Persatuan Belia Islam Nasional

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) (Jawi: ڤرساتوان بليا إسلام ناسيونل; Arab: جمعية الشباب الإسلامي الوطنى‎; Inggeris: National Islamic Youth Organization) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan juga merupakan antara pertubuhan belia Islam di Malaysia. Ditubuhkan pada September 2006 di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. PEMBINA mempunyai 17 cawangan aktif di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. [1]

Persatuan Belia Islam Nasional
Logo rasmi PEMBINA
Penubuhan
Pengasasfarhan abdul aziz ISMA
AsalMalaysiaMalaysia
Identiti
Kawasan berkhidmatMalaysiaMalaysia
FokusBelia
Mahasiswa
MotoMeneraju Arus Mahasiswa
Laman sesawangpembina.com.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Matlamat & Cabaran

sunting

PEMBINA menyatakan bahawa matlamat penubuhan pertubuhan ialah untuk mengumpul tenaga belia Islam secara positif demi kemakmuran negara melalui usaha berterusan dalam membangun sahsiah dan jatidiri secara bersepadu dan menyeluruh. PEMBINA memfokuskan gerak kerja kepada pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta[1].

Visi, misi & objektif

sunting

Matlamat penubuhan

sunting

Matlamat utama penubuhan PEMBINA adalah untuk menggembeleng tenaga golongan belia Islam Malaysia secara positif demi kemakmuran negara, melalui usaha berterusan dalam membangun syakhsiah dan jatidiri belia, serta gerak kerja kemasyarakatan yang mesra, bersepadu dan tersusun. Sejak penubuhannya, PEMBINA secara aktif terlibat dengan aktivisme belia, khususnya dikalangan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta.

Cabaran Penyediaan Generasi Baru

sunting

PEMBINA optimis bahawa golongan belia Islam di Malaysia secara umumnya memiliki potensi untuk menjadi bangsa yang hebat, walaupun sering dikaitkan dengan masalah-masalah sosial dan krisis identiti. Apa yang perlu dilakukan adalah kembali menghayati Islam sebagai cara hidup, memahami peranan dan tanggungjawab sebagai seorang Muslim, serta bersungguh-sungguh malaksanakan Islam dalam kehidupan. Inilah mesej yang ingin dibawa oleh PEMBINA kepada masyarakat.

Slogan

sunting

Kepimpinan Pusat

sunting

Secara umumnya, PEMBINA sama ada di peringkat pusat mahupun di peringkat cawangan diterajui oleh campuran di antara generasi belia yang sudah bekerja dan generasi belia yang masih belajar di institusi pengajian tinggi.[2]

Jawatankuasa Pusat

sunting

PEMBINA dipimpin oleh Ibrahim Bin Mohd Hasan sebagai presiden untuk sesi 2012/2013.

Jawatan Nama
Presiden Ibrahim Bin Mohd Hasan
Timbalan Presiden Azril Hanafi Bin Abdullah Sharwani
Naib Presiden 1 (Penerangan) Abdul Hakim Bin Adzman
Naib Presiden 2 (Ketua Beliawanis) Norhamimah Bt Ibrahim
Setiausaha Agung Salman Bin Abdul Rahman
Timbalan Setiausaha Anis Sakinah Bt Rosli
Bendahari Hidayah Bt Jasmi
JK Politik Kampus Muhammad Uzair Izzat Amir Bin Muhammad
JK Kajian Dan Informasi Muhammad Aiman Bin Ahmad Faudzi
JK Media Nurnaima Bt Zainuddin
JK Pembangunan Organisasi Roszida Bt Kamaruddin

Kepimpinan peringkat cawangan

sunting

PEMBINA mempunyai cawangan di seluruh negeri di Malaysia[3].

Jawatankuasa cawangan

sunting
Cawangan Pengerusi Ketua Beliawanis
Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak Ahmad Khairi Bin Zazali Nurul Izzati Binti Othman
Gombak
Kuala Lumpur Mohamad Nurza'im bin Ab. Sota Nur aqilah zainurdin
Bangi Mohd Azlan Mariam Malek
Shah Alam
Klang
Melaka
Negeri Sembilan Muhammad Mabrur bin Ahmad Khairunnisa binti Ramli
Johor
Kelantan
Kuala Terengganu Kamarul Azizan bin Abd Raman Tasnim bt Abdul Rahman
Dungun
Kemaman
Pahang Abdul Rahman Salimin
Sabah
Sarawak

Lagu rasmi PEMBINA

sunting

Tajuk: Bersatu Belia
Lagu/lirik: Fuad FETYA [4].

Dengan nama Allah Yang Perkasa
Di sana berdiri pemuda
Kekuatan di tangan kita
Mengangkat nusa dan bangsa
Cita-cita kita yang suci
Menjadi inspirasi
Tertegak daulah yang tinggi
PEMBINA membangun negeri
Teraju umat sejahtera
Peninggi nilai jiwa
Membangun seluruh buminya
Untuk redho Tuhannya
PEMBINA menjulang tinggi
Sifat belia sejati
Berwawasan bercita murni
Di bawah naungan Ilahi
Semarak kita melangkah
Mengibar panji medeka
Risalah Nabi dibaca
Malaysia kita berjaya
Semaikanlah bakti dan budi
Walau di mana berdiri
Dengan jiwa resmi padi
Kita bersatu hati
Bersatulah Belia Islam Nasional

PEMBINA di IPT

sunting

PEMBINA mempunyai beberapa cawangan di beberapa institusi pengajian tinggi di Malaysia. Namun begitu, PEMBINA di IPT bergerak aktif sebagai sebuah kelab ataupun persatuan pelajar yang masih di bawah kawalan pengurusan IPT tersebut.

Pembangunan jatidiri

sunting

Aktivisme Mahasiswa

sunting

Isu-isu belia

sunting

PEMBINA dalam media perdana

sunting

Walaupun PEMBINA dilaporkan mula bergerak aktif seawal penubuhannya pada tahun 2006, kewujudan PEMBINA belum dirasai seperti pertubuhan belia sedia ada seperti ABIM dan GPMS. PEMBINA mula mendapat tempat di mata masyarakat khususnya golongan belia pada tahun 2009 melalui penganjuran Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis. Dr. Azzam Tamimi, seorang aktivis politik dan ahli akademik Palestin merupakan antara panelis jemputan yang hadir [5]. Konvensyen yang dianjur bersama oleh Aman Palestin ini diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur telah berjaya menarik 3000 orang belia sebagai peserta.

PEMBINA mula dilihat mendapat tempat dalam media perdana apabila terlibat secara langsung dalam penganjuran Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) di Stadium Melawati Shah Alam pada tahun 2011[6]. PEMBINA menjadi badan utama yang membawa para belia dari seluruh Malaysia untuk hadir ke program ini[7]. Sepanduk berlogo PEMBINA memenuhi ruang stadium[8]. Presiden PEMBINA juga diberi peluang memberi pidato pada majlis tersebut[9].

Merdeka Review melaporkan bahawa PEMBINA bersama-sama pertubuhan belia yang lain telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengecam tindakan polis yang tidak profesional sewaktu meleraikan Himpunan Kebebasan Akademik 2011 di perkarangan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak berikutan penangkapan Adam Adli yang menurunkan bendera Perdana Menteri Malaysia di PWTC[10]. Namun begitu, PEMBINA menafikan terlibat sama dalam mengeluarkan kenyataan tersebut dengan menyatakan berlaku salah faham maklumat yang diberikan kepada GAMIS yang mewakili gerakan mahasiswa yang mengeluarkan kenyataan tersebut[11].

PEMBINA dan ISMA

sunting

Affliasi

sunting

Rujukan

sunting

Pautan Luar

sunting