Permainan video berperanan
- RPG dilencongkan ke sini. Untuk rencana dari pandangan yang menyeluruh, sila lihat permainan berperanan.
Sebuah judul permainan video berperanan (bahasa Inggeris: Role-playing video game), seringkali disingkatkan sebagai RPG, merupakan sebuah genre dalam permainan video dan komputer yang memiliki sejarah yang berkait rapat dengan permainan berperanan pen dan kertas[1] misalnya seperti Dungeons & Dragons, meminjam beberapa terminologi, latar, serta mekanik permainan. Para pemain dalam sesebuah RPG mengawal salah satu daripada watak sebuah parti pengembara yang bertujuan untuk memenuhi sebuah objektif atau misi. Persamaan besar dengan permainan pen dan kertas melibatkan sebuah cerita yang berkembang dan elemen penceritaan, pembangunan watak-watak serta kedalaman penceritaan. Medium elektronik mengeluarkan keperluan untuk gamemaster dan meningkatkan kelajuan resolusi kombat. RPG telah berkembang daripada sebuah permainan berdasarkan teks kepada judul-judul dengan grafik komputer 3D.
Nota-nota Sunting
- ^ Adams, Rollings 2003, hlm. 347
Rujukan Sunting
- Adams, Ernest; Rollings, Andrew (2003). Andrew Rollings and Ernest Adams on game design. New Riders Publishing. ISBN 1592730019.
Pautan luar Sunting
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.