Permit Perjalanan Tanah Besar bagi Penduduk Hong Kong dan Makau

Permit Perjalanan Tanah Besar bagi Penduduk Hong Kong dan Makau, juga dikenali dalam bahasa basahan sebagai Permit Pulang ke Rumah atau Permit Lawatan Rumah[1] merupakan dokumen perjalanan ke tanah besar China yang dikeluarkan kepada warganegara itu yang merupakan pemastautin tetap atau menetap di Hong Kong dan Makau. Permit tersebut dikeluarkan oleh Pentadbiran Keluar dan Masuk Republik Rakyat China melalui cawangan-cawangan kecil Perkhidmatan Perjalanan China di Hong Kong dan Makau, yang membenarkan para pemegang permit untuk membuat perjalanan dengan bebas ke tanah besar.

Permit Perjalanan Tanah Besar bagi Penduduk Hong Kong dan Makau
ڤرميت ڤرجالنن تانه بسر باݢي
ڤندودوق هوڠ كوڠ دان ماکاو
港澳居民来往内地通行证 (Cina)
Muka depan permit terkini (sejak 2019)
Muka belakang permit terkini (sejak 2013)
JenisDokumen perjalanan dan dokumen pengenalan
Dikeluarkan oleh
 Republik Rakyat China
TujuanDokumen pengenalan dan perjalanan untuk membuat perjalanan ke tanah besar China dari Hong Kong, Makau atau luar negeri
KelayakanRakyat China yang merupakan penduduk tetap di Hong Kong atau Makau, atau pemegang permit sehala yang menetap di Hong Kong atau Makau
KosHK$390
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Nama "Permit Pulang ke Rumah" telah dipilih kerana ia digunakan oleh emigran China di Hong Kong dan Makau untuk mengunjungi keluarga mereka di tanah besar China. Kebanyakkan pemegang permit ini merupakan penduduk dengan status pemastautin tetap di Hong Kong dan/atau Makau, dan permit tersebut berfungsi sebagai kad pengenalan de facto untuk penduduk Hong Kong dan Makau di tanah besar sehinggalah Permit Mastautin untuk Penduduk Hong Kong dan Makau yang dikeluarkan pada September 2018.

Kelayakan sunting

Permit Pulang ke Rumah di bawah garis panduan oleh Perkhidmatan Perjalanan China yang bertindak sebagai ejen yang diberi kuasa sebagai penerima permohonan di Hong Kong dan Makau, dikeluarkan kepada:

  • Penduduk tetap Hong Kong dan Makau yang memiliki kerakyatan China melalui kelahiran atau pewarganegaraan di salah satu dari wilayah ini;
  • Penduduk China yang diberik kebenaran oleh pihak berkuasa tanah besar untuk berhijrah ke Hong Kong atau Makau dan telah pun mempunyai tempat tinggal di salah satu dari wilayah ini (juga dikenali sebagai pemegang permit sehala);
  • Penduduk tetap Hong Kong dan Makau yang lahir di negara atau wilayah selain Hong Kong dan Makau dan memiliki kerakyatan China melalui kelahiran, keturunan dan pewarganegaraan.

Permit ini hanya dikeluarkan oleh Pentadbiran Masuk dan Keluar Kementerian Keselamatan Awam dan kesemua permohonan hendaklah dibuat sama ada di Hong Kong, Makau dan tanah besar China.

Rujukan sunting

  1. ^ "GovHK: Immigration Clearance". GovHK (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 September 2016.

Bibliografi sunting

  • Buku dalam bahasa Cina: 張勇、陳玉田:《香港居民的國籍問題》(出版社:三聯書店(香港)) 456