Perodua Kelisa merupakan sebuah kereta bandar yang dihasilkan oleh pembuat kereta Malaysia, Perodua. Model ini dilancarkan pada tahun 2001 bagi meggantikan Perodua Kancil. Model Kelisa dan Kancil dijual oleh Perodua sehinnga tahun 2007, di mana kedua-dua model tersebut digantikan dengan Perodua Viva.

Perodua Kelisa (L700)
Perodua Kelisa EZ (pra-facelift, Malaysia)
Maklumat
PengilangPerodua
Pengeluaran2001–2007
PenggantiPerodua Viva
KelasKereta bandar/ Segmen-A
Gaya badanHatchback 5-pintu
Enjin847 cc ED-DE DOHC I3
989 cc EJ-DE DOHC I3
Jarak roda2,345 mm (92.3 in)
Panjang3,490 mm (137.4 in)
Lebar1,490 mm (58.7 in)
Tinggi1,420 mm (55.9 in)
Berat Curb771 hingga 806 kg (1,700 hingga 1,777 lb)
BerkaitDaihatsu Mira (L700)

Sejarah sunting

Kesemua model Kelisa dibina berdasarkan Daihatsu Mira (L700) dan namanya diberikan sempena ikan kelisa.

Memandangkan Perodua telah menjual keretanya di United Kingdom sejak tahun 1997, model Kelisa telah diperkenalkan sebagai pengganti kepada Nippa yang merupakan sebuah Kancil yang telah dilencana semula.[1] Sama seperti pendahulunya, Kelisa merupakan kereta termurah di UK dengan harga bermula serendah £5,000.[2]

 
Perodua Kelisa EZ (pra-facelift, Malaysia
 
Perodua Kelisa Edisi Terhad

Pada tahun 2002, sebuah Kelisa edisi terhad telah dilancarkan dengan cat dua warna, tempat duduk kulit dan stereng yang disalut kulit.[3]

Perodua Kelisa dilancarkan dengan tiga varian: EX, GX dan EZ.[4] Selepas difacelift, varian EX, GX dan EZ maih digunakan. Sekali lagi, sebuah Kelisa edisi terhad telah dilancarkan dengan cat dua warna dan perubahan kecil kepada bahagian dalaman.

Pada 21 Oktober 2003, Perodua melancarkan facelift untuk Perodua Kelisa dengan harga yang sama seperti model pra-facelift.[5] Perbezaan daripada model pra-facelift termasuk gril sarang lebah hadapan baharu, bampar hadapan baharu, bampar belakang bawah baharu dengan pemantul, pengelap belakang baharu, antena di bahagian tengah bumbung, panel meter baharu, reka bentuk rim baharu bagi varian EX dan penutup roda baharu bagi varian GX. Model facelift menggunakan tayar 14", 1 inci lebih besar dari tayar model pra-facelift.

Terdapat empat pilihan warna: Kristal White, Sparkling Silver, Millenia Gold and Gemilang Blue.[6] Sepanjang musim bunga 2004, Perodua menggantikan varian EX dengan varian 850 EX, menjenamakan semula varian GX kepada 1000 GX dan EX kepada 1000 EX. Perubahan lain termasuk penukaran nisbah gear yang berbeza untuk transmisi manual dan dimensi/saiz keseluruhan kereta tersebut.[7][8]

Model edisi terhad kembali semula pada tahun 2004.[9]

Di antara Ogos dan November 2004, peredua melancarkan varian Kelisa SE (Special Edition). Varian tersebut boleh didapati dalam manual (GXS) dan automatik (EZS). Kelisa edisi khas ini menampilkan kaca jelas bagi lampu isyarat belok yang dipasang pada fender hadapan dan sisi, tempat duduk hadapan dengan sandaran kepala tetap, centre cluster tengah bercat, stereng berbalut kulit dan kit badan yang terdiri daripada spoiler belakang, skirt sisi, skirt hadapan dan skirt belakang.[10][11][12]

Pada tahun 2006, Perodua melancarkan Kelisa Imago. Terdapat model manual (GXQ) dan automatik (EXQ). Perbezaan berbanding Kelisa biasa termasuk: centre console dicat perak (termasuk dulang abu rokok), tempat duduk kulit dengan sulaman bertulis "imago", stereng berbalut kulit, lampu isyarat belok sisi dan hadapan berkaca jelas, spoiler sukan, pemegang pintu dan kunci pintu krom serta kemasan warna Metallic Pearl Jade moden.[13]

Kelisa SE dan Imago mempunyai rim sama seperti varian EZ biasa. Nota: Kelisa selain SE dan Imago mempunyai kaca berwarna jingga bagi lampu isyarat belok.

Pada tahun 2007, beberapa varian terpilih Kelisa datang bersama teknologi bluetooth.[14]

Senarai model sunting

Malaysia sunting

Tahun Model Juga dikenali sebagai Digantikan dengan Transmisi
2001–2004 EX - 850 EX Manual
2001–2007 GX
  • GZ[15]
  • 1000 GX[8]
  • GXi
  • Standard (M/T)
- Manual
2001–2007 EZ
  • 1000 EZ[8]
  • EZi
  • Standard (A/T)
- Automatik
2004–2007 850 EX
  • 850cc (M/T)
- Manual
2004–2007 GXS
  • SE
  • Special Edition
- Manual
2004–2007 EZS
  • SE
  • Special Edition
- Automatik
2002, 2004-2005 GXL
  • Limited Edition
- Manual
2002, 2004-2005 EZL
  • Limited Edition
- Automatik
2006–2007 GXQ
  • Imago
- Manual
2006–2007 EZQ
  • Imago
- Automatik

Warna[16][17][18] sunting

Type Nama Warna Kod warna Varian Tahun
Metallic Pearl Jade G47 Imago (GXQ & EZQ)
Metallic Mocca Silver S05 GX, EZ
Metallic Millennia Gold T06 GX, EZ
Solid Ivory White W09 EX, GX, EZ
Metallic Glittering Silver S28 EX, GX, EZ
Metallic Gemilang Bllue B42 GX, EZ
Kenari Yellow Limited Edition (GXL & EZL)
Royal Blue Limited Edition (GXL & EZL)
Metallic Sparkling Silver S01 EX, GX, EZ & Limited Edition (GXL & EZL)
Solid Kristal White W14 850EX, GX, EZ
Metallic Ozzy Orange R53 SE (GXS & EZS)
Ebony Black SE (GXS & EZS)

Spesifikasi[4][19] sunting

Comparison of specifications (Malaysia models)
Model EX GX EZ 850 EX 1000 GX 1000 EZ
Date 2001–2004 2004–2007
Overall Length (mm) 3480 3490
Overall Width (mm) 1490
Overall Height (mm) 1425 1430
Interior Length (mm) 1720
Interior Width (mm) 1220
Interior Height (mm) 1170
Wheelbase (mm) 2360
Track Front (mm) 1300
Rear (mm) 1260
Ground Clearance (mm) 165
Kerb Weight (kg) 775 790 795 771 801 806
Seating Capacity 5
Minimum Turning Radius Tyre (m) 4.3 4.3 4.3 ?
Body (m) 4.6 4.6 4.6
Tyre - M ? 4.3 4.5
Engine Model EJ - DE ED - DE
Engine Type Water-cooled, 4 cycle, in-line 3-cylinder Water-cooled, 4 cycle, in-line, transverse engine
Valve Mechanism DOHC DOHC-4 valve per cylinder
Total Displacement 989 847 989
Bore x Stroke (mm) 72 x 81 66.6 x 81 72 x 81
Compression 10
Maximum Output 40.5 kW / 5200 rpm 36.7 kW / 5200 rpm 40.5 kW / 5200 rpm
Maximum Torque 88.3 Nm / 3600 rpm 74.4 Nm / 4000 rpm 88.3 Nm / 3600 rpm
Fuel System EFI
Fuel Tank Capacity (liter) 40
Clutch Single dry plate with diaphragm spring and mechanical actuation N/A Single dry plate with diaphragm spring and mechanical actuation N/A
Transmission Type Forward 5-speed manual, all synchromesh Forward 4-speed full automatic 5 M/T 4 A/T
Gear Ratios 1 3.417 2.731 3.417 3.181 2.730
2 1.947 1.526 1.947 2.842 1.526
3 1.250 1.000 1.250 1.250 1.000
4 0.865 0.696 0.917 0.916 0.696
5 0.707 N/A 0.750 0.750 N/A
Reverse 3.143 2.290 3.143 3.142 2.290
Final Gear Ratio 3.938 4.439 4.643 4.266 4.439
Steering Type Manual Power Steering Rack and Pinion
Main Brakes Front Disc brakes with booster Disc
Rear Drums (leading & trailing)
Parking Brake Mechanically operating on rear wheels
Suspension Front MacPherson strut with coil spring
Rear 3 link suspension
Tyres 155/65R13 165/60R13 165/60R13 155/65R13 165/60R13 165/60R13

Dengan membandingkan varian GX dan EZ (tanpa mengira pra-facelift atau facelift), varian EZ mempunyai sebagai tambahan kepada varian GX pengion udara, cermin sisi boleh laras elektrik dan beberapa bentuk teknologi bebas tangan untuk telefon yang digabungkan dengan pemegang telefon.

Walaupun fabrik tempat duduk dikongsi antara varian GX dan EZ pra-facelift, varian GX dan EZ selepas facelift masing-masing mempunyai upholsteri fabrik yang unik dengan corak fabrik yang unik.

Anugerah dan pujian[20] sunting

  • ASEAN Auto Car Awards 2003/2004 (Compact Car category)
  • NST - MasterCard Compact Car of the Year 2003
  • NST Car of the Year 2002.

Rujukan sunting

  1. ^ "Perodua Nippa (97-02) – Facts and Figures". Parkers. Dicapai pada 28 February 2014.
  2. ^ Ross, David (22 May 2009). "Perodua Kelisa (02-08) – Review". Parkers. Dicapai pada 28 February 2014.
  3. ^ "PERODUA Kancil - Smart Like You". 2003-10-07. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-10-07. Dicapai pada 2019-09-28.
  4. ^ a b "Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd". 2002-10-16. Diarkibkan daripada yang asal pada 2002-10-16. Dicapai pada 2017-07-30.
  5. ^ "Perodua.com :: News & Events :: 2003". 2004-11-12. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-11-12. Dicapai pada 2017-07-30.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  6. ^ "Perodua.com :: News & Events :: 2003". 2004-11-12. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-11-12. Dicapai pada 2017-07-30.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  7. ^ "Perodua.com.my :: Our Cars :: kelisa :: specification". 2004-02-20. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-02-20. Dicapai pada 2017-07-30.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  8. ^ a b c "Perodua.com :: Our Cars :: kelisa :: specification". 2004-06-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-06-10. Dicapai pada 2017-07-30.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  9. ^ "Perodua.com :: Our Cars :: kelisa :: price". 2004-12-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-12-08. Dicapai pada 2019-09-28.
  10. ^ "Perodua.com :: Our Cars :: kelisa :: price". 2004-08-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-08-10. Dicapai pada 2017-07-31.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  11. ^ "Perodua.com :: Our Cars :: kelisa :: price". 2004-11-25. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-11-25. Dicapai pada 2017-07-31.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  12. ^ "Kelisa Brochure" (PDF). perodua.com.my. 2006-02-07. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2006-02-07. Dicapai pada 2019-07-23.
  13. ^ "Welcome to the Official Perodua Website" (PDF). 2006-04-18. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-04-18. Dicapai pada 2017-07-31.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  14. ^ "Perodua Kelisa with built in Bluetooth handsfree". Paul Tan's Automotive News. 2007-02-25. Dicapai pada 2017-07-30.
  15. ^ "Perodua.com :: Our Cars :: kelisa :: price". 2003-12-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-12-27. Dicapai pada 2017-08-02.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  16. ^ "Perodua.com :: Our Cars :: kelisa :: colour". 2004-11-12. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-11-12. Dicapai pada 2017-07-31.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  17. ^ "Perodua.com :: Our Cars :: kelisa_se :: colour". 2005-12-25. Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-12-25. Dicapai pada 2017-07-31.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  18. ^ "Welcome to the Official Perodua Website" (PDF). 2006-02-07. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-02-07. Dicapai pada 2017-07-31.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  19. ^ "Perodua.com :: Our Cars :: kelisa :: specification". 2004-06-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-06-10. Dicapai pada 2017-07-31.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  20. ^ "Perodua Kelisa Brochure" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 21 March 2007. Dicapai pada 1 March 2018.