Perpustakaan digital

pangkalan data dalam talian objek digital disimpan dalam bentuk media elektronik dan dapat dicapai melalui komputer

Perpustakaan digital merupakan perpustakaan di mana sebahagian besar sumber terdapat dalam format yang boleh dicapai mesin (berbanding cetakan atau filem mikro), dicapai melalui komputer. Kandungan digital boleh disimpan di situ atau dicapai melalui jaringan komputer. Layanan atau dalam Bahasa Inggeris "service" merupakan bahagian yang terpenting dalam mengembangkan perpustakaan. Kerana perpustakaan yang berkualiti dapat dilihat dari layanan yang tersedia di perpustakaan tersebut. Layanan di perpustakaan pada saat ini diharapkan mengikuti perkembangan teknologi informasi.[1]

Dalam perpustakaan, proses pendigitalan bermula dengan katalog, kepada index berkala (periodical indexes) dan khidmat abstrak, dan kemudiannya kepada (periodicals) dan buku rujukan besar, dan akhirnya pada penerbitan buku. Sebahagian perpustakaan digital yang paling berjaya dan terbesar adalah Wayback Machine, dan Internet Archive.

Kelebihan

sunting

Perpustakaan tradisi terhad oleh ruang yang ada, perpustakaan digital mempunyai potensi untuk menyimpan lebih banyak maklumat, disebabkan maklumat digital memerlukan sedikit ruang untuk disimpan. Dengan itu, kos mengekalkan perpustakaan digital adalah jauh lebih rendah berbanding perpustakaan tradisi. Perpustakaan tradisi perlu mengeluarkan kos yang tinggi bagi membayar kaki tangan, menyelenggara buku, sewa, dan buku tambahan. Perpustakaan digital tidak memerlukan kesemua ini.

Perkembangan teknologi komunikasi dan informasi secara bertahap mengubah model operasi kerja dan layanan di semua aspek. Dalam bidang perpustakaan dan informasi, evolusi teknologi telah menyebabkan pergeseran perpustakaan dari perpustakaan dengan konsep tradisional ke perpustakaan dengan konsep digital. Pergeseran tersebut sekaligus menyebabkan perubahan paradigma cara berfikir manusia, yaitu paradigma di mana orang dapat mengakses dan berinteraksi dengan layanan perpustakaan dan informasi dari manapun dan bila-bila masa pun.[2]

Perpustakaan digital boleh menggunakan ciptaan dalam teknologi serta merta untuk memberikan pengguna dengan peningkatan dalam teknologi eletronik dan buku bunyi dan juga sebagai mebentangkan bentuk baru komunikasi seperti wiki dan blog.

  • Tiada sempadan fizikal. Pengguna perpustakaan digital tidak perlu pergi ke perpustakaan, orang seluruh dunia boleh mencapai maklumat yang sama, selagi sambungan Internet tersedia.
  • Tersedia sepanjang masa. Kelebihan perpustakaan digital adalah orang seluruh dunia boleh mencapai maklumat sepanjang masa, selagi sambungan Internet tersedia.
  • Capaian banyak. Sumber yang sama boleh digunakan pada masa yang sama oleh sejumlah pengguna.
  • Pendekatan berstruktur. Perpustakaan digital memberikan capaian kepada kandungan yang lebih kaya dalam bentuk yang lebih berstruktur, contohnya. kita boleh beralih daripada katalog kepada buku tertentu kepada bab tertentu dan sebagainya.
  • Capaian maklumat. Pengguna mampu menggunakan pelbagai istilah carian berkaitan dengan perkataan atau ayat bagi keseluruhan perpustakaan. Perpustakaan digital boleh memberikan antara muka yang mudah, memberikan capaian boleh klik pada sumbernya.
  • Pengekalan dan penyimpanan. Salinan tepat dengan sumber asal boleh dihasilkan tanpa had tanpa mengurangkan mutu.
  • Ruang. Di mana perpustakaan tradisi terhad oleh ruang simpanan, perpustakaan digital mempunyai potensi untuk menyimpan lebih banyak maklumat, hanya disebabkan maklumat digital memerlukan sedikit ruang fizikal untuk menyimpannya. Apabila perpustakaan kehabisan ruang, pendigitalan merupakan satu-satunya penyelesaian.
  • Jaringan. Perpustakaan digital tertentu boleh menyediakan pautan kepada sumber perpustakaan digital lain dengan mudah, dengan itu menggabungkan perkongsian sumber dapat dicapai.
  • Kos. Secara teori, kos mengekalkan perpustakaan digital adalah ;ebih rendah berbanding perpustakaan tradisi.

Perpustakaan tradisi perlu mengeluarkan kos yang tinggi bagi membayar kaki tangan, menyelenggara buku, sewa, dan buku tambahan. Walaupun perpustakaan digital tidak memerlukan kesemua ini, ia di dapati bahawa perpustakaan digital mampu dan meningkatkan kos bagi menukar bahan cetak keformat digital, dan bagi kaki-tangan teknikal mahir untuk menyelenggarakannya, dan kos menyelenggarakan capaian dalam talian (contoh. pelayan, kos jalur lebar, dll.). Juga maklumat dalam perpustakaan digital sering kali "berpindah" setiap beberapa tahun kepada bentuk media terkini. Proses ini mampu meningkatkan kos yang besar dari segi parkakasan dan kaki-tangan yang mahir. (Lihat pindahan data (data migration)).

Kekurangan

sunting

Sesetengah orang mengkritik perpustakaan digital terhad oleh undang-undang hakcipta, kerana penulisan tidak boleh dikongsi melalui tempoh berlainan dalam bentuk perpustakaan tradisi. Kandungan ini, dalam kebanyakan kes, public domain atau kandungan dihasilkan sendiri sahaja. Sesetengah perpustakaan digital, seperti Projek Gutenberg, berusaha untuk mendigitalkan terbitan lepas hakcipta dan menawarkan ia secara bebas kepada umum. Anggaran jumlah buku dalam katalog perpustakaan dari 2000B.C. hingga 1960, tersedia di [1].

Perpustakaan digital tidak mampu menghasilkan persekitaran sama seperti perpustakaan tradisi. Ramai orang turut mendapai bahawa membaca bahan bercetak lebih mudah berbanding membaca bahan pada skrin komputer walaupun ini bergantung kepada paparan termasuk juga kecenderungan seseorang [2]. Juga akibat perkembangan teknologi, perpustakaan digital mendapati sesetengah bahan menjadi usang dan datanya tidak dapat dicapai.

Repositori Akademik

sunting

Kebanyakan perpustakaan akademik terbabit secara aktif dalam membina institutional repositories bagi buku, kertas kerja dan sebarang terbitan lain yang boleh didigitalkan oleh institusi. Kebanyakan repositori ini tersedia bagi masyarakan akademik atau orang awam. Repositori institusi sering kali dirujuk sebagai perpustakaan digital.

Masa hadapan

sunting

Projek pendigitalan secara besar-besar sedang dijalankan di Google, Projek Sejuta Buku (Million Book Project), MSN, dan Yahoo. Dengan peningkatan berterusan dalam pengendalian buku dan teknologi persembahan seperti Optical Character Recognition dan Ebooks, dan banyak simpanan pilihan lain dan model business, perpustakaan digital berkembang pesat dalam populariti sebagaimana ditunjukkan oleh usaha Google, Yahoo, dan MSN. Dan dengan usaha perpustakaan dalam kumpulan bunyi dan video, begitu juga perpustakaan digital seperti Internet Archive.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Hutasoit, Hildayati Raudah (2012). "Perpustakaan Digital Perpustakaan Mas Depan" (PDF). Jurnal Iqra'.
  2. ^ Tjiptasari, Fitriana (2022). [file:///C:/Users/User/Downloads/4575-Article%20Text-22233-2-10-20220630.pdf "Perkembangan Perpustakaan Tradisional Menuju Digital"] Check |url= value (bantuan) (PDF). Media Informasi. volume 31 – melalui Perpustakaan Fakultas Ilmu Pendidikan, Universitas Negeri Yogyakarta, Yogyakarta. |volume= has extra text (bantuan)

Pautan luar

sunting