Seorang permaisuri balu, ratu balu atau bonda ratu (bandingkan: puteri balu atau bonda puteri) ialah gelaran atau status yang biasanya dipegang oleh balu seorang raja. Dalam kes balu seorang maharaja, gelaran maharani balu digunakan. Makna penuhnya jelas daripada dua perkataan tersebut: permaisuri menandakan seseorang yang berkhidmat sebagai raja permaisuri (isteri seorang raja), manakala balu menunjukkan seorang wanita yang memegang gelaran apabila suami telah meninggal dunia (seorang ratu yang memerintah dengan haknya sendiri dan tidak kerana berkahwin dengan seorang raja ialah ratu memerintah).

Bonda ratu ialah seorang permaisuri balu yang juga merupakan ibu kepada raja yang memerintah. Pada masa ini (2020), terdapat empat orang permaisuri balu: Kesang Choden dari Bhutan (yang merupakan satu-satunya nenda ratu yang tinggal di seluruh dunia), Norodom Monineath dari Kemboja (yang juga ratu ibu), Lisa Najeeb Halaby (Noor Al'Hussein) dari Jordan, dan Sirikit Kitiyakara dari Thailand (yang juga ibu ratu). Permaisuri Ratna dari Nepal yang merupakan permaisuri balu sehingga pemansuhan monarki Nepal pada tahun 2008.

Perbezaan dari bonda ratuSunting

Bonda ratu ialah sejenis permaisuri balu tertentu yang pada masa yang sama juga adalah seorang bekas raja permaisuri dan bonda kepada dari raja semasa. Oleh itu, setiap bonda ratu adalah dengamengikut takrifannya juga permaisuri balu. Walau bagaimanapun, tidak semua permaisuri permaisuri ialah bonda ratu; mereka mungkin mempunyai hubungan selain daripada bonda kepada raja yang memerintah, seperti bonda saudara atau nenenda. Sebagai contoh, Mary, Ratu Scotland, ialah seorang permaisuri balu Perancis selepas kematian suaminya Francis II, yang mana dia tidak mempunyai anak. Begitu juga, Adelaide dari Saxe-Meiningen adalah permaisuri balu selepas suaminya William IV digantikan oleh Victoria anaanda saudaranya.

Tidak semua ibu seorang raja yang memerintah menjadi seorang bonda ratu atau permaisuri balu.. Sebagai contoh, ibu Ratu Victoria dari United Kingdom, Victoria dari Saxe-Coburg-Saalfeld, tidak pernah menjadi seorang permaisuri balu kerana suaminya, Edward Augustus, Duke of Kent, tidak pernah menjadi raja. Begitu juga ibu-ibu raja, kedua-dua Augusta dari Saxe-Gotha dan Srinagarindra dari Thailand tidak digelar permaisuri balu kerana suami masing-masing, Frederick, Putera Wales dan Mahidol Adulyadej, Putera Songkhla, tidak pernah menjadi raja. Sebaliknya, Augusta memegang gelaran "Dowager Princess of Wales"; manakala, Srinagarindra menerima gelaran "Bonda Puteri".

Akhir sekali, mungkin ada seorang ibu ratu dan seorang atau lebih permaisuri balu yang hidup pada satu-satu masa. Keadaan ini berlaku di alam Komanwel dalam tempoh antara pelantikan Ratu Elizabeth II pada 6 Februari 1952 dan kemangkatan nenendanya pada 24 Mac 1953. Selama lebih dari setahun, terdapat tiga permaisuri yang hidup:

  • Ratu Elizabeth II, ratu yang bertakhta (ratu memerintah).
  • Ratu Elizabeth Bonda Ratu, balu Raja George VI yang mangkat dan bonda kepada ratu yang memerintah. Ratu Elizabeth, bekas raja permaisuri, secara khusus mengguna pakai gelaran Bonda Ratu untuk membezakan dirinya daripada anak perempuannya, Ratu Elizabeth II. Beliau dilaporkan benci dipanggil sebagai seorang permaisuri balu, dan merasa ada kekeliruan jika dia dipanggil hanya dengan namanya, kerana dua orang terdahulu, Queen Mary dan Queen Alexandra, telah alami.
  • Ratu Mary, balu Raja George V, bonda mantan raja Edward VIII (ketika itu Duke Windsor) dan mendiang Raja George VI. Ratu Mary telah menjadi Bonda Ratu antara kematian suaminya pada tahun 1936 dan kenaikan takhta cucundanya, Ratu Elizabeth II, pada tahun 1952. Selepas kenaikan takhta cucunda perempuannya, Ratu Mary menjadi Nenenda Ratu. Walau bagaimanapun, beliau terus digelar Her Majesty Queen Mary .

Seorang permaisuri balu terus menikmati gelaran, panggilan, dan keutamaan seorang permaisuri. Walau bagaimanapun, banyak bekas raja permaisuri tidak menggunakan perkataan "balu" secara rasmi sebagai sebahagian daripada gelaran mereka.

PemegangSunting

Perhatikan bahawa di sesetengah negara yang disebut di bawah adalah tidak biasa untuk menggelarkan seorang bekas permaisuri sebagai balu.

KoreaSunting

MalaysiaSunting

Kini:

NotaSunting