Perpustakaan Daerah Tutong

perpustakaan awam di Tutong, Brunei
(Dilencongkan dari Perpustakaan Tutong)

Perpustakaan Daerah Tutong (juga Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Tutong) merupakan sebuah perpustakaan awam yang terletak di Pekan Tutong, Brunei. Ianya adalah salah satu perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, dan satu-satunya perpustakaan awam di Daerah Tutong.

Sejarah sunting

Perpustakaan Daerah Tutong ditubuhkan pada 1 September 1975 dan pada awal penubuhannya ditempatkan sementara di bekas bilik bacaan Jabatan Penyiaran dan Penerangan di daerah tersebut.[1] Pada 9 Mei 1975 bangunan kekal yang ada sekarang mula dibina dan siap pada tahun 1992. Bangunan baru tersebut telah dibuka rasmi pada 21 Julai 1992 oleh Sultan Hassanal Bolkiah sempena sambutan hari keputeraan baginda ke-46 tahun di Daerah Tutong.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Perpustakaan Daerah Tutong". www.dbplibrary.gov.bn. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-31. Dicapai pada 2018-01-03. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)