Perlembagaan Malaysia

Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Perlembagaan Malaysia (Jawi: ڤرلمباݢاءن مليسيا), secara rasminya Perlembagaan Persekutuan Malaysia, ialah undang-undang utama dan tertinggi di Malaysia, mengandungi 183 perkara. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia tahun 1957.

Sejarah sunting

Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuat kuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

 
Perlembagaan Persekutuan cetakan semula 2020.

Ia bermula daripada satu persidangan perlembagaan Ismat yang telah diadakan di London pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya.

Pindaan sunting

Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti dua pertiga (2/3) diperlukan bagi sebarang pindaan perlembagaan di kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara di parlimen. Merujuk kepada pakar perlembagaan Prof Shad Saleem Faruqi, perlembagaan ini telah dipinda 42 kali semenjak 48 tahun selepas kemerdekaan sehingga 2005. Bagaimanapun, seperti mana beberapa pindaan telah dibuat setiap kali, beliau menganggarkan bilangan sebenar pindaan individu adalah pada sekitar 650. Beliau menjelaskan bahawa "semangat dokumen sebenar telah dicairkan".

Susun atur sunting

Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian dan 13 jadual, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih Perkara yang relevan.

  • Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan
    • Perkara 1 - Nama, Negeri-negeri dan wilayah-wilayah Persekutuan.
    • Perkara 2 - Penerimaan masuk wilayah-wilayah baru ke dalam Persekutuan.
    • Perkara 3 - Agama Persekutuan.
    • Perkara 4 - Undang-undang utama Persekutuan.
  • Bahagian 2 - Kebebasan asasi
    • Perkara 5 - Kebebasan diri.
    • Perkara 6 - Keabdian dan kerja paksa dilarang.
    • Perkara 7 - Perlindungan daripada undang-undang jenayah kuat kuasa ke belakang dan perbicaraan berulang.
    • Perkara 8 - Kesamarataan.
    • Perkara 9 - Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak.
    • Perkara 10 - Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
    • Perkara 11 - Kebebasan beragama.
    • Perkara 12 - Hak berkenaan dengan pendidikan.
    • Perkara 13 - Hak terhadap harta.
  • Bahagian 3 - Kewarganegaraan
    • Bab 1 - Pemerolehan Kewarganegaraan
      • Perkara 14 - Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang.
      • Perkara 15 - Kewarganegaraan melalui pendaftaran (isteri dan anak warganegara)
      • Perkara 15A - Kuasa khas untuk mendaftarkan kanak-kanak.
      • Perkara 16 - Kewarganegaraan melalui pendaftaran (orang yang dilahirkan di Persekutuan sebelum Hari Merdeka).
      • Perkara 16A - Kewarganegaraan melalui pendaftaran (orang yang bermastautin di Negeri Sabah dan Sarawak pada Hari Malaysia.
      • Perkara 17 - (Kewarganegaraan melalui pendaftaran (orang yang bermastautin di Persekutuan pada Hari Merdeka) - Dimansuhkan).
      • Perkara 18 - Peruntukan am tentang pendaftaran.
      • Perkara 19 - Kewarganegaraan melalui penaturalisasian.
      • Perkara 19A - (Pemindahan kewarganegaraan ke Singapura atau dari Singapura - Dimansuhkan).
      • Perkara 20 - (Naturalisasi bagi anggota-anggota angkatan Persekutuan - Dimansuhkan).
      • Perkara 21 - (Peruntukan am tentang naturalisasi - Dimansuhkan).
      • Perkara 22 - Kewarganegaraan melalui penggabungan wilayah.
    • Bab 2 - Penamatan Kewarganegaraan
      • Perkara 23. Pelepasan kewarganegaraan.
      • Perkara 24. Pelucutan kewarganegaraan kerana memperoleh atau menggunakan kewarganegaraan asing, dsb.
      • Perkara 25. Pelucutan kewarganegaraan melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau melalui penaturalisasian.
      • Perkara 26. Peruntukan lain bagi melucutkan kewarganegaraan melalui pendaftaran atau penaturalisasian.
      • Perkara 26A. Pelucutan kewarganegaraan anak orang yang hilang kewarganegaraannya.
      • Perkara 26B. Peruntukan am tentang kehilangan kewarganegaraan.
      • Perkara 27. Tatacara bagi pelucutan.
      • Perkara 28. Pemakaian Bab 2 bagi warganegara tertentu melalui kuat kuasa undang-undang.
      • Perkara 28A. Pelucutan kewarganegaraan orang yang menjadi warganegara pada Hari Malaysia.
      • Perkara 29. Kewarganegaraan Komanwel.
      • Perkara 30. Perakuan Kewarganegaraan.
      • Perkara 30A. (Hak mengundi, dsb., bagi warganegara Singapura dan warganegara lain--Dimansuhkan).
      • Perkara 30B. (Perhubungan tentang kewarganegaraan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Singapura--Dimansuhkan).
      • Perkara 31. Pemakaian Jadual Kedua.
  • Bahagian 4 - Persekutuan
    • Bab 1 - Ketua Utama Negara
      • Perkara 32. Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isterinya.
      • Perkara 33. Timbalan Ketua Utama Negara bagi Persekutuan.
      • Perkara 33A. Yang di-Pertuan Agong hendaklah terhenti menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong jika dipertuduh atas suatu kesalahan.
      • Perkara 34. Ketidakbolehan Yang di-Pertuan Agong, dsb.
      • Perkara 35. Peruntukan Diraja bagi Yang di-Pertuan Agong dan Isterinya dan saraan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
      • Perkara 36. Mohor Besar.
      • Perkara 37. Sumpah jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong.
    • Bab 2 - Majlis Raja-raja
      • Perkara 38. Majlis Raja-raja
    • Bab 3 - Badan Eksekutif
      • Perkara 39. Kuasa eksekutif Persekutuan.
      • Perkara 40. Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat.
      • Perkara 41. Pemerintah tertinggi angkatan tentera.
      • Perkara 42. Kuasa pengampunan, dsb.
      • Perkara 43. Jemaah Menteri.
      • Perkara 43A. Timbalan-Timbalan Menteri.
      • Perkara 43B. Setiausaha-Setiausaha Parlimen.
      • Perkara 43C. Setiausaha-Setiausaha Politik.
    • Bab 4 - Badan Perundangan Persekutuan
      • Perkara 44. Keanggotaan Parlimen.
      • Perkara 45. Keanggotaan Dewan Negara.
      • Perkara 46. Keanggotaan Dewan Rakyat.
      • Perkara 47. Kelayakan menjadi ahli Parlimen.
      • Perkara 48. Kehilangan kelayakan menjadi ahli Parlimen.
      • Perkara 49. Peruntukan melarang dua keahlian.
      • Perkara 50. Akibat kehilangan kelayakan, dan larangan mengenai penamaan atau pelantikan tanpa persetujuan.
      • Perkara 51. Pelepasan keahlian oleh ahli-ahli.
      • Perkara 52. Ketidakhadiran ahli.
      • Perkara 53. Keputusan tentang kehilangan kelayakan.
      • Perkara 54. Kekosongan di dalam Dewan Negara dan kekosongan luar jangka.
      • Perkara 55. Memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen.
      • Perkara 56. Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara.
      • Perkara 57. Yang di-Pertua dan Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
      • Perkara 58. Saraan Yang di-Pertua dan Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua.
      • Perkara 59. Sumpah oleh ahli-ahli.
      • Perkara 60. Titah oleh Yang di-Pertuan Agong.
      • Perkara 61. Peruntukan khas tentang Jemaah Menteri dan Peguam Negara.
      • Perkara 62. Tatacara Parlimen.
      • Perkara 63. Keistimewaan Parlimen.
      • Perkara 64. Saraan ahli.
      • Perkara 65. Setiausaha Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
    • Bab 5 - Tatacara Perundangan
      • Perkara 66. Penjalanan kuasa perundangan.
      • Perkara 67. Sekatan terhadap pembawaan Rang Undang-Undang dan pencadangan pindaan-pindaan yang melibatkan pencukaian, perbelanjaan, dsb.
      • Perkara 68. Perkenan terhadap Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat sahaja.
    • Bab 6 - Keupayaan Perseketuan berkenaan harta, kontrak dan guaman
      • Perkara 69. Keupayaan Persekutuan berkenaan dengan harta, kontrak dan guaman.
  • Bahagian 5 - Negeri-negeri
    • Perkara 70. Keutamaan Raja dan Yang di-Pertua Negeri.
    • Perkara 71. Jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri.
    • Perkara 72. Keistimewaan Dewan Undangan.
  • Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri
    • Bab 1 -- Pembahagian kuasa perundangan
      • Perkara 73. Takat undng-undang persekutuan dan Negeri.
      • Perkara 74. Hal perkara undang-undang persekutuan dan Negeri.
      • Perkara 75. Ketidakselarasan antara undang-undang persekutuan dengan undang-undang Negeri.
      • Perkara 76. Kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang bagi Negeri-Negeri dalam hal-hal tertentu.
      • Perkara 76A. Kuasa Parlimen untuk memperluas kuasa perundangan Negeri.
      • Perkara 77. Kuasa baki perundangan.
      • Perkara 78. Perundangan yang menyekat penggunaan sungai.
      • Perkara 79. Penjalanan kuasa perundangan bersama.
    • Bab 2 -- Pembahagian kuasa eksekutif
      • Perkara 80. Pembahagian kuasa eksekutif.
      • Perkara 81. Obligasi Negeri kepada Persekutuan.
    • Bab 3 -- Pembahagian beban kewangan
      • Perkara 82. Pembiayaan perbelanjaan yang berhubungan dengan perkara dalam Senarai Bersama.
    • Bab 4 -- Tanah
      • Perkara 83. Pengambilan tanah bagi maksud persekutuan.
      • Perkara 84. (Pengambilan kepada Negeri tanah yang dipegang bagi maksud persekutuan).
      • Perkara 85. Pemberian kepada Persekutuan tanah yang dirizabkan bagi maksud persekutuan.
      • Perkara 86. Pelupusan tanah yang terletak hak pada Persekutuan.
      • Perkara 87. Pemutusan pertikaian tentang nilai tanah.
      • Perkara 88. Pemakaian Perkara 83 hingga 87 bagi Negeri yang tidak mempunyai Raja.
      • Perkara 89. Tanah simpanan Melayu.
      • Perkara 90. Peruntukan khas yang berhubungan dengan tanah adat di Negeri Sembilan dan Melaka, dan tanah pegangan Melayu di Terengganu.
      • Perkara 91. Majlis Tanah Negara.
    • Bab 5 -- Pembangunan negara
      • Perkara 92. Rancangan pembangunan negara.
    • Bab 6 -- Tinjauan Persekutuan, nasihat Persekutuan kepada Negeri dan pemeriksaan Persekutuan mengenai kegiatan Negeri
      • Perkara 93. Siasatan, tinjauan dan perangkaan.
      • Perkara 94. Kuasa Persekutuan berkenaan dengan rakyat Negeri.
      • Perkara 95. Pemeriksaan aktiviti Negeri.
    • Bab 7 -- Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
      • Perkara 95A. Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan.
    • Bab 8 -- Pemakaian bagi Negeri Sabah dan Sarawak
      • Perkara 95B. Ubah suaian bagi Negeri Sabah dan Sarawak mengenai pembahagian kuasa perundangan.
      • Perkara 95C. Kuasa untuk memperluas kuasa perundangan atau eksekutif Negeri melalui perintah.
      • Perkara 95D. Negeri Sabah dan Sarawak terkeluar daripada kuasa Parlimen untuk meluluskan undang-undang seragam mengenai tanah atau kerajaan tempatan.
      • Perkara 95E. Negeri Sabah dan Sarawak terkeluar daripada rancangan negara bagi penggunaan tanah, kerajaan tempatan, pembangunan, dsb.
  • Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan
    • Bab 1 -- Am
      • Perkara 96. Tiada pencukaian melainkan jika dibenarkan oleh undang-undang.
      • Perkara 97. Kumpulan Wang Disatukan.
      • Perkara 98. Perbelanjaan yang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
      • Perkara 99. Penyata kewangan tahunan.
      • Perkara 100. Rang Undang-Undang Perbekalan.
      • Perkara 101. Perbelanjaan tambahan dan perbelanjaan lebih.
      • Perkara 102. Kuasa membenarkan perbelanjaan masuk akaun atau bagi maksud yang tidak dinyatakan.
      • Perkara 103. Kumpulan Wang Luar Jangka.
      • Perkara 104. Pengambilan keluar daripada Kumpulan Wang Disatukan.
      • Perkara 105. Ketua Audit Negara.
      • Perkara 106. Kuasa dan tugas Ketua Audit Negara.
      • Perkara 107. Laporan Ketua Audit Negara.
      • Perkara 108. Majlis Kewangan Negara.
      • Perkara 109. Pemberian kepada Negeri.
      • Perkara 110. Penyerahhakan cukai dan fi kepada Negeri.
      • Perkara 111. Sekatan untuk meminjam.
      • Perkara 112. Sekatan ke atas perubahan dalam perjawatan Negeri.
    • Bab 2 -- Pemakaian bagi Negeri Sabah dan Sarawak.
        • Perkara 112A. Pengauditan Negeri di Negeri Sabah dan Sarawak.
        • Perkara 112B. Kuasa meminjam bagi Negeri Sabah dan Sarawak.
        • Perkara 112C. Pemberian khas dan penyerahhakan hasil kepada Negeri Sabah dan Sarawak.
        • Perkara 112D. Kajian semula pemberian khas kepada Negeri Sabah dan Sarawak.
        • Perkara 112E. (Perkiraan kewangan dengan Singapura--Dimansuhkan).
  • Bahagian 8 - Pilihanraya
      • Perkara 113. Penjalanan pilihan raya.
      • Perkara 114. Keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya.
      • Perkara 115. Bantuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.
      • Perkara 116. Bahagian pilihan raya persekutuan.
      • Perkara 117. Bahagian pilihan raya Negeri.
      • Perkara 118. Cara mencabar pemilihan.
      • Perkara 118A. Cara mempersoalkan petisyen pilihan raya mengenai tidak adanya pemilihan.
      • Perkara 119. Kelayakan pemilih.
      • Perkara 120. Pemilihan terus ke Dewan Negara.
  • Bahagian 9 - Kehakiman
      • Perkara 121. Kuasa kehakiman Persekutuan.
      • Perkara 122. Keanggotaan Mahkamah Persekutuan.
      • Perkara 122A. Keanggotaan Mahkamah Rayuan.
      • Perkara 122AA. Keanggotaan Mahkamah Tinggi.
      • Perkara 122AB. Pelantikan pesuruhjaya kehakiman.
      • Perkara 122B. Pelantikan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.
      • Perkara 122C. Pertukaran hakim dari suatu Mahkamah Tinggi ke suatu Mahkamah Tinggi lain.
      • Perkara 123. Kelayakan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.
      • Perkara 124. Sumpah jawatan hakim-hakim.
      • Perkara 125. Tempoh jawatan dan saraan hakim Mahkamah Persekutuan.
      • Perkara 125A. Penjalanan kuasa oleh hakim-hakim.
      • Perkara 126. Kuasa menghukum kerana penghinaan.
      • Perkara 127. Sekatan mengenai perbincangan di dalam Parlimen tentang kelakuan hakim.
      • Perkara 128. Bidang kuasa Mahkamah Persekutuan.
      • Perkara 129. (Bidang kuasa khas Mahkamah Agung tentang tafsiran Perlembagaan--Dimansuhkan).
      • Perkara 130. Bidang kuasa nasihat Mahkamah Persekutuan.
      • Perkara 131. (Rayuan daripada Mahkamah Persekutuan--Dimansuhkan).
      • Perkara 131A. Peruntukan berkenaan dengan ketidakupayaan, dsb. Ketua Hakim Negara, Presiden atau Hakim Besar.
  • Bahagian 10 - Perkhidmatan awam
      • Perkara 132. Perkhidmatan-perkhidmatan awam.
      • Perkara 133. Perkhidmatan bersama, dsb.
      • Perkara 134. Peminjaman pegawai.
      • Perkara 135. Sekatan mengenai pembuangan kerja dan penurunan pangkat.
      • Perkara 136. Layanan saksama bagi pekerja Persekutuan.
      • Perkara 137. Majlis Angkatan Tentera.
      • Perkara 138. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.
      • Perkara 139. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
      • Perkara 140. Suruhanjaya Pasukan Polis.
      • Perkara 141. (Suruhanjaya Perkhidmatan Kereta Api--Dimansuhkan).
      • Perkara 141A. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.
      • Perkara 142. Peruntukan am yang berhubungan dengan Suruhanjaya.
      • Perkara 143. Syarat-syarat perkhidmatan anggota Suruhanjaya.
      • Perkara 144. Fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan.
      • Perkara 145. Peguam Negara.
      • Perkara 146. Laporan Suruhanjaya.
      • Perkara 146A. (Cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan di Negeri-Negeri Borneo--Dimansuhkan).
      • Perkara 146B. (Cawangan-cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam setiap Negeri Sabah atau Sarawak--Dimansuhkan).
      • Perkara 146C. (Peruntukan tambahan tentang cawangan-cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam--Dimansuhkan).
      • Perkara 146D. Bidang kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis ke atas anggota yang dipinjamkan daripada perkhidmatan Negeri di Negeri Sabah dan Sarawak.
      • Perkara 147. Perlindungan hak pencen.
      • Perkara 148. Tafsiran Bahagian X.
  • Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat
      • Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.
      • Perkara 150. Proklamasi darurat.
      • Perkara 151. Sekatan ke atas tahanan pencegahan.
  • Bahagian 12 - Am dan pelbagai
    • Perkara 152. Bahasa kebangsaan.
    • Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.
    • Perkara 154. Ibu kota persekutuan.
    • Perkara 155. Persalingan Komanwel.
    • Perkara 156. Sumbangan bagi membantu kadar-kadar berkenaan dengan harta persekutuan dan Negeri.
    • Perkara 157. Pewakilan fungsi Negeri kepada suatu Negeri lain.
    • Perkara 158. (Perkiraan dengan Brunei -- Dimansuhkan).
    • Perkara 159. Pindaan Perlembagaan.
    • Perkara 159A. Perjalanan kuat kuasa peruntukan peralihan dalam Akta Malaysia.
    • Perkara 160. Tafsiran.
    • Perkara 160A. Cetakan semula Perlembagaan.
    • Perkara 160B. Teks sahih.
  • Bahagian 12A - Perlindungan tambahan bagi negeri Sabah dan Sarawak
    • Perkara 161. Penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa ibunda di Negeri Sabah dan Sarawak.
    • Perkara 161A. Kedudukan istimewa anak negeri Negeri Sabah dan Sarawak.
    • Perkara 161B. Sekatan ke atas peluasan kepada bukan pemastautinan akan hak untuk menjalankan amalan di hadapan mahkamah di dalam Negeri Sabah dan Sarawak.
    • Perkara 161C. (Pendidikan agama Islam di Negeri-Negeri Borneo -- Dimansuhkan).
    • Perkara 161D. (Kebebasan beragama -- Dimansuhkan).
    • Perkara 161E. Perlindungan kedudukan dari segi perlembagaan mengenai Negeri Sabah dan Sarawak.
    • Perkara 161F. (Penggunaan bahasa tidak rasmi di Dewan Undangan Negeri Singapura -- Dimansuhkan).
    • Perkara 161G. (Kedudukan istimewa orang Melayu di Singapura ).
    • Perkara 161H. (Pemeliharaan kedudukan Singapura dari segi perlembagaan -- Dimansuhkan).
  • Bahagian 13 - Peruntukan sementara
    • Perkara 162. Undang-undang yang sedia ada.
    • Perkara 163. (Penerusan buat sementara Ordinan Peraturan-Peraturan Darurat 1948 -- Dimansuhkan).
    • Perkara 164. (Fungsi sementara Majlis Perundangan -- Dimansuhkan).
    • Perkara 165. (Peruntukan sementara kewangan -- Dimansuhkan).
    • Perkara 166. Pewarisan harta.
    • Perkara 167. Hak, liabiliti dan obligasi.
    • Perkara 168. (Prosiding undang-undang -- Dimansuhkan).
    • Perkara 169. Perjanjian, dsb., antarabangsa yang dibuat sebelum Hari Merdeka.
    • Perkara 170. (Peruntukan sementara bagi orang yang layak mendaftar sebagai warganegara di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Fasal 126--Dimansuhkan).
    • Perkara 171. (Bahagian pilihan raya bagi pilihan raya pertama ).
    • Perkara 172. (Mahkamah yang sedia ada -- Dimansuhkan).
    • Perkara 173. (Sementara menanti rayuan ke Majlis Privy -- Dimansuhkan).
    • Perkara 174. (Jawatan kehakiman dan Peguam Negara -- Dimansuhkan).
    • Perkara 175. Pengarah Audit hendaklah menjadi Ketua Audit Negara yang pertama.
    • Perkara 176. Pertukaran pegawai.
    • Perkara 177. Mengetepikan atau menangguhkan sumpah jawatan jika pelantikan diteruskan di bawah Bahagian ini.
    • Perkara 178. Saraan selepas Hari Merdeka.
    • Perkara 179. Sumbangan berkenaan dengan perkhidmatan bersama.
    • Perkara 180. Pemeliharaan pencen, dsb.
  • Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya
    • Perkara 181. Kecualian bagi kedaulatan, dsb., Raja-Raja.
  • Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja
    • Perkara 182. Mahkamah Khas.
    • Perkara 183. Tiada tindakan boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri.

Jadual sunting

  • Jadual Pertama [Perkara 18(1), 19(9)] - Sumpah Pemohon bagi Pendaftaran atau Penaturalisasian
  • Jadual Kedua [Perkara 39]
    • Bahagian I [Perkara 14(1)(a)] - Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-undang bagi Orang yang Lahir Sebelum Hari Malaysia
    • Bahagian II [Perkara 14(1)(b)] - Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-undang bagi Orang yang Lahir Pada atau Selepas Hari Malaysia
    • Bahagian III [Perkara 31] - Peruntukan Tambahan Berhubung dengan Kewarganegaraan
  • Jadual Ketiga [Perkara 32 dan 33] - Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
  • Jadual Keempat [Perkara 37] - Sumpah Jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
  • Jadual Kelima [Perkara 38(1)] - Majlis Raja-Raja
  • Jadual Keenam [Perkara 43(6), 43B(4), 57(1A)(a), 59(1), 124, 142(6)] - Bentuk Sumpah dan Ikrar
  • Jadual Ketujuh [Perkara 45] - Pemilihan Ahli-Ahli Dewan Negara
  • Jadual Kelapan [Perkara 71] - Peruntukan yang hendaklah Dimasukkan ke dalam Perlembagaan Negeri
    • Bahagian I - Peruntukan Tetap
    • Bahagian II - Peruntukan Sementara sebagai Gantian bagi Peruntukan dalam Bahagian I
  • Jadual Kesembilan [Perkara 74, 77] - Senarai Perundangan (Tanggungjawab dan hak kerajaan Persekutuan dan Negeri)
  • Jadual Kesepuluh [Perkara 109, 112C, 161C(3)] - Pemberian dan Sumber Hasil yang Diserahhakkan kepada Negeri
    • Bahagian I - Pemberian Ikut Kepala
    • Bahagian II - Pemberian Jalan Negeri
    • Bahagian III - Sumber Hasil yang Diberikan kepada Negeri
    • Bahagian IV - Pemberian Khas kepada Negeri Sabah dan Sarawak
    • Bahagian V - Sumber Tambahan Hasil yang Diserahhakkan kepada Negeri Sabah dan Sarawak
  • Jadual Kesebelas [Perkara 160(1)] - Peruntukan Ordinan Tafsiran dan Fasal-Fasal Am 1948 ( No. 7 tahun 1948), yang Terpakai bagi Mentafsirkan Perlembagaan.
  • Jadual Kedua Belas - (Dimansuhkan)
  • Jadual Ketiga Belas [Perkara 113, 116, 117] - Peruntukan yang berhubungan dengan Penyempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya
  • Catatan - Teks asal Perkara 1 hingga 15 sebelum pengubahsuaian.

Perkara sunting

Perkara 8 sunting

Perkara 8 menyatakan mengenai hak terhadap layanan secara sama rata di sisi undang-undang.

Perkara 10 sunting

Perkara 10 menyatakan mengenai hak warganegara Malaysia dalam bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

Perkara 11 sunting

Perkara 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama Persekutuan. Sungguh pun begitu agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

Perkara 24 sunting

Perkara 24 menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya.

Perkara 25 sunting

Perkara 25 mengatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara.

Perkara 48 sunting

Perkara 48 menyatakan mengenai kehilangan hak kelayakan sebagai ahli parlimen. Yang paling popular adalah pada klausa 1(e) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas;

Perkara 107 sunting

Perkara 107 menyatakan mengenai Laporan Ketua Audit Negara. Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan laporan-laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.

Satu naskhah mana-mana laporan itu yang berhubungan dengan akaun bagi sesuatu Negeri, atau berhubungan dengan akaun-akaun bagi mana-mana pihak berkuasa awam yang menjalankan kuasa yang diberikan oleh undang-undang Negeri, hendaklah dikemukakan kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri itu yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Undangan Negeri.

Perkara 119 sunting

Perkara 119 menyatakan bahawa seseorang warganegara yang berumur 18 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihanraya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh mengundi dalam pilihanraya.

Perkara 152 sunting

Perkara 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa kebangsaan merupakan bahasa Melayu. Walau bagimanapun, perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-tujuan rasmi. Tujuan-tujuan Rasmi di sini bermakna apa-apa tujuan kerajaan, sama ada negara atau negeri, dan termasuklah apa-apa tujuan penguasaan awam. Untuk penguatkuasaan ini, semua prosiding mahkamah dan dokumen-dokumen parlimen serta mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan di dalam bahasa Melayu.

Tulisan bagi bahasa Melayu juga dinyatakan di dalam Artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan Jawi tidak dilarang menurut Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967.[1]

Perkara 153 sunting

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia. Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia biasa dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial.

Perkara 159 sunting

Perkara 159 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan hak bagaimana perlembagaan Malaysia dipinda. Perkara ini secara terperinci memberitahu bagaimana penggubal undang-undang (ahli parlimen) membuat pindaan perlembagaan.

Perkara 160 sunting

Perkara 160 mendefinisikan bentuk perkataan pelbagai yang digunakan di dalam perlembagaan. Ia memberikan impak penting pada Islam di Malaysia dan orang Melayu disebabkan definisi seorang Melayu pada klausa 2.

Pindaan perlembagaan sunting

Menurut Perkara 159 dan 161E, Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda melalui empat cara iaitu:

Walaupun Perlembagaan boleh dipinda untuk kepentingan rakyat dan negara, tetapi terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti:

  • Agama Islam sebagai agama rasmi dan agama bagi Persekutuan.
  • Kedudukan istimewa Raja-raja Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
  • Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.
  • Soal berkaitan kerakyatan.

Berikut merupakan senarai Perkara-Perkara Perlembagaan Persekutuan yang disenaraikan mengikut empat cara pindaan:

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting