Suatu permukaan planet adalah di mana bahan pepejal (atau cecair) bagi kerak luar pada beberapa jenis objek falak berhubungan dengan atmosfera atau angkasa lepas. Permukaan planet ditemui pada objek-objek pepejal jisim planet, termasuklah planet-planet bumian dan kerdil, satelit semula jadi, planetesimal dan jasad-jasad kecil Sistem Suria (JKSS) yang lain.[1][2][3] Kajian permukaan planet merupakan suatu bidang geologi planet yang dikenali sebagai geologi permukaan, dan juga suatu fokus bagi beberapa bidang seperti kartografi planet, topografi, geomorfologi, sains atmosfera dan ilmu falak. Tanah (atau darat) merupakan istilah yang diberikan kepada permukaan planet yang bukan cecair. Istilah Istilah pendaratan digunakan untuk menerangkan pelanggaran suatu objek dengan permukaan planet dan biasanya pada halaju di mana objek itu boleh kekal utuh dan lekat.

Angkasawan Apollo 11, Buzz Aldrin berjalan pada permukaan bulan, yang terdiri daripada regolitos qamari. (gambar diambil oleh Neil Armstrong, Julai 1969)

Dalam jasad-jasad berbeza, permukaan adalah di aman kerak bertemu dengan lapisan sempadan planet. Apa-apa yang berada dibawahnya dianggap sebagai permukaan bawah (subpermukaan) atau bawah laut (submarin). Kebanyakkan jasad lebih besar daripada adi-Bumi (super-Bumi), termasuklah bintang dan gergasi gas serta kerdil gas yang lebih kecil mempunyai peralihan berdampingan di antara fasa termasuklah gas, cecair dan pepejal. Oleh itu, mereka dianggap sebagai kekurangan permukaan secara umumnya.

Rujukan sunting

  1. ^ Meyer, Charles; Treiman, Allanh; Kostiuk, Theodor (12–13 Mei 1995). Meyer, Charles; Treiman, Allan H.; Kostiuk, Theodor (penyunting). Planetary Surface Instruments Workshop (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Houston, Texas. m/s. 3. Bibcode:1996psi..work.....M. Dicapai pada 10 Februari 2012.
  2. ^ "Planetary Surface materials" (dalam bahasa Inggeris). Haskin Research Group. Dicapai pada 10 Februari 2012.
  3. ^ Melosh, Jay (Ogos 2007). Planetary Surface Processes (dalam bahasa Inggeris). Cambridge Planetary Science. m/s. 9. ISBN 978-0-521-51418-7.