Persatuan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Jemaah

Persatuan Alumni SMK Tengku Ampuan Jemaah (Alumni STAJ) (PPM-015-10-22052013) merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan untuk mengumpul bekas-bekas pelajar SMK Tengku Ampuan Jemaah (STAJ) sejak sekolah tersebut ditubuhkan hingga kini.[1] Sehingga kini, jumlah bekas pelajar yang dianggarkan adalah seramai 50,000 orang.

Persatuan Alumni
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Jemaah
(Alumni STAJ)
Maklumat am
JenisNGO
No. pendaftaranPPM-015-10-22052013
Ibu pejabatSMK Tengku Ampuan Jemaah
Jalan Pandamaran
42000 Pelabuhan Klang
Selangor Darul Ehsan
Penubuhan
PengasasAllahyarham Mohd Dzur bin Abdul Rahman
Muhammad Akmal Ridzuan Abd Rahim
Mohd Sajali Mohd Subari
Mohd Yusof Hashim
Identiti
Orang pentingAhmad Mansor Sa Abu Hassan (Pengerusi)
FokusPembangunan SMK Tengku Ampuan Jemaah
Laman sesawangalumnistaj.org
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah Penubuhan sunting

Alumni STAJ telah mula diasaskan secara tidak rasmi pada bulan Mac 2011 oleh empat (4) individu iaitu Allahyarham Mohd Dzur bin Abdul Rahman (Pengetua), Muhammad Akmal Ridzuan bin Abd Rahim (Alumni SPM 2010), Mohd Sajali bin Mohd Subari (Guru) dan Yusof bin Hashim (YDP PIBG). Sewaktu cadangan penubuhan persatuan diutarakan, terdapat lebih daripada tiga (3) persatuan berkaitan (persatuan alumni/bekas pelajar/murid tua) telah ditubuhkan dan didaftar sejak penubuhan sekolah tersebut. Namun begitu, kesemua persatuan tersebut telah ditinggalkan begitu sahaja atas beberapa kekangan seperti kekangan masa, keterbatasan perhubungan untuk melibatkan semua tahun-tahun bekas pelajar di STAJ.

Dalam tempoh 2 tahun dengan syarat-syarat Pendaftar Pertubuhan yang perlu dipatuhi termasuk memansuhkan semua kelab-kelab dan persatuan-persatuan yang lama berdaftar atas nama SMK Tengku Ampuan Jemaah, akhirnya Persatuan Alumni SMK Tengku Ampuan Jemaah diluluskan pendaftarannya pada 22 Mei 2013 oleh Dato’ Abdul Rahman bin Othman, Pendaftar Pertubuhan Malaysia secara rasminya yang dialamatkan di SMK Tengku Ampuan Jemaah, Jalan Padamaran, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan. Jawatankuasa Protem Penubuhan Persatuan ini telah dipengerusikan oleh Encik Samad Johari (alumni SPM 1976).

Ahli Jawatankuasa sunting

Ahli Jawatankuasa 2016-2018 sunting

Ahli Jawatankuasa Pusat sunting

Jawatan Nama
Pengerusi Ahmad Mansor Sa Abu Hassan
Timbalan Pengerusi Mohd Izhar Hazim
Pemangku Setiausaha Md Khairul Anuwar Miskan
Pemangku Penolong Setiausaha Zaharah Asman
Pemangku Bendahari Md Raisul Idris
Penolong Bendahari Azizan Ibrahim
Penolong Setiausaha II Norasmatazikin Said
Pegawai Perhubungan Korporat Siti Hazanoly Mohd Hashim
Setiausaha Perlembagaan Muhammad Akmal Ridzuan Abd Rahim
Koordinator Projek Mohd Rafi Othman
JK Program Kerohanian Noraini Mohd
JK Kebajikan Sarana Rahimah Md Noor
JK Media Sosial Eda Eslena Esam (meninggal dunia)
JK Tugas-Tugas Khas Noraida Wagiman

Ahli Jawatankuasa Sokongan sunting

Jawatan Nama
Pengurus Projek PPBSTAJ 2018-2026 Mohd Wizani Mohamed Wali
Penolong Pengurus Projek PPBSTAJ 2018-2026 Dato' Chew Chee Hung
JK Kebajikan Ahli Azlina Amran

Ahli Jawatankuasa 2014-2016 sunting

Jawatan Nama
Pengerusi Aminuddin Abu Hassan
Timbalan Pengerusi Mohd Izhar Hazim
Setiausaha Muhammad Akmal Ridzuan Abd Rahim
Penolong Setiausaha Siti Hawa Hashim
Bendahari Azizul Baharin
Penolong Bendahari Zuraidah Abu Hassan
Ahli Jawatankuasa Mohd Yusof Hashim

Abdul Samad Ismail

Ahmad Mansor Sa Abu Hassan

Azizan Ibrahim

Nixon Wong Fah Kim

Azlina Amran

Senarai Aktiviti sunting

Bil Nama Aktiviti Tarikh Tempat
1 Back to School 22 Jun 2014 SMK Tengku Ampuan Jemaah
2 Sambutan Jubli Emas 50 Tahun SMKTAJ

Dirasmikan oleh: YB P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan

24 Januari 2017 SMK Tengku Ampuan Jemaah
3 41 Years Reunion for Ukhwah Alumni 1972 - 1976 4 Februari 2017 Hotel Aliya, Klang
4 35 Tahun Reunion & Gotong Royong Alumni 9 Februari 2017 SMK Tengku Ampuan Jemaah
5 Earth (Beach) Rescuer 5.0 17 April 2017 Pulau Intan, Tanjung Tuan
6 Bersih Bakau bersama Raja Muda Selangor [2]

Disempurnakan oleh: DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah

22 April 2017 Pulau Ketam, Pelabuhan Klang
7 Sambutan Hari Guru 2017 18 Mei 2017 SMK Tengku Ampuan Jemaah
8 Perayaan Tahunan (Chitra Pournami) - Reunion Alumni  1980 - 1986 26 Mei 2017 SMK Tengku Ampuan Jemaah
9 Sambutan Hari Raya Perdana SMKTAJ 2017 14 Julai 2017 SMK Tengku Ampuan Jemaah
10 Earth Rescuer 21 Ogos 2017 Zoo Negara
11 Majlis Pelancaran Rejuvenasi STAJ 2018

Disempurnakan oleh: DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin

1 Mac 2018 SMK Tengku Ampuan Jemaah

Fokus sunting

2017 : Sambutan 50 Tahun Jubli Emas SMK Tengku Ampuan Jemaah sunting

Sambutan Jubli Emas STAJ telah berjaya dijalankan dengan jayanya sepanjang tahun 2017. Pelancaran sambutan tersebut telah dilancarkan secara rasmi oleh YB P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan pada 24 Januari 2017. Pelbagai acara telah dijalankan sepanjang tahun 2017 sempena sambutan jubli emas ini.

2018 : Rejuvenasi STAJ 2018 sunting

Kesinambungan daripada sambutan jubli emas STAJ pada tahun 2017, Alumni STAJ memberi fokus yang lebih komprehensif bermula tahun 2018 dengan mengemukakan cadangan Pelan Pembangunan Bersepadu STAJ (PPBSTAJ) 2018-2026 yang memakan masa selama 8 tahun dan memberi fokus kepada pembinaan sebuah kompleks sukan dan stadium mini, sebuah kafeteria moden dan sebuah bangunan pentadbiran satelit. DYMM Tengku Permaisuri Norashikin yang merupakan Tengku Permaisuri Selangor telah berkenan melancarkan Rejuvenasi STAJ 2018 dan PPBSTAJ pada 1 Mac 2018 di SMK Tengku Ampuan Jemaah.

Rujukan sunting

  1. ^ Rejuvenasi STAJ 2018 bakal perkasa SMKTAJ, Berita Harian, Khamis, 1 March 2018
  2. ^ Raja Muda Selangor tanam pokok bakau., Berita Harian, Oleh Siraj Md Zaini

Pautan luar sunting