Perlembagaan Sarawak 1941

Perlembagaan Sarawak berteraskan 9 prinsip utama yang dibuat oleh Charles Vyner Brooke dan diambil dalam laporan sebuah suruhanjaya dikenali sebagai Suruhanjaya Cobbold.

  1. Sarawak ialah warisan subjek kami (rakyat Sarawak) dan diamanahkan kepada kami untuk mereka.
  2. Taraf sosial dan perkhidmatan pendidikan akan dibangunkan rakyat Sarawak akan dinaikkan secara berterusan
  3. Tidak akan ada mana-mana orang yang dibenarkan hak yang tidak selaras dengan hak orang ramai negara ini dalam apa-apa cara yang membenarkan untuk mengeksploitasi rakyat atau mereka yang dilindungi oleh kerajaan kami.
  4. Keadilan itu bebas didapati dan Raja serta kakitangan awam dapat dihubungi mudah kepada orang awam.
  5. Kebebasan bersuara  dalam ucapan dan secara bertulis akan dibenarkan dan digalakkan serta  semua orang berhak untuk beribadat mengikut kemahuannya.
  6. Perkhidmatan awam seharusnya ingat bahawa mereka berkerja untuk rakyat dan bergantung kepada kerjasama mereka sepenuhnya.
  7. Apa-apa kaum atau kepercayaan tidak dihalang dan tidak akan berat sebelah jika ada yang mahu berkhidmat dalam perkhidmatan kami, di mana mereka mungkin berkelayakan oleh pendidikan mereka, keupayaan dan integriti untuk melaksanakan perintah.
  8. Matlamat pemerintahan sendiri tetap di ingatan kami, bahawa orang Sarawak akan diamanahkan pemerintahan apabila tiba masanya dengan pentadbiran diri mereka , dan usaha berterusan akan dibuat untuk menyegerakan matlamat ini dengan mendidik mereka tentang obligasi, tanggungjawab , dan keistimewaan kewarganegaraan.
  9. Dasar umum kerajaan terdahulu dan kini di mana pelbagai bangsa Negeri telah dibolehkan untuk hidup aman dan keharmonian bersama akan tetap dipatuhi oleh pengganti kerajaan kami di masa depan.

Antara isi kandungannya ialah:

Rujukan sunting

Sarawak Constitution