Permainan video berperanan

genre permainan video
(Dilencongkan daripada Permainan video berperanan komputer)
RPG dilencongkan ke sini. Untuk rencana dari pandangan yang menyeluruh, sila lihat permainan berperanan.

Sebuah judul permainan video berperanan (bahasa Inggeris: Role-playing video game), seringkali disingkatkan sebagai RPG atau boleh juga disingkat PVB, merupakan sebuah genre dalam permainan video dan komputer yang memiliki sejarah yang berkait rapat dengan permainan berperanan pada pen dan kertas[1] misalnya seperti Dungeons & Dragons, meminjam beberapa terminologi, latar, serta mekanik permainan.

Para pemain dalam sesebuah RPG mengawal salah satu daripada watak sebuah parti pengembara yang bertujuan untuk memenuhi sebuah objektif atau misi. Persamaan besar dengan permainan pen dan kertas melibatkan sebuah cerita yang berkembang dan elemen penceritaan, pembangunan watak-watak serta kedalaman penceritaan. Medium elektronik mengeluarkan keperluan untuk gamemaster dan meningkatkan kelajuan resolusi kombat. RPG telah berkembang daripada sebuah permainan berdasarkan teks kepada judul-judul dengan grafik komputer 3D.

Nota-nota

sunting

Populariti

sunting

Siri PVB/RPG terlaris di seluruh dunia ialah Pokémon,[1] yang mana siri pelvideo ini telah terjual lebih 300 juta unit setakat November 2017.[2] [3] [4] [5] Francais PVB kedua dan ketiga terlaris di seluruh dunia ialah siri Final Fantasy dan Dragon Quest milik pelaburan Square Enix, yang terjual lebih 110 juta unit dan lebih 64 juta unit terjual pada 31 Mac 2014, masing-masing.[6] [7] [8] Pokémon Red, Blue, and Green sahaja sendiri telah terjual kira-kira sebanyak 23.64 juta salinan (10.23 juta di Jepun, [9] 9.85 juta di AS, [10] 3.56 juta di UK).[11]

Rujukan

sunting
  • Adams, Ernest; Rollings, Andrew (2003). Andrew Rollings and Ernest Adams on game design. New Riders Publishing. ISBN 1592730019.

Pautan luar

sunting

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.

  1. ^ Fahey, Mike (May 25, 2010). "A Visual Guide To The Role-Playing Game". Kotaku. Dicapai pada September 12, 2010.
  2. ^ Lien, Tracey (August 18, 2014). "How successful is Pokémon? Take a look at the numbers!". Polygon. Vox Media. Dicapai pada August 18, 2014.
  3. ^ "'Pokemon' titles sell 1 million on launch day". USA Today. March 9, 2011.
  4. ^ DeVries, Jack (January 16, 2009). "Pokemon Report: World Records Edition". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada February 28, 2009. Dicapai pada January 24, 2010.
  5. ^ "Pokémon Black Version and Pokémon White Version for Nintendo DS coming to Europe in Spring 2011" (Siaran akhbar). Nintendo. May 31, 2010. Dicapai pada December 19, 2015.
  6. ^ "Businesses – SQUARE ENIX HOLDINGS CO., LTD". Square Enix. Dicapai pada August 15, 2014.
  7. ^ Rose, Mike (June 7, 2011). "Final Fantasy Series Hits 100M Units Shipped". Gamasutra. UBM Tech. Diarkibkan daripada yang asal pada August 19, 2011. Dicapai pada June 7, 2011.
  8. ^ "『ドラゴンクエストIX 星空の守り人』の全世界累計出荷本数が530万本を突破" [Dragon Quest IX ships over 5.3 million worldwide]. Famitsu. KADOKAWA DWANGO CORPORATION. March 16, 2011. Dicapai pada March 16, 2011.
  9. ^ "Japan Platinum Game Chart". The Magic Box. Dicapai pada December 19, 2015.
  10. ^ "US Platinum Videogame Chart". The Magic Box. December 27, 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 October 2021. Dicapai pada August 3, 2008.
  11. ^ "ELSPA Sales Awards: Platinum". Entertainment and Leisure Software Publishers Association. Diarkibkan daripada yang asal pada May 15, 2009. Dicapai pada January 18, 2009.