Perlanggaran kereta api Larissa

Pada 28 Februari 2023, suatu rempuhan berdepan berlaku di antara dua kereta api—kereta api penumpang InterCity 62 (IC62) dan kereta api barang antara mod— di selatan Lembah Tempe, berhampiran kampung Evangelismos di Larissa, Yunani. Perlanggaran itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 57 orang maut, menjadikannya bencana kereta api paling maut dalam sejarah Yunani. Ia juga merupakan yang paling maut di Eropah sejak kegelinciran kereta api di Santiago de Compostela pada tahun 2013.

Perlanggaran kereta api Larissa
Perlanggaran kereta api Larissa is located in Bumi
Perlanggaran kereta api Larissa
Perlanggaran kereta api Larissa (Bumi)
Map
Butiran
Tarikh28 Februari 2023
23:21 EET (21:21 UTC)[1]
Koordinat39°50′54.488″N 22°30′59.915″E Sunting ini di Wikidata
Lokasi
  • Evangelismos Sunting ini di Wikidata
  • Tempi Municipality Sunting ini di Wikidata
NegaraYunani Sunting ini di Wikidata
Laluan/landasanPiraeus-Platy railway Sunting ini di Wikidata
PengendaliHellenic Train Sunting ini di Wikidata
Jenis insidenPerlanggaran kereta api, kemalangan kereta api, perlanggaran hadapan Sunting ini di Wikidata
SebabKesilapan manusia Sunting ini di Wikidata
Perangkaan
Penumpang342
Meninggal dunia57 (minimum) Sunting ini di Wikidata
Tercedera85 (minimum) Sunting ini di Wikidata
Hilang2
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Lokomotif Siemens HellasSprinter yang serupa dengfaan lokomotif yang musnah dalam kemalangan, gambar tahun 2019
Gerabak Siemens/Bombardier UIC-Z1 Hellenic Train yang digunakan dalam perkhidmatan antara bandar di Yunani

Bahagian laluan utama AthensThessaloniki di mana kemalangan itu berlaku berada di landasan berkembar dan dilengkapi dengan kawalan automatik. Walau bagaimanapun, suis dan isyarat masih dikawal secara manual. Berikutan bencana itu, keadaan jaga, bantahan rasa marah dan rusuhan berlaku di Athens, Thessaloniki dan Larissa. Pada 2 Mac 2023, pekerja rel Yunani melancarkan mogok untuk membantah keadaan kerja dan kegagalan untuk memodenkan rangkaian kereta api.

Menteri Pengangkutan Kostas Achilleas Karamanlis meletakkan jawatannya berikutan kemalangan itu, memetik kegagalannya untuk membawa sistem kereta api mencapai piawaian abad ke-21.

Perlanggaran sunting

Kereta api penumpang IC62, yang dijadualkan berlepas dari Athens ke Thessaloniki pada jam 7:22 malam Waktu Eropah Timur (UTC+2), lewat beberapa minit dari jadual pada lebih kurang 7:30 petang, membawa kira-kira 350 penumpang. Kebanyakkan penumpang tersebut terdiri daripada pelajar lingkungan 20-an yang pulang selepas hujung minggu panjang untuk sambutan Lent Ortodoks Yunani.[2] Pada masa yang sama, kereta api barang yang membawa beberapa kereta rata yang sarat dengan kontena penghantaran dan keluli plat sedang dalam perjalanan dari Thessaloniki ke Larissa.[3][1]

Perlanggaran di antara kedua-dua kereta api itu berlaku pada jam 23:21 di laluan utama Athens–Thessaloniki, yang dikendalikan oleh Pertubuhan Kereta Api Yunani, syarikat kereta api negara Yunani. Seksyen di mana kemalangan itu berlaku, terletak 27.3 kilometer (17.0 batu) di utara Larissa, di landasan berkembar dan dilengkapi dengan kawalan automatik, tetapi suis dan isyarat masih dikawal secara manual.[4] Kereta api penumpang dan kereta api barang itu bertembung secara berdepan berhampiran Evangelismos sebelum tengah malam.[5][6] Disebabkan keadaan yang gelap semasa kemalangan dan kekurangan masa untuk pemandu kereta api bertindak balas, dianggarkan kereta apipenumpang itu bergerak pada kelajuan antara 140 km/j (87 mph) dan 160 km/j (99 mph) .

Dalam temu bual dengan ERT, gabenor wilayah Thessaly, Kostas Agorastos melaporkan bahawa empat gerabak pertama kereta api penumpang tergelincir, dan dua gerabak pertama terbakar dan "hampir musnah sepenuhnya".[7] Penumpang dilaporkan melepaskan diri melalui tingkap yang sama ada pecah dalam nahas atau dipecahkan oleh mereka. Ramai dalam keadaan panik kerana suasana huru-hara, dengan beberapa lagi terperangkap dalam gerabak yang condong sekurang-kurangnya 45 darjah. Anggota penyelamat dapat membuka beberapa pintu gerabak.[7]

Banyak gerabak kereta api terbakar berikutan perlanggaran itu, dan 17 kenderaan dan 150 anggota bomba berusaha memadamkan api. Sementara itu, usaha menyelamat dilakukan dengan bantuan 40 buah ambulans, dan lebih 30 pegawai polis berada di tapak.[8][9] Bangkainya dalam keadaan teruk sehingga lori kren digunakan untuk membantu mengeluarkannya.[10] Tentera Darat Yunani telah dipanggil untuk memberi bantuan.[11] Kira-kira 250 penumpang terselamat, termasuklah mereka yang mengalami kecederaan ringan, telah dipindahkan dari lokasi perlanggaran ke Thessaloniki dengan bas.[12][13][14]

Mangsa sunting

Lima puluh tujuh orang terbunuh, dan 85 yang lain tercedera,[12][9] dengan 25 daripadanya mengalami kecederaan serius. Daripada bilangan yang tercedera itu, 66 orang dimasukkan ke hospital, dengan enam dimasukkan ke unit rawatan rapi.[1][15] Mengenal pasti beberapa mangsa adalah mencabar kerana suhu tinggi mencecah sehingga 1,300 °C (2,370 °F) di dalam gerabak pertama.[7] Dua pelajar Cyprus yang telah hilang akhirnya ditemui mati.[16]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "2 trains collide in northern Greece, at least 15 killed". BNO News (dalam bahasa Inggeris). 28 Februari 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mac 2023. Dicapai pada 1 Mac 2023.
  2. ^ Beake, Nick; Davies, Alys (1 Mac 2023). "Greece train crash: Angry protests erupt after disaster". BBC (dalam bahasa Inggeris). Larissa and London. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mac 2023. Dicapai pada 1 Mac 2023.
  3. ^ Mary-Kate, Findon (1 Mac 2023). "Crushed carriages lay strewn off tracks after deadly train crash in Greece". The Independent (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mac 2023. Dicapai pada 1 Mac 2023.
  4. ^ "At least 32 killed, dozens injured in Greece train crash". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mac 2023. Dicapai pada 1 Mac 2023.
  5. ^ "Fiery train crash in Greece kills 29, injures at least 85" (dalam bahasa Inggeris). CBS News. 1 March 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 March 2023. Dicapai pada 1 March 2023.
  6. ^ Carey, Alexis (1 March 2023). "Dozens dead after two trains collide in Greece". The Courier Mail.
  7. ^ a b c Davies, Alys; Fowler, Sarah (1 Mac 2023). "Greece train crash: Survivors describe 'nightmarish seconds'". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mac 2023. Dicapai pada 1 Mac 2023.
  8. ^ Davies, Alys; Fowler, Sarah (1 Mac 2023). "Carnage after trains collide near Greek city of Larissa". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mac 2023. Dicapai pada 1 Mac 2023.
  9. ^ a b Grant, Teddy; Gretsky, Will; Winsor, Morgan; Deliso, Meredith (2 Mac 2023). "At least 57 dead, dozens more injured in Greek train derailment". ABC News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mac 2023. Dicapai pada 2 Mac 2023.
  10. ^ Labropoulou, Elinda; Kasulis Cho, Kelly; Francis, Ellen; Parker, Claire (1 Mac 2023). "At least 32 dead, 85 injured after trains collide in northern Greece". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0190-8286. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mac 2023. Dicapai pada 1 Mac 2023.
  11. ^ Kantouris, Costas; Gatopoulos, Derek (28 Februari 2023). "Fiery Greece train collision kills 29, injures at least 85". Associated Press (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mac 2023. Dicapai pada 1 Mac 2023.
  12. ^ a b Chen, Heather; Liakos, Chris; Tawfeeq, Mohammed; Hauser, Jennifer; Noor Haq, Sana (1 Mac 2023). "At least 29 dead, 85 injured as trains collide in Greece". CNN (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mac 2023. Dicapai pada 1 Mac 2023.
  13. ^ "Fiery Greece train collision kills 32, injures at least 85" (dalam bahasa Inggeris). Associated Press. 28 Februari 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mac 2023. Dicapai pada 1 Mac 2023.
  14. ^ "32 people dead and 85 injured in a train collision in Greece". The Jerusalem Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mac 2023. Dicapai pada 1 Mac 2023.
  15. ^ Avramidis, Alexandros; Papadimas, Lefteris (1 Mac 2023). "At least 40 dead, scores injured after trains collide in Greece" (dalam bahasa Inggeris). Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mac 2023. Dicapai pada 1 Mac 2023.
  16. ^ "Both Cypriots on Greek train identified, three-day mourning announced (update 4) | Cyprus Mail". CyprusMail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Mac 2023.