Permainan bergilir

(Dilencongkan dari Permainan video bergilir)

Sebuah permainan bergilir (bahasa Inggeris: Turn-based game) merupakan sejenis permainan di mana pengalirannya dibahagikan kepada peranan yang direka dengan terperinci dan jelas, yang digelar giliran, atau dalam sesetengah perkara, sebagai pusingan. Sebagai contoh, apabila unit pengaliran sesuatu permainan itu adalah masa, giliran akan mewakili masa, seperti tahun, bulan, minggu atau hari. Seorang pemain dalam sebuah permainan bergilir diberi suatu jangka masa untuk penganalisis (kadang-kala diberi masa, kadang-kala tidak) sebelum melaksanakan suatu tindakan dalam permainan tersebut, memastikan terdapatnya pemisahan di antara pengaliran permainannya dengan proses pemikiran, di mana akhirnya akan terdapat lebih banyak pilihan optimal. Sebaik sahaja setiap pemain telah mengambil giliran mereka, pusingan tersebut dikatakan telah lengkap, dan setiap pemprosesan khas yang dikongsi juga dikatakan lengkap. Ini diikuti oleh pusingan permainan yang seterusnya. Istilah yang bertentangan dengan permainan bergilir digelar masa benar (bahasa Inggeris: real-time).

Istilah permainan video bergilir (bahasa Inggeris: turn-based gaming) boleh pula digunakan untuk merujuk kepada laman web permainan video berdasarkan pelayar web yang membenarkan penggunanya bermain melebihi satu sesi, iaitu jangka masa yang panjang—seringkali memakan masa berbulan-bulan untuk permainan-permainan kompleks seperti Go atau Catur dilengkapkan.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.