Perodua Kenari merupakan kereta keempat keluaran Perodua. Kenari dibina berdasakan Daihatsu Move (L900) dan mempunyai sebuah enjin 3 silinder 989cc. Nama Kenari diambil daripada burung kenari.

Perodua Kenari
Perodua Kenari (pra-facelift, Malaysia)
Maklumat
PengilangPerodua
Pengeluaran2000–2009
KelasKereta bandar
Gaya badanHatchback 5-pintu
Reka letakFF
EnjinEJ-DE DOHC l3 990 cc
Jarak roda2,360 mm (92.9 in)
Panjang3,460 mm (136.2 in)
Lebar1,500 mm (59.1 in)
Tinggi1,660 mm (65.4 in)
Berat Kerb865–880 kg (1,907–1,940 lb)
BerkaitDaihatsu Move (L900

Sejarah sunting

Perodua Kenari telah dilancarkan pada tahun 2000 dengan tiga varian: EX (Standard) (Manual 5-kelajuan), (GX) (Manual 5-kelajuan) dan EZ (automatik 4-kelajuan).[1]

Pada April 2003, Perodua memperkenalkan facelift bagi Kenari yang termasuk lampu hadapan baharu, gril hadapan baharu dan rim aloi 14" yang menjadi standard untuk empat varian: GX, EX, EZ Special (EZS) dan GX Aero. GX Aero hanya ditawarkan dalam transmisi manual dan diwarnakan dengan Mistik Red. Model GX Aero mempunyai kit badan yang terdiri daripada skirt tepi, spoiler yang berbeza dan reka bentuk berbeza untuk lampu belakang. Bahagian dalaman varian ini menampilkan cetakan "kubik" di permukaan konsol dashboard tengah.[2][3]

Pada tahun 2003, Perodua memperkenalkan sebuah model hibrid bagi Kenari yang tidak berjaya dihasilkan. Model prototaip tersebut menggunakan sebuah enjin petrol 659cc yang menghasilkan kuasa sebanyak 30kW/41 bhp dan tork sebanyak 57 Nm yang digabungkan dengan motor elektrik yang menghasilkan kuasa sebanyak 18kW/25 bhp dan tork 100 Nm.[4]

Pada November 2006, syarikat itu memperkenalkan Kenari RS.[5] Model RS mempamerkan lampu hadapan yang clear berbanding model facelift lain yang mempunyai lampu hadapan yang kebiruan.[6]

Pada tahun 2009, Perodua menghentikan pengeluaran Kenari tanpa model penggantian langsung.

Eksport sunting

Perodua mengeksport Kenari ke United Kingdom dalam dua varian: GX dan EX.[7]

Varian sunting

Tahun model Varian (dikenali sebagai) Transmisi
2000-2003 (diantara Mac dan) EX (Standard) Manual
2000-? GX (Deluxe)
2003-? GX Aero (Aerosport)
2004[8]-2006[9] GX Kasih (Kasih)
2000-2004 EZ (DOHC) Automatik
2005-2008 EZ Aero (Aerosport)
2004[8] - 2006[9] EZ Kasih (Kasih)
2002 EZ Limited Edition[10]
2003 - ? EZS (EZ Special)
? Special Edition[11]
2006 - ? RS

Galeri sunting


Powertrain sunting

Dakwaan pengeluar
Engine EJ-DE 989 cc
Format DOHC 12V I3
Jumlah anjakan (cc) 989
Bore x Stroke (mm x mm) 72.0 x 81.0
Output maksimum [hp(kW)/rpm] 54 (40.3) / 5,200
Tork maksimum(Nm/rpm) 88 / 3,200
Kelajuan maksimum (km/h) 155 km/h
0–100 km/h (saat) 12.5
Kecekapan bahan api 4.8l / 100km (lebuhraya: 80km/h tetap)












Rujukan sunting

  1. ^ "Perodua.com :: News & Events :: 2000". 2005-12-26. Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-12-26. Dicapai pada 2017-09-03.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  2. ^ "Perodua.com :: News & Events :: 2003". 2006-12-12. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-12-12. Dicapai pada 2017-09-03.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  3. ^ "2003 Perodua Kenari - Autoworld.com.my". Autoworld.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2003-04-15. Dicapai pada 2017-12-05.
  4. ^ "Perodua's High-tech Future - Autoworld.com.my". Autoworld.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2003-09-04. Dicapai pada 2017-12-05.
  5. ^ "Perodua :: News & Events :: latest_updates". 2007-03-05. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-05. Dicapai pada 2017-09-03.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  6. ^ "Kenari brochure" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-03-08. Dicapai pada 2022-11-19.
  7. ^ "Perodua UK Current Models" (dalam bahasa Inggeris). 2003-04-12. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-04-12. Dicapai pada 2017-09-03.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  8. ^ a b "Perodua.com :: Our Cars :: kenari :: price". 2004-11-25. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-11-25. Dicapai pada 2017-09-03.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  9. ^ a b "Perodua.com :: Our Cars :: kenari :: price". 2006-04-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-04-27. Dicapai pada 2017-09-03.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  10. ^ "Welcome to the Official Perodua Website". 2001-07-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-07-19. Dicapai pada 2017-09-03.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  11. ^ "Welcome to the Official Perodua Website". 2002-10-16. Diarkibkan daripada yang asal pada 2002-10-16. Dicapai pada 2017-09-03.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)

Pautan luar sunting