Perli ialah perkataan yang mempunyai pelbagai maksud. Dalam interaksi manusia, perli boleh datang dalam dua bentuk utama, gurauan atau sindiran atau ejekan dan usikan. Apabila perli berbentuk gurauan dan mesra, terutamanya apabila dalam suasana saling memahami, perli boleh dianggap sebagai godaan. Orang mungkin memerli berdasarkan rupa, berat, sifat, kemahiran, pakaian ataupun kebijakan.[1] Dari sudut mangsa, perlian sebegini selalunya menyakitkan hati, tidak kira apapun niat pemerli itu. Apabila perli tidak disambut baik, ia dianggap sebagai gangguan atau sebagai satu bentuk buli atau salah guna emosi. Jika ia dilakukan di khalayak umum, ia dianggap menjatuhkan maruah seseorang.

Rujukan sunting

  1. ^ Kowalski, R. (2000). I was only kidding: Victim and perpetrators' perceptions of teasing. Personality and Social Psychology Bulletin, 26, 231-241