Perlombongan di Australia

Perlombongan di Australia adalah suatu industri utama dan penyumbang pada ekonomi Australia dan mengalakkan imigrasi ke Australia. Pelbagai bijih dan galian dilombong di seluruh negara ini.

Lombong emas Super Pit di Kalgoorlie di Australia Barat adalah perlombongan lombong terbuka terbesar Australia

Sejarah ringkas sunting

Perlombongan disumbang secara penting untuk mencegah kemuflisan pada tanah jajahan Australia awal. Perak dan kemudian tembaga ditemui di Australia Selatan pada 1840an, mendorong ke eksport bijih dan imigresen pelombong dan pelebur bermahir.

Galiran-galiran ekonomi pertama ditemukan di Australia adalan perak dan plumbum pada Februari 1841 di Glen Osmond, kini sebuah subbandar Adelaide di Australia Selatan. Perlombongan termasuk Wheal Gawler dan Wheal Watkins dibuka tidak lama kemudian. [1]

Harga-harga perlombongan ini telah kemudian dibayangi oleh penemuan tembaga di Kapunda (1842), [2] Burra (1845) [3] dan di kawasan Copper Triangle (Moonta, Kadina dan Wallaroo) di bahagian atas Semananjung Yorke (1861).[4]

Pada 1851, emas ditemu berhampiran Ophir, New South Wales. Berminggu-minggu kemudian, emas ditemu di tanah jajahan Victoria. Buruan emas Australia, khususnya Buruan Emas Victoria, mempunyai suatu kesan kelamaan utama pada Victoria, dan di seluruh Australia. Buruan emas mewarnai setiap aspek masyarakat Australia dan elemen-elemennya masih jelas dilihat hari ini. Kemasukan ramai-ramai kekayaan yang emas membawa tidak lama kemudian membuat Victoria tanah jajahan terkaya, dan bandar terbesar pulau Melbourne.

Penduduk Australia berubah secara dramatis disebabkan buruan emas: pada 1851 penduduk adalah 437,655 dan suatu dekad kemudian ia adalah 1,151,947; pembesaran pintas adalah secara utama disebabkan new chums (pendatang baru dari United Kingdom dan negara-negara Komanwel lain) yang menyumbangkan 'buruan'.[5] Walaupun padang-padang emas Victoria berhausan pada akhir abad ke-19, dan walaupun kebanyakan keuntungannya dikirim balik ke United Kingdom, kekayaan cukup dikekalkan untuk mendana pembangunan cukup besar industri dan infrastruktur.

Broken Hill, NSW, salah satu pekan perlombongan ikonik Australia, dibelakangi oleh longgokan mullock buatan manusia dari Baris Lode

Galian dan sumber sunting

Jumlah-jumlah galiran dan sumber adalah cabutan dari landskap Australia. Ini termasuk:

  • bijih besi (pembekal terbesar ketiga pada 2006 dengan 270 juta tan metrik selepas China dan Brazil.)
  • nikel (penghasil terbesar ketiga selepas Rusia dan Kanada)
  • bauksit/aluminium
  • tembaga
  • emas (keempat terbesar selepas China, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat)
  • perak
  • uranium (22% dari penghasilan dunia. Pembekal kedua besar dunia selepas Canada.)
  • berlian (ketiga di belakang Russia dan Botswana dari segi simpanan emas berdaya secara komersial. Australia juga memiliki paip diamantiferus terkaya dengan hasilan memuncak tingkat 42 tan metrik (41 LT/46 ST) setiap tahun pada 1990an
  • baiduri
  • zink (kedua hanya dengan China pada hasilan zink dan hanya di bawah 14% hasilan dunia)
  • batu arang (pengeksport arang batu terbesar dunia dan penghasil ke-4 besar arang batu di belakang China, AS dan India)
  • minyak syal
  • petroleum (penghasil petroleum ke-28 terbesar)
  • gas asli

Sekali dicabut, bahan mentah diproses ke suatu hasil yang berguna. Contohnya, minyak mentah digunakan hilir untuk menghasil sederetan hasil halus. Kebanyakan bahan mentah Australia dieksport ke luar negeri ke negara seperti China. Dua per tiga eksport Australia dieksport ke China adalah tenaga dan galiran, dan lebih daripada setengah bijih besi pergi ke China. [6]

Kawasan perlombongan sunting

Australia mempunyai aktiviti perlombongan dalam semua negeri dan wilayahnya. Khususnya kawasan-kawasan penting kini termasuk kawasan-kawsan Goldfields dan Pilbara Australia Barat, Hunter Valley di NSW, Bowen Basin di QLD dan Lembah Latrobe di VIC dan pelbagai bahagian di Outback.

Perlombongan aktif utama di Australia termasuk:

Perlombongan arang batu sunting

Arang batu dilombong di setiap negeri australia. Ia digunakan untuk menghasilkan elektrik dan dieksport. 75% dari arang batu dilombong di Australia dieksport, kebanyakannya ke Asia Timur. Pada 2000/01, 258.5 juta ton arang batu dilombong, dan 193.6 juta ton dieksport. Arang batu memberikan sekurang-kurangnya 85% dari hasilan elektrik Australia.[7]

Ekonomi sunting

Beberapa syarikat perlombongan multinasional besar seperti BHP Billiton, Newcrest, Rio Tinto, Alcoa, Chalco, Alcan dan Xstrata beroperasi di Australia. Terdapat juga banyak syarikat perlombongan dan penerokaan mineral kecil yang tersenarai dalam Bursa Saham Australia, ASX. Secara keseluruhannya, sektor sumber merangkumi hampir 20 peratus daripada pasaran ASX dalam pemodalan dan hampir sepertiga dalam kalangan syarikat yang tersenarai.[8]

Sektor perlombongan menyumbang kira-kira 5.6% kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Australia. Angka ini meningkat daripada 2.6% pada 1950, tetapi menurun daripada melebihi 10% pada 1900.[9] Sebaliknya, eksport mineral menyumbang lebih kurang 35% dalam eksport Australia. Australia merupakan pengeksport terbesar arang (35% perdagangan antarabangsa), bijih besi, plumbum, berlian, rutil, zink dan zirkonum di dunia, pengeksport kedua terbesar dunia bagi emas dan uranium, serta pegeksport ketiga terbesar bagi aluminium.[10]

Dalam kalangan negara maju, mungkin hanya Kanada dan Norway memiliki sektor perlombongan dengan peranan besar dalam ekonomi mereka; sebagai perbandingan, sektor perlombongan merangkumi 3.6% ekonomi Kanada dan 32% eksport Kanada,[11] dan sektor perlombongan Norway yang dikuasai bidang petroleum, menyumbangkan 19% KDNK dan 46% eksport Norway.[12] Perlombongan di Amerika Syarikat pula hanya menyumbang kepada 1.6% dalam KDNK negara itu.[13]

Meskipun dengan kepentingan eksportnya, sektor perlombongan hanya memberikan sebilangan kecil pekerjaan, iaitu kira-kira 129,00 orang Australia, hanya kira-kira 1.3% jumlah buruh keseluruhan.[14]

Teknologi dan perkhidmatan sunting

Kos buruh tingga serta peraturan keselamatan kelas pertama Australia, geologi istimewa dan penekanan terhadap kajian perlombongan oleh kerajaan berturutan dan pihak syarikat telha membuatkan sektor perlombongan Australia maju dari segi teknologi. Kebanyakan lombong di dunia menggunakan perisian komputer yang dibangunkan di Australia seperti perisian perancangan sumber syarikat khas oleh Mincom Limited dan perisian perancangan geologi/lombong oleh Meptek Pty Ltd. Eksport perkhidmatan, peralatan dan teknologi perlombongan Australia adalah melebihi $2 bilion setiap tahun.[15]

Gaya hidup sunting

 
Pekan Mount Isa dikelilingi oleh deposit mineral yang meluas.

Kebanyakan lombong di kawasan terpencil mempunyai sebuah pekan syarikat seperti Roxby Downs atau Leigh Creek, ataupun petempatan-petempatan sokongan yang pernah menjadi pekan syarikat seperti Broken Hill dan Mount Isa.

Kebanayakan lombong kawasan terpencil beroperasi pada prinsip ulang-alik secara penerbangan, di mana tempat tinggal para pelombong serta keluarganya tetap berada di sebuah bandar besar dan para pelombong akan pergi ke lombong menerusi penerbangan dan kerja selama dua minggu lalu pulang semula ke tempat tinggal untuk berehat selama seminggu.[perlu rujukan] Jadual ini boleh berubah mengikut tapak perlombongan. Sistem ini adalah umum di pelantar minyak luar pesisir serta kawasan lombong di tanah Australia, seperti tapak Century, Challenger dan Bronzewing.

Makanan dan tempat menetap percuma disediakan kepada para pekerja untuk mengimbangi masa ketika di luar tempat tingal. Sarapan, makan tengah hari dan makan malam disediakan dan dikumpul dari dewan mes di kem perlombongan. Kuarters disediakan tapak kem dengan jenis-jenis seperti rumah mudah alih 2 kali 4 meter dan rumah kekal 6 kali 8 meter dengan bilik en suite. Peti sejuk, katil, televisien, elektrik dan air juga disediakan dengan bilik.

Persekitaran dan politik sunting

Perlombongan mempunyai kesan yang jelas terhadap alam sekitar di sesetengah kawasan Australia. Kerubut emas Victoria telah menyebabkan penyahhutanan meluas, hakisan berterusan serta keracunan arsenik.[16] Kesan terhadap landskap berdekatan Bendigo dan Ballarat masih boleh dilihat pada sekarang. Pergunungan di Queenstown, Tasmania jufa digondol sepenuhnya melalui pembalakan dan pencemaran daripada kegiatan peleburan dan berkekalan hingga sekarang.

Perlombongan uranium mempunyai kontroversi, sebahagiannya kerana dakwaan kesan terhadap alam sekitar, tetapi juga kerana penggunaannya dalam kuasa nuklear dan senjata nuklear. Parti Buruh Australia, salah satu parti besar Australia memiliki dasar "tiada lombong uranium". Setakat 2006, permintaan global bagi uranium memberikan sedikit tekanan secara dalaman dan luaran terhadap Parti Buruh agar dasar ditukar.[17] Australia merupakan ahli dalam usaha-usaha antipenyebaran antarabangsa untuk memastikan tiada uranium yang dieksport digunakan dalam senjata nuklear.[18]

Bencana perlombongan sunting

 
Upacara peringatan bencana perlombongan Gunung Kembla 1903 pada 2006.

Gunung Kembla sunting

Pada 1883, sebuah lombong arang batu telah dibuka berdekatan Gunung Kembla di daerah Illawarra, New South Wales. Pada 1902, berlaku sebuah letupan di dalam lombong. 96 orang lelaki maut, sama ada ketika kerja atau dalam cubaan menyelamatkan pekerja lain. Setiap keluarga dalam perkampungan kehilangan seorang saudara. Sebuah majlis peringatan dijalankan pada setiap 31 Julai di sebuah gereja peringatan di Gunung Kembla. Insiden ini ialah bencana perlombongan paling teruk dalam sejarah Australia.[19]

Balmain Colliery sunting

Balmain Colliery terletak di Birchgrove, New South Wales dan mengeluarkan arang batu dari 1897 hingga 1931 dan gas asli hingga 1945. Dalam tempoh ini, sepuluh orang pelombong maut dalam tiga insiden berlainan.

1900

Pada 17 Mac 1900, enam orang pelombong diturunkan dalam syaf Birthday. Pada 1,424 kaki, bakul yang dinaiki mereka terjatuh, menyebabkan lima daripada mereka jatuh dan maut dalam syaf itu. Kesannya, sebuah Akta Perlombongan dipinda untuk menetapkan landasan dalam syaf untuk mengelakkan bakul daripada terjatuh atau terhayun.[20]

1932

Pada 1932, setahun selepas lombong itu ditutup, sebuah lubang enam inci tenggelam dari syaf Birthday ke paip gas asli yang pergi ke permukaan. Ketika tenggelam, dua orang lelaku maut apabila gas menyala dan meletup.[20]

1945

Ketika penutupan syaf Birthday pada 20 April 1945, sebuah ujian asas dilakukan, di mana gas yang telepas ternyala lalu menyebabkan letupan di bawah penutup. Pengurus syarikat serta dua orang lelaki terbunuh manakala dua orang lelaki lain pula cedera.[20]

North Mount Lyell sunting

Pada 12 Oktober 1912, kebakaran North Mouth Lylell menyebabkan 42 orang pelombong maut, dan peralatan pernafasan diperlukan dari lombong-lombong Victoria dengan cepat untuk menyelamatkan para pelombong yang terperangkap. Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan tidak dapat berkeputusan tentang punca kejadian itu,

Mount Mulligan sunting

Bencana lombong Mount Mulligan pada 1921 berlaku di Far North Queensland. Letupan-letupan yang berlaku akibat penggunaan api secara terbuka sebagai pencahayaan telah membunuh 75 orang pekerja.

Moura sunting

Empat bencana serius telah berlaku di lombong-lombong pekan Moura, Central Queensland. Bencana pertama pada September 1975 mengorbankan 13 orang pekerja. Pada Julai 1986, berlaku sebuah letupan di lombong Moura Number 4, di mana 12 orang pelombong terbunuh dan menimbulkan kontroversi setelah pihak pakar berkata bahawa bencana tersebut boleh dielakkan. Sebuah lagi letupan pada Januari 1994 membunuh dua orang pekerja dan lapan bulan setelah itu, sebuah lagi letupan bawah tanah dalam membunuh 11 orang pekerja.[21]

Bronzewing sunting

Pada 26 Jun 2000 di lombong Bronzewing, Western Australia (400 kilometer dari Kalgoorlie), 18,000 meter kubik sluri pasir, enapan, lumpur dan batuan memecahkan sebuah dinding simpanan. Tiga orang pekerja (Timothy Lee Bell, 21, Shane Hamill, 45 dan Terrence Woodard, 26) telah terbunuh dan lapan orang lagi terselamat. Kira-kira sebulan diperlukan untuk mendapatkan semula mayat dari tapak.

Beaconsfield sunting

 
Bahagian kepala suatu syaf di lombong emas Beaconsfield di Tasmania.

Pada 25 April 2006, sebahagian dari lombong emas di bawah tanah di Beaconsfield di Tasmania runtuh. Seorang pelombong, Larry Knight, telah dibunuh oleh jatuhan batu, dan dua orang lain, Brant Webb dan Todd Russel, telah diperangkap, yang membawa ke suatu misi penyelamatan yang mengambil dua minggi untuk mendapatkan mereka keluar hidup-hidup.

Bulli sunting

1887

Pada 2.30 petang pada 23 Mac 1887, suatu letupan di lombong Bulli di New South Wales membunuh 81 orang.[22] Sebuah jawatankuasa khusus didirikan untuk menyiasat letupan dan menutup bahawa:

... bahawa letupan disebabkan oleh gas rawang atau karbonik hidrat telah dikumpul di muka. Punca lanjutnya kemungkinan ialah kebakaran dari suatu tembakan lebih gunaan lebih oleh seorang pelombong di arang batu di No. 2 Heading.

Letupan gas membentuk suatu letupan debu arang batu terhadap udara segar di permukaan. Jawatankuasa juga telah berpendanat bahawa wakilnya, Overman serta pengurusnya adalah bersalah kerana menyumbangkan kelalaian.[23]

1965

Pada 9 November 1965, sepoket gas ternyala dalam sebuah panel beberapa ratus ela dari syaf utama dan membunuh empat orang pelombong. Sepuluh kumpulan penyelamat dan Stesen Penyelamat Southern Mines bekerja sepanjang malam untuk memadamkan kebakaran tersebut.[24]

Perlombongan Australia dalam sastera, seni dan filem sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "The Glen Osmond Mines". South Australian History. Flinders Ranges Research. Dicapai pada 2006-06-05.
  2. ^ "Kapunda". South Australian History. Flinders Ranges Research. Dicapai pada 2006-06-06.
  3. ^ "Burra". South Australian History. Flinders Ranges Research. Dicapai pada 2006-06-06.
  4. ^ "The Moonta Mine". South Australian History. Flinders Ranges Research. Dicapai pada 2006-06-06.
  5. ^ Caldwell, J. C. (1987). "Chapter 2: Population". Dalam Wray Vamplew (ed.) (penyunting). Australians: Historical Statistics. Broadway, New South Wales, Australia: Fairfax, Syme & Weldon Associates. m/s. 23 and 26. ISBN 0-949288-29-2.CS1 maint: extra text: editors list (link)
  6. ^ The Hon De-Anne Kelly MP, Parliamentary Secretary to the Minister for Trade (2006-05-03). "Speech at the Australia China Business Council, Queensland Branch Business Dinner". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-06-15. Dicapai pada 2006-06-18. Check date values in: |date= (bantuan)
  7. ^ "The Importance of Coal in the Modern World - Australia". Gladstone Centre for Clean Coal. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-08. Dicapai pada 2007-03-17.
  8. ^ "ASX and Australian mining". Australian Stock Exchange. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-04-22. Dicapai pada 2006-06-04.
  9. ^ "1301.0 - Year Book Australia, 2005". 2005-01-21. Dicapai pada 2006-06-18.
  10. ^ The Hon Peter Costello, MP, Treasurer of Australia (2002-06-05). "Address to the Minerals Council of Australia, 2002 Minerals Industry Dinner". speech. Government of Australia. Dicapai pada 2006-06-18. Check date values in: |date= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  11. ^ Natural Resources Canada. "Canadian Minerals Yearbook, 2004". government of Canada. Dicapai pada 2006-06-19.
  12. ^ Statistics Norway. "Statistical Yearbook 2005". Government of Norway. Dicapai pada 2006-06-19..
  13. ^ Bureau of Economic Analysis. "Gross-Domestic-Product-by-Industry Accounts". United States government. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-23. Dicapai pada 2006-06-19.
  14. ^ "6291.0.55.003 Table 04: Employed persons by Industry - Trend, Seasonally adjusted, Original". Australian Bureau of Statistics. 2006-03-16. Dicapai pada 2006-06-18. Check date values in: |date= (bantuan)
  15. ^ "Mining Capability Overview". Austrade. unknown. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-02-14. Dicapai pada 2006-06-18. Check date values in: |date= (bantuan)
  16. ^ "Deforestation - Gold". Special Broadcasting Service. Dicapai pada 2006-06-19.
  17. ^ Patrick Walters and Joseph Kerr (2006-04-04). "PM threatens ALP on China uranium deal". The Australian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-07-28. Dicapai pada 2006-06-19. Check date values in: |date= (bantuan)
  18. ^ Department of Foreign Affairs and Trade (2005). "Weapons of Mass Destruction: Australia's Role in Fighting Proliferation". Government of Australia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-05-26. Dicapai pada 2006-06-19.
  19. ^ Stuart Piggin and Henry Lee, The Mount Kembla Disaster, Oxford University Press, Melbourne, 1992
  20. ^ a b c Peter Reynolds, Balmain Places 2 - The Coal Mine Under The Harbour , Architectural History Research Unit, University of New South Wales, 1996, ISBN 0-908502-54-0
  21. ^ Barwick, John (1999). Australia's worst disasters: mining disasters. Port Melbourne, Victoria: Heinemann Library. m/s. 24–25. ISBN 1863918868. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  22. ^ Wollongong City Library, Bulli - History Diarkibkan 2006-09-19 di Wayback Machine, Retrieved on 2/11/06.
  23. ^ Illawarra Coal, Bulli Colliery Gas Explosion- 1887, Retrieved on 2/11/06.
  24. ^ Illawarra Coal, Bulli Colliery Underground Fire - 1965, Retrieved on 2/11/06.

Pautan luar sunting