Perlembagaan Denmark

Akta Perlembagaan Denmark (Denmark: Danmarks Riges Grundlov) merupakan bahagian utama perlembagaan Kerajaan Denmark. Ia pertama kali ditulis pada 1849, apabila ia menubuhkan sebuah negara berdaulat dalam bentuk raja berperlembagaan, bersama sistem parlimen. Bahagian terakhir perlembagaan ini ialah menjamin hak asasi manusia dan meletakkan kewajipan rakyat. Perlembagaan Denmark terkini ditandatangani pada 5 Jun 1953.[1]

Sejarah sunting

Perlembagaan asal Denmark ditandatangani pada 5 Jun 1849 oleh Raja Frederick VII. Dalam perlembagaan itu, Denmark bertukar kepada sistem raja berperlembagaan yang menandakan berakhirnya sistem raja mutlak yang mula digunakan di Denmark sejak 1660. Perlembagaan ini telah ditulis sebanyak empat kali sejak 1849.

Sebelum perlembagaan pertama, kuasa raja telah dimarahi oleh håndfæstning. Pada tahun 1665, Denmark mendapat perlembagaan pertama mereka, Lex Regia (Undang-undang Raja) yang juga mengasaskan kuasa mutlak Raja Frederick III dari Denmark, yang juga menggantikan sistem feudal lama. Denmark merupakan satu-satunya negara di Eropah yang menggunakan perlembagaan mutlak. Kuasa mutlak telah lama sekian di Denmark sehinggalah pada era pemerintahan Frederick VII, yang menandatangani perlembagaan baru ke dalam undang-undang pada 5 Jun 1849. Sejak itu, Denmark menyambut hari kebangsaan mereka.

Ditlev Gothard Monrad, yang menjadi Setiausaha pada tahun 1848, menggubal salinan pertama Perlembagaan berdasarkan pengumpulan perlembagaan itu pada masa itu, melakar 80 perenggan. Bahasa draf kemudian disemak oleh Orla Lehmann dan ramai lagi, kemudian dibetulkan dalam Perhimpunan Perlembagaan 1848 (Denmark: Grundlovsudvalget af 1848). Inspirasi kepada sumber perlembagaan Denmark termasuklah Perlembagaan Norway dan juga Perlembagaan Belgium. Isi hak sivil dalam perlembagaan Denmark berdasarkan daripada Perlembagaan Amerika Syarikat pada tahun 1787.

Pautan luar sunting

  1. ^ "CIA World Factbook: Denmark: Government". Dicapai pada 8 July 2009.