Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA 2010

Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA 2010 ialah sebuah perlawanan bola sepak yang berlangsung pada 11 Julai 2010 di Soccer City di Johannesburg, Afrika Selatan, untuk menentukan juara Piala Dunia FIFA 2010. Sepanyol menumpaskan Belanda 1–0 dengan jaringan hasil Andrés Iniesta empat minit sebelum tamat masa tambahan. Kedua-dua pasukan cuba merebut gelaran Piala Dunia FIFA pertama dalam sejarah. Belanda pernah tersungkur di perlawanan akhir kejohanan 1974 dan 1978, manakala prestasi terbaik Sepanyol sebelum ini adalah tempat keempat pada tahun 1950. Inilah perlawanan akhir kedua berturut-turut yang dibolot oleh pasukan Eropah, serta menandakan kali pertama sebuah pasukan Eropah merangkul piala di luar Eropah. Pengadil perlawanan adalah Howard Webb yang mewakili Persatuan Bola Sepak dari England.[1]

Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA 2010
PeristiwaPiala Dunia FIFA 2010
Tarikh11 Julai 2010
TempatSoccer City, Johannesburg
Permain terbaikAndrés Iniesta (Sepanyol)
PengadilHoward Webb (England)[1]
Kehadiran84,490
2006
2014

Perjalanan ke perlawanan akhir sunting

Belanda Pusingan Sepanyol
Lawan Keputusan Peringkat kumpulan Lawan Keputusan
  Denmark 2–0 Perlawanan 1   Switzerland 0–1
  Jepun 1–0 Perlawanan 2   Honduras 2–0
  Cameroon 2–1 Perlawanan 3   Chile 2–1
Pasukan P M S K JG GB PG Mt
Belanda 3 3 0 0 5 1 +4 9
Jepun 3 2 0 1 4 2 +2 6
Denmark 3 1 0 2 3 6 −3 3
Cameroon 3 0 0 3 2 5 −3 0
Kedudukan akhir
Pasukan P M S K JG GB PG Mt
Sepanyol 3 2 0 1 4 2 +2 6
Chile 3 2 0 1 3 2 +1 6
Switzerland 3 1 1 1 1 1 0 4
Honduras 3 0 1 2 0 3 −3 1
Lawan Keputusan Peringkat kalah mati Lawan Keputusan
  Slovakia 2–1 Pusingan 16   Portugal 1–0
  Brazil 2–1 Suku akhir   Paraguay 1–0
  Uruguay 3–2 Separuh akhir   Jerman 1–0

Perlawanan sunting

Ringkasan sunting

Perlawanan Akhir diadakan pada 11 Julai 2010 di Soccer City, Johannesburg. Sepanyol menewaskan Belanda 1–0, hasil jaringan Andrés Iniesta dalam masa tambahan.[2] Kemenangan ini mengurniakan gelaran Piala Dunia pertama buat Sepanyol.[3]

Perlawanan ini terjejas oleh sebilangan besar layangan kad kuning yang memberati pasukan Belanda.[3] Sebanyak 14 kad kuning dilayangkan, dan John Heitinga dari Belanda dibuang padang. Nigel de Jong turut menendang dada Xabi Alonso dengan tungku kasutnya pada separuh pertama, tetapi terlepas dengan kad kuning.

Belanda lebih berpeluang memenangi perlawanan, terutama pada minit ke-60 apabila Arjen Robben dilepaskan oleh Wesley Sneijder untuk bersemuka sendirian dengan penjaga gawang Sepanyol, Iker Casillas, tetapi Casillas cemas-cemas menangkis tendangan itu dengan kaki terentang. Untuk Sepanyol pula, Sergio Ramos terlepas tandukan percuma dari tendangan sudut gara-gara terlepas perhatian.[4] Ketika nampaknya berada di ambang tendangan penalti, Jesús Navas memecut ke arah kawasan lawan lalu memulakan hantar-menghantar bola sehingga Iniesta akhirnya memecah kebuntuan pada masa tambahan, dengan menjayakan separa sangga dari hantaran oleh Cesc Fabregas.[5]

Joris Mathijsen dilayangkan kad kuning kerana membuat bantahan selepas jaringan, diiringi pemain Belanda lain yang mengecam Webb atas tindakan tersebut selepas perlawanan.[6]

Butiran sunting

Belanda  0 – 1 (s.m.t.)  Sepanyol
Laporan Andrés Iniesta   116'
Kehadiran: 84,490
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Belanda[7]
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sepanyol[7]
 
BELANDA:
GK 1 Maarten Stekelenburg
RB 2 Gregory van der Wiel   111'
CB 3 John Heitinga     57', 109'
CB 4 Joris Mathijsen   117'
LB 5 Giovanni van Bronckhorst (c)   54'   105'
CM 6 Mark van Bommel   22'
CM 8 Nigel de Jong   28'   99'
RW 11 Arjen Robben   84'
AM 10 Wesley Sneijder
LW 7 Dirk Kuyt   71'
CF 9 Robin van Persie   15'
Pemain ganti:
MF 17 Eljero Elia   71'
MF 23 Rafael van der Vaart   99'
DF 15 Edson Braafheid   105'
Pengurus:
Bert van Marwijk
 
 
SEPANYOL:
GK 1 Iker Casillas (c)
RB 15 Sergio Ramos   23'
CB 3 Gerard Piqué
CB 5 Carles Puyol   16'
LB 11 Joan Capdevila   67'
DM 16 Sergio Busquets
DM 14 Xabi Alonso   87'
CM 8 Xavi   120+1'
RW 6 Andrés Iniesta   118'
LW 18 Pedro Rodríguez   60'
CF 7 David Villa   106'
Pemain ganti:
MF 22 Jesús Navas   60'
MF 10 Cesc Fàbregas   87'
FW 9 Fernando Torres   106'
Pengurus:
Vicente del Bosque

Pemain terbaik:
Andrés Iniesta (Sepanyol)

Penolong pengadil:
Darren Cann (England)[1]
Mike Mullarkey (England)[1]
Penolong keempat:
Yuichi Nishimura (Jepun)[1]
Penolong kelima:
Toru Sagara (Jepun)[1]

Statistik sunting

Keseluruhan
Belanda Sepanyol
Jaringan 0 1
Jumlah tendangan 13 18
Tendangan tepat 5 8
Penguasaan bola 43% 57%
Tendangan sudut 6 8
Faul 28 18
Ofsaid 7 6
Kad kuning 8 5
Kad kuning kedua dan kad merah 1 0
Kad merah 0 0

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g "Referee designations: matches 63 – 64". FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 8 July 2010. Dicapai pada 8 July 2010. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "referee" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Stevenson, Jonathan (11 Julai 2010). "Netherlands 0-1 Spain". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. Dicapai pada 11 Julai 2010.
  3. ^ a b Dall, James (11 Julai 2010). "World domination for Spain". Sky Sports. BSkyB. Dicapai pada 11 Julai 2010.
  4. ^ "Netherlands 0-1 Spain". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. 11 July 2010. Dicapai pada 11 July 2010.
  5. ^ "Spain beat Holland 1-0 to win World Cup". AFP. 11 July 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-14. Dicapai pada 11 July 2010.
  6. ^ "World Cup 2010: Dutch coach criticises referee Webb". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. 12 Julai 2010. Dicapai pada 12 Julai 2010.
  7. ^ a b "Tactical Line-up – Final – Netherlands-Spain" (PDF). FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 11 July 2010. Dicapai pada 11 July 2010.