Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu

Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (PATMA) merupakan cabang perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia yang ditubuhkan sejak 35 yang lalu berikutan tertubuhnya Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM) ataupun yang lebih dikenali sekarang ini dengan nama Institut Alam dan Tamadun Melayu. Perpustakaan ini telah pun beroperasi seawal tahun 1973, di mana ketika itu dinamakan sebagai Perpustakaan Cabang Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Perpustakaan Cabang IBKKM ini diwujudkan untuk menghimpunkan satu koleksi pengajian Melayu.

Perkara Maklumat
Nama Perpustakaan Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu, Perpustakaan ATMA, PATMA
Koleksi +- 73, 500 bahan (sehingga Disember 2010)
Keahlian 736 (2010), 885 (Jan-Ogos 2009), 1212 (2008)
Laman Web http://pkukmweb.ukm.my/~patma/ Diarkibkan 2009-07-25 di Wayback Machine
Katalog Dalam Talian (OPAC) http://gemilang.ukm.my/
Koleksi Digital UKM http://ptsldigital.ukm.my/
Pangkalan Data / Jurnal-e http://pkukmweb.ukm.my/~library/elektronik.htm Diarkibkan 2009-02-20 di Wayback Machine

Sejarah sunting

Satu Program Penyelidikan dan Dokumentasi telah dirancang oleh pengarah pertama institut ini, Profesor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas dan atas inisatif beliau inilah yang telah mendorong wujudnya perpustakaan dengan tujuan untuk mengumpul segala bahan-bahan berkaitan tamadun dan dunia Melayu. Seorang pustakawan telah dilantik pada tahun 1974 untuk membantu pencarian bahan-bahan yang dapat dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran di institut ini.

Pada awalnya sebanyak 30,000 naskhah buku telah diperoleh termasuk Koleksi Nadir sehinggalah tahun 1979. Bubu-buku berkaitan pengajian Melayu telah dibeli dari dalam dan luar Negara. Pada tahun 1982 pentadbiran perpustakaan cabang IBKKM ini telah diletakkan di bawah Perpustakaan Tun Seri Lanang. Sebanyak 12,000 naskhah daripada koleksi dipindahkan ke Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu.

Rujukan koleksi Melayu sunting

Antara koleksi perpustakaan yang menjadi sumber rujukan penting ialah Koleksi Khas iaitu koleksi Melayu dari seluruh nusantara dan dunia Melayu-Polinesia termasuk Koleksi Melayu Sri Lanka, Afrika Selatan, Koleksi Bahasa Melayu Surinam dan judul buku Bahasa Sunda yang menarik minat penyelidik luar.

Koleksi Saad Shukri contohnya, merupakan koleksi karya-karya Allahyarham Saad Shukri Haji Muda, yang merupakan seorang ahli politik, budayawan dan karyawan yang aktif di Kelantan pada tahun 1930an hingga 1960an. Koleksi ini mengandungi 43 naskhah kamus dan ensiklopedia dalam bidang politik, budaya dan bahasa yang masih dalam bentuk taipskrip.

Selain itu, Koleksi N.A. Halim pula adalah koleksi kepunyaan mantan Karyawan Tamu ATMA Allahyarham Abdul Halim Nasir yang telah diserahkan kepada Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu pada tahun 1992. Koleksi ini mengandungi pelbagai bentuk bahan termasuk bahan pandang dengar, antaranya 7,736 keping gambar, 7,983 keping slaid, 300 keping pelan, 150 keping peta dan kira-kira 1,092 judul buku, majalah dan karya-karya taipskrip dan manuskrip. Bahan koleksi N.A. Halim kebanyakannya mengenai seni bina Melayu, rumah, masjid, istana dan makam.

Wiramanja adalah nama pena Abdul Rahman Hanafiah, seorang Pensyarah Kanan, di Fakulti Perfileman, Universiti Teknolori MARA, Shah Alam. Beliau telah menyerahkan koleksinya kepada Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu pada tahun 1999. Koleksi ini mengandungi 600 keping cakera padat (CD) album lagu-lagu Melayu dan sedikit lagu-lagu asing, 300 naskhah buku, pita video, kaset-kaset rakaman dan karya peribadi yang berupa antologi puisi dan drama yang sebahagiannya telah diterbitkan oleh RTM.

Selain daripada itu, Koleksi Nadir ialah buku-buku Bahasa Belanda yang sangat penting untuk penyelidikan dan pada mereka yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan bahasa dan masyarakat Melayu pada abad ke-16. Selain itu,terdapat juga penulisan sastera klasik dalam versi Belanda.

Perpustakaan ATMA telah melaksanakan system berkomputer DOBIS-LIBIS dengan modul pengkatalogan, perkhidmatan katalog dalam talian OPAC dan modul sirkulasi pada 1994. Pencarian malumat melalu pengenalan data dalaman “Rangkaian Indeks Akhbar” (RIA) juga digunakan. Kini, dengan kemudahan Internet, pencarian bahan dapat dipercepatkan ketika Sistem Perpustakaan Bersepadu VIRTUA mula digunakan pada tahun 1999. Pada tahun 2003, Koleksi Digital UKM digunakan bagi kerja-kerja pengindeksan dan pembinaan pangkalan data berteks penuh.

Koleksi terkini Perpustakaan ATMA ialah sebanyak 74,001 terdiri daripada beberapa kategori koleksi iaitu Koleksi Am (Lokasinya di Aras 2), Koleksi Rujukan, Koleksi Multimedia dan Koleksi Khas (Lokasinya di Aras 3). Pengguna Perpustakaan boleh mengakses maklumat bahan-bahan daripada koleksi tersebut melalui katalog GEMILANG atau merujuk kepada Katalog Koleksi Melayu yang menyenaraikan lebih 30,000 entri bidang pengajian Melayu, atau Katalog Koleksi Bahasa Melayu yang khusus menyenaraikan buku-buku dalam bahasa Melayu.

Perkhidmatan & kemudahan sunting

Perpustakaan ini mengutamakan perkhidmatan kepada pascasiswazah dan ahli akademik. Bagaimanapun, perpustakaan dibuka untuk pelajar pra siswazah merujuk tiga hari seminggu (Isnin, Rabu dan Jumaat). Penggunaan perpustakaan ATMA semakin meningkat dari semasa ke semasa dengan keahlian tahun 2008 sebanyak 1212 merangkumi kakitangan akademik, kakitangan am, pascasiswazah, pra siswazah tahun akhir.

Perpustakaan ATMA boleh memuatkan kira-kira 50 pengguna dalam satu masa dan mempunyai 1 komputer untuk kemudahan capaian Internet dan 5 komputer untuk akses kepada katalog dalam talian Gemilang. Selain itu, perkhidmatan Wi-fi, kemudahan fotokopi, akhbar harian di ruang bacaan, bilik mesyuarat dan rak simpanan beg turut disediakan.

Antara aktiviti yang dianjurkan oleh Perpustakaan ATMA ialah pameran buku baru dan kulit buku baru, pameran bulanan bertema, dan Hari Bersama Pelanggan. Dengan adanya aktiviti ini, dapat mendedahkan kepada pelanggan tentang perkhidmatan yang diberikan, isu-isu semasa melalui pameran bertema serta memberitahu pelanggan tentang bahan-bahan yang terdapat dalam perpustakaan.

Kakitangan sunting

Kakitangan Perpustakaan ATMA pada tahun 1982 terdiri daripada seorang pegawai dan dua orang penyemak perpustakaan dan kemudiannya ditambah lagi tiga kakitangan sebagai penyemak, pembantu dan jurutaip. Sehingga kini, jumlah semua kakitangan adalah 10 orang. Kakitangan pada tahun 2016 merangkumi seorang ketua iaitu Pustakawan S48, dua orang Pustakawan S44, dua Pembantu Perpustakaan Kanan S22, empat orang Pembantu Perpustakaan S17, dan seorang Pembantu Operasi N11.

Kakitangan Perpustakaan ATMA (2015)
Jawatan Gred Jumlah
Pustakawan S48 1
Pustakawan S44 2
Pembantu Perpustakaan Kanan (KUP) S22 2
Pembantu Perpustakaan S17 4
Pembantu Operasi N11 1

Lihat juga sunting