Permainan video aksi

(Dilencongkan dari Permainan aksi)

Permainan video aksi, permainan aksi atau action game merupakan sebuah genre permainan video yang melibatkan penekanan terhadap cabaran fizikal, termasuklah penyelarasan koordinasi antara tangan dan mata dan masa tindak balas pemain. Genre ini mempunyai pelbagai subgenre seperti berlawan, bertembak dan permainan platform, yang mana ia dianggap sebagai permainan aksi paling penting, meskipun beberapa permainan video strategi masa nyata dianggap sebagai permainan aksi.

Dalam permainan aksi, pemain biasanya mengawal seorang avatar protagonis. Avatar harus menyelesaikan tahap-tahap permainan, mengumpul objek, mengelak halangan dan menentang musuh dengan pelbagai cara serangan. Di akhir-akhir sesuatu tahap itu, pemain selalunya harus mengalahkan ketua musuh yang biasanya adalah lebih besar, handal dan mencabar daripada musuh lain. Serangan musuh dan halangan mengurangkan nyawa avatar, dan pemain akan kalah jika avatar mereka kehabisan nyawa. Pemain memenangi permainan dengan menghabiskan sekumpulan tahap. Tetapi, banyak permainan aksi tidak boleh dihabiskan dan mempunyai jumlah tahap yang tidak terhad, dan objektif pemain hanyalah untuk memaksimumkan mata dengan mengumpul objek dan mengalahkan musuh.

Unsur permainan sunting

Permainan dalam genre aksi adalah sebarang permainan yang sebahagian besar cabarannya ialah menguji kemahiran fizikal. Kadang-kadang, permainan aksi memasukkan cabaran yang lain seperti perlumbaan, puzzle atau pengumpulan objek, tetapi ia bukan matlamat yang utama dalam genre ini. Pemain juga boleh berhadapan dengan cabaran taktikal dan penjelajahan. Tetapi, keperluan yang paling utama untuk permainan ini ialah masa tindak balas yang tinggi dan koordinasi tangan dan mata yang baik. Pemain selalunya mengalami tekanan masa, dan tiada masa yang cukup untuk membuat strategi yang rumit. Secara umumnya, permainan aksi yang lebih pantas adalah lebih mencabar.

Rekaan sunting

Tahap atau peringkat sunting

Pemain meneruskan permainan dalam permainan aksi dengan menyelesaikan sesuatu peringkat. Sesuatu peringkat itu selalunya dikumpulkan mengikut tema, dengan grafik dan musuh yang sama. Setiap peringkat melibatkan pelbagai cabaran, sama ada menari dalam permainan menari atau menembak barang dalam bertembak, di mana pemain harus atasi untuk memenangi permainan. Permainan yang dahulu memaksa pemain untuk mengulang permainan dari permulaan selepas kehilangan nyawa, tetapi permainan aksi ini berkembang dengan menawarkan permainan simpanan (saved game) atau checkpoint membolehkan pemain mengulang permainan di pertengahan peringkat.

Kebolehan karakter sunting

Halangan dan musuh sunting

Nyawa sunting

Grafik dan antaramuka sunting

Pemarkahan dan kemenangan sunting

Lihat juga sunting