui pengkomputeran awan.

RujukanSunting

  1. ^ G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). "perkongsian fail". Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 65. ISBN 967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)