Persatuan Bekas-bekas Wakil Rakyat UMNO

Persatuan Bekas-bekas Wakil Rakyat UMNO (Penawar) adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili suara dan kepentingan bekas wakil rakyat dari parti UMNO.Pengerusi Penawar ialah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin. Beliau merupakan bekas Ahli Parlimen Shah Alam dan bekas setiausaha politik Dr Mahathir. Penawar ditubuhkan pada Disember 2009.

Antara penggerak Penawar ialah Datuk Mokhtar Hashim , Mohd Tamrin Tun Abdul Ghafar iaitu anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Ghafar Baba dan abang kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Abdul Aziz Yassin.

Nafi desak Najib Undur sunting

Pada 10 September 2011, bekas Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad menafikan terlibat dalam menggerakkan usaha memaksa Najib Razak berundur dari jawatan perdana menteri.Sebelum ini beliau dituduh di belakang Perkasa yang diketuai oleh Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali. Beliau hanya penaung Perkasa dan bukan ahli Perkasa.

Aziz Shamsuddin juga menafikan laporan blog bahawa Penawar mendesak Najib berundur dari Presiden UMNO kerana terlalu lemah dan tidak dapat menyelesaikan beberapa masalah termasuk masalah negara.[1]

Rujukan sunting