Perpustakaan Kuala Lumpur

Perpustakaan Kuala Lumpur Dataran Merdeka (English: Kuala Lumpur Library) merupakan Perpustakaan Utama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Perpustakaan Kuala Lumpur juga mempunyai 13 rangkaian cawangan disekitar Kuala Lumpur.

Perpustakaan Kuala Lumpur
Maklumat umum
JenisPerpustakaan awam
Ditubuhkan1989 Sunting ini di Wikidata
No. telefon+603-26123500
Laman sesawangkllibrary.dbkl.gov.my/client/en_US/pkl Sunting ini di Wikidata
Pengurusan
PengarahRosidah Binti Ismail
Lokasi
Map
Koordinat3°08′51″N 101°41′34″E / 3.14754°N 101.69281°E / 3.14754; 101.69281Koordinat: 3°08′51″N 101°41′34″E / 3.14754°N 101.69281°E / 3.14754; 101.69281
Negara Malaysia
Lokasi1, Jalan Raja, Dataran Merdeka 50050, Kuala Lumpur
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar Belakang sunting

Perpustakaan Kuala Lumpur bermula dengan penubuhan Pustaka Bimbingan Kanak-Kanak pada tahun 1977 di Jalan Tun Razak. Pada tahun 1981, sebuah lagi cawangan telah dibuka di Taman Tun Dr. Ismail, kedua-dua perpustakaan ini ditubuhkan khas untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ketiga iaitu Tan Sri Dato' Elyas Omar telah merasmikan Pustaka Peringatan Kuala Lumpur pada 29 Mac 1989 sebagai sebuah perpustakaan awam dan mini muzium sejarah Kuala Lumpur untuk warga kota. Ia kemudiannya ditukar nama kepada Perpustakaan Kuala Lumpur pada tahun 2000 untuk memperlihatkan peranan sebuah perpustakaan menghadapi perubahan yang drastik di alaf baru. Kini Perpustakaan Kuala Lumpur bersedia memberi perkhidmatan di bangunan yang telah diduduki semenjak tahun 2004.

Rangkaian Cawangan sunting

  1. Pustaka KL @ Taman Tun Dr Ismail
  2. Pustaka KL @ Medan Idaman
  3. Pustaka KL @ Lembah Pantai
  4. Pustaka KL @ Muhibbah
  5. Pustaka KL @ Bandar Baru Sentul
  6. Pustaka KL @ Pudu Sentral
  7. Pustaka KL @ Setiawangsa
  8. Pustaka KL @ Bandar Tun Razak
  9. Pustaka KL @ Desa Tun Razak
  10. Pustaka KL @ Gombak Setia
  11. Pustaka KL @ Sri Sabah
  12. Pustaka KL @ Sri Pantai
  13. Pustaka KL @ Jelatek

Alamat sunting

Perpustakaan Kuala Lumpur
No. 1, Jalan Raja,
50050 Kuala Lumpur
tel : 03-26123500
faks: 03-2693 7313
emel: kllibrary@dbkl.gov.my

Keahlian Perpustakaan sunting

Keahlian Perpustakaan Kuala Lumpur adalah PERCUMA kepada mereka yang berumur seawal usia 4 tahun dan menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kawasan berhampiran.

Koleksi sunting

  • Koleksi Umum
  • Koleksi Kuala Lumpur (KLRC)
  • Koleksi Ekonomi & Perniagaan
  • Koleksi Masakan
  • Koleksi Muzik & Kesenian
  • Koleksi Sasterawan Negara
  • Koleksi Anugerah Khas
  • Koleksi Audio Visual
  • Koleksi E-Buku & E-Majalah

Perkhidmatan & Kemudahan sunting

  • Peminjaman dan Pemulangan
  • Mesin Peminjaman dan Pemulangan Layan Diri
  • Bilik Kreatif
  • Bilik dan Ruang Interaktif (Perpustakaan Kanak-Kanak)
  • D'Studio
  • De Cube
  • Komputer dan Internet
  • Wifi Percuma

Pautan Luar sunting

Lihat juga sunting