Persatuan Bola Sepak Malaysia

Persatuan Bola Sepak Malaysia (bahasa Inggeris: Football Association of Malaysia) (singkatan: FAM) ialah sebuah badan organisasi yang mengurus dan mentadbir aktiviti berkaitan sukan bola sepak, futsal dan bola sepak pantai di dalam Malaysia. FAM telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1933 sebagai Persatuan Bola Sepak Malaya, selepas penjenamaan semula Malayan Football Association (MFA), dengan Sir Andrew Caldecott dipilih sebagai Presiden FAM pertama. Ibu pejabat FAM dikenali sebagai Wisma FAM, terletak di Kelana Jaya, Selangor.

Persatuan Bola Sepak Malaysia
ڤرساتوان بولا سيڤق مليسيا
Football Association of Malaysia
Kerangka
KependekanFAM
Jenis/bentuk sahPersekutuan bola sepak Sunting ini di Wikidata
Status undang-undangBeroperasi
TujuanMenyelia aktiviti sukan berkaitan bola sepak, futsal dan bola sepak pantai
BidangSukan
Anggota bagiKonfederasi Bola Sepak Asia, FIFA, Persekutuan Bola Sepak ASEAN Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.fam.org.my Sunting ini di Wikidata
Sejarah
PendahuluFootball Association of Malaya
Ditubuhkan1933; 91 tahun yang lalu (1933)
Pengurusan
Setiausaha agungNoor Azman bin Hj Rahman
PresidenDatuk Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin
Tokoh penting
Organisasi indukFIFA
Lokasi
Map
Ibu pejabatWisma FAM
Lokasi
Koordinat3°05′42″N 101°36′20″E / 3.095020°N 101.605478°E / 3.095020; 101.605478
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

FAM juga bertanggungjawab dalam menyediakan dan menguruskan pasukan kebangsaan Malaysia. Bagi sukan bola sepak, terdapat dua pasukan kebangsaan yang dikendalikan FAM, yang digelar sebagai Harimau Malaya untuk pasukan lelaki dan Malayan Tigress[1] untuk pasukan wanita. Selain bola sepak, FAM juga mengendalikan pasukan kebangsaan Malaysia dalam sukan bola sepak pantai[2] dan futsal[3] dalam acara domestik atau kejohanan antarabangsa.

Setakat tahun 2022, FAM memiliki ahli gabungan seramai 14 persatuan bola sepak di peringkat negeri dan enam persatuan bola sepak selain negeri.


Sejarah sunting

Sebelum kemerdekaan sunting

Bola sepak merupakan sukan yang diperkenalkan di era penjajahan British di Tanah Melayu. Semasa penjajahan British, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura diletakkan dalam satu pentadbiran Negeri-negeri Selat[4], di mana Singapura merupakan ibu pentadbiran kerajaan British ini. Terdapat ramai di kalangan orang Eropah menetap di dalam kawasan pentadbiran Negeri Selat antaranya ialah pedagang British, ejen undang-undang dan pengamal media[5]. Di peringkat awal, banyak kelab sukan dan rekreasi ditubuhkan di kalangan mereka. Masyarakat tempatan seperti kaum Melayu dan Cina pula mula menubuhkan kelab bola sepak masing-masing setelah mereka didedahkan dengan bola sepak yang dimainkan di Eropah[6].

Pada bulan Januari 1921, kapal perang British berkelas Queen Elizabeth, HMS Malaya[7] berlabuh di beberapa lokasi, antaranya di Port Swettenham (kini Pelabuhan Klang), Singapura, Melaka, Pulau Pinang dan Port Dickson[7]. Semasa berlabuh, krew-krew kapal mengadakan siri perlawanan persahabatan bola sepak dan ragbi menentang kelab-kelab tempatan[8]. Selepas tiga bulan, Kapten H. T. Buller yang merupakan kapten kapal HMS Malaya menghantar sepucuk surat kepada ketua setiausaha kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu atas layanan baik yang diterima oleh krew-krew kapal sepanjang mereka berada di Tanah Melayu[7], serta dua buah trofi bertatahkan perak bagi kegunaan pertandingan bola sepak dan ragbi di peringkat domestik. Kebanyakan kelab bola sepak pada ketika itu bergabung untuk membentuk satu jawatankuasa yang akan menganjurkan kejohanan bola sepak bagi merebut trofi ini[8]. Kapten Buller mencadangkan kejohanan yang akan dianjurkan ini diberi nama Piala HMS Malaya.

 
Sir Andrew Caldecott merupakan Presiden FAM pertama yang dilantik pada tahun 1932.

Pada tahun 1926, terdapat keperluan untuk membentuk sebuah pasukan kebangsaan Malaya bagi memenuhi jemputan perlawanan persahabatan menentang pasukan Australia yang melawat Singapura pada ketika itu[8]. Wakil-wakil dari persatuan bola sepak negeri Selangor, Singapura, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka bergabung untuk menubuhkan Malayan Football Association (MFA)[9]. Presiden MFA pertama ialah John Middleton Sime, seorang akauntan dari negara Scotland, datang daripada keluarga yang mengasaskan syarikat Sime Darby, dipilih pada 11 September 1926[9]. Perlawanan menentang pasukan Australia merupakan satu-satunya perlawanan di mana MFA terlibat dalam membentuk pasukan kebangsaan Malaya, kerana selepas itu tiada perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan kebangsaan.

Pada tahun 1932, MFA dijenamakan semula sebagai Football Association of Malaya (FAM). Presiden FAM pertama ialah Sir Andrew Caldecott, dan W. W. Dean dari Persatuan Bola Sepak Singapura dipilih sebagai Setiausaha Kehormat FAM pertama[10]. FAM pada ketika itu beroperasi dari Singapura[11]. Di awal penubuhan, FAM bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran pertandingan bola sepak Piala Malaya yang diadakan secara tahunan. Pemilihan presiden FAM adalah secara tahunan[10], di mana M. B. Shelley dipilih sebagai Presiden FAM tahun berikutnya, diikuti dengan Dr. J. S. Webster, S. D. Scott, R. Williamson dan Adrian Clark.

Pada tahun 1940, ibu pejabat dan pengurusan FAM berpindah secara rasmi ke Tanah Melayu[10]. Pada tahun yang sama juga, A. R. Singham dipilih sebagai Setiausaha Kehormat FAM menggantikan W. W. Dean, dan merupakan orang Asia pertama yang menggalas tanggungjawab tersebut. Walaupun Piala Malaya tidak dapat diadakan pada zaman Perang Dunia, A. R. Singham tetap memastikan FAM sentiasa bergerak aktif dan ini membolehkan beliau dipilih sekali lagi sebagai Setiausaha Kehormat FAM tahun-tahun berikutnya. Atas usaha Singham, Piala Malaya dihidupkan kembali pada tahun 1948[10].

Selepas Perang Dunia Kedua, J. E. King ditugaskan sebagai Presiden FAM baru, diikuti dengan H. P. Byson dan Dr. C. Rawson. Pada tahun 1951, Tunku Abdul Rahman dipilih sebagai Presiden FAM baru, selepas beliau dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor[12], dan merupakan orang Asia pertama yang menerajui kepimpinan FAM. Di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman, peranan FAM mula berkembang di dalam arena bola sepak di Tanah Melayu pada ketika itu. FAM juga aktif bertindak di belakang tabir dalam pembentukan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada tahun 1954.

Selepas kemerdekaan sunting

Pada bulan Februari 1957, Tunku Abdul Rahman merasmikan upacara perletakkan batu asas bagi pembinaan Stadium Merdeka di Kuala Lumpur[13]. Pembinaan Stadium Merdeka ini mengambil masa hanya 6 bulan sahaja bagi membolehkan acara Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu dapat diadakan pada 31 Ogos 1957[13]. Kepimpinan Tunku Abdul Rahman dalam FAM juga terserlah apabila beliau memperkenalkan kejohanan Pestabola Merdeka buat julung kalinya pada hari yang sama pemasyuran kemerdekaan diadakan[14]. Kejohanan Pestabola Merdeka ini merupakan kejohanan bola sepak yang menampilkan pasukan kebangsaan beraksi di Stadium Merdeka[14].

 
Stadium Merdeka merupakan ilham daripada Presiden FAM, Tunku Abdul Rahman.

Pada 1 Februari 1958, FAM melantik Choo Seng Quee sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaya, dengan gaji permulaan ditetapkan pada kadar $700 dengan kos perjalanan dan penginapan ditanggung sepenuhnya oleh FAM[15]. Setiausaha Kehormat FAM, Kwok Kin Keng menyatakan bahawa pihak FAM sudah menyiapkan kertas kerja untuk Seng Quee untuk 3 bulan pertama[15]. Di bawah Seng Quee, pasukan kebangsaan Malaya pada ketika itu memenangi kejohanan Pestabola Merdeka sebanyak tiga kali berturut-turut; 1958, 1959, dan 1960.

Pada bulan September 1958, FAM bercadang untuk membina ibu pejabat baru di Birch Road (kini Jalan Maharajalela[16]) di Kuala Lumpur. Bangunan tiga tingkat ini bakal menempatkan pejabat FAM, pejabat pegawai sukan dan penginapan yang mampu memuatkan kira-kira 40 orang pemain dalam satu-satu masa, manakala tingkat bawah pula akan disewakan bagi menampung kos operasi[17]. Bangunan FAM ini dikatakan terletak kira-kira 183 meter sahaja dari Stadium Merdeka.

Pada bulan Januari 1961, FAM menawarkan kontrak baru selama 2 tahun kepada Seng Quee[18]. Beliau menandatangani kontrak berkenaan setengah jam sebelum berlepas ke England untuk menghadiri kursus kejurulatihan selama lima bulan[18]. Menurut Tunku Abdul Rahman, langkah ini merupakan salah satu pelan FAM bagi meningkatkan mutu bola sepak di Tanah Melayu[19]. Di England, Seng Quee menjalani kursus kejurulatihannya bersama kelab bola sepak Burnley FC dan Sheffield FC. Sekembalinya ke Tanah Melayu, beliau membawa bersama dua buah trofi yang dihadiahkan oleh kelab-kelab tersebut[20]. Dua buah trofi ini kemudian diberi nama Piala Burnley dan Piala Sheffield. Piala Burnley diperkenalkan sebagai kejohanan bola sepak bawah 19 tahun, di mana kini ianya telah digantikan oleh Piala Presiden[20].

Atas saranan Tunku Abdul Rahman, bangunan FAM di Birch Road yang pada asalnya dibina setinggi tiga tingkat, kini memiliki ketinggian enam tingkat. Menurut beliau, kadar sewa untuk ruang yang lebih besar dijangka dapat membantu kewangan FAM pada masa sukar di kemudian hari. Pada 8 Disember 1961, Tunku Abdul Rahman merasmikan pembukaan pejabat FAM baru ini yang dikenali sebagai FAM House (Rumah FAM)[21]. Bangunan setinggi enam tingkat ini dibina dengan kos sebanyak $300,000, menempatkan pejabat FAM di tingkat lima dan enam, serta terdapat gimnasium di aras bumbung. Empat tingkat terbawah telah disewakan dengan kadar dua kali ganda berbanding kadar asal yang dirancang sebelum ini[21].

Pembentukan Malaysia sunting

Tahun 1960-an menyaksikan beberapa peristiwa berlaku yang berkait rapat dengan zaman pembangunan FAM pada ketika itu. Presiden FAM, Tunku Abdul Rahman mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura bergabung dan membentuk pasukan kebangsaan Malaysia bagi menghadapi perlawanan-perlawanan bola sepak di masa akan datang[22]. Beliau juga melahirkan harapan agar pasukan Malaysia ini dapat berentap dalam acara kelayakan Sukan Olimpik dan kejohanan Pestabola Merdeka untuk edisi 1963[22]. Namun begitu, terdapat hal-hal yang bersangkut paut dengan pembentukan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Persatuan Bola Sepak Amatur Singapura (SAFA) sebelum itu telah mendaftar pasukan bola sepak mereka sendiri untuk menyertai kelayakan Sukan Olimpik dalam acara bola sepak. Manakala, FAM pula berdepan dengan isu bilangan pasukan kebangsaan yang sedikit yang menyertai kejohanan Pestabola Merdeka, dan terdapat idea untuk menurunkan pasukan Malaya dan Singapura yang berasingan bagi meningkatkan jumlah pasukan yang bertanding.

Namun begitu, cadangan untuk membentuk pasukan kebangsaan Malaysia di antara FAM dan SAFA diteruskan juga, di mana FAM menghantar jemputan rasmi kepada SAFA pada bulan Jun 1963. Pada 15 Jun 1963, SAFA secara rasmi menerima jemputan FAM untuk menyertai pasukan kebangsaan Malaysia yang akan berentap dalam kejohanan Pestabola Merdeka untuk edisi 1963[23]. Dalam mesyuarat jawatankuasa SAFA itu juga, mereka bersetuju untuk menarik balik pendaftaran pasukan mereka dalam kelayakan Olimpik berdasarkan kepada keputusan undian yang dibuat; 14 menyokong usul manakala 1 menolak. Dengan sokongan padu terhadap usul ini, ini bermakna Singapura akan menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan menggunakan bendera Malaysia untuk mengambil bahagian dalam mana-mana kejohanan bola sepak yang akan diadakan di peringkat antarabangsa[23].

Selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, Football Association of Malaysia (Persatuan Bola Sepak Malaysia) (FAM) secara rasmi ditubuhkan pada November 1963, hasil daripada Kongres FAM (Football Association of Malaya) pada ketika itu[24].

Presiden sunting

Pada tahun 1951, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah dipilih sebagai Presiden FAM, setelah beliau dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor sebelum itu. Pada tahun 1974, kepimpinan FAM yang dikenali sebagai Football Association of Malaysia telah diambil alih oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak, di mana beliau hanya bertugas selama setahun sahaja. Satu-satunya orang perseorangan bertaraf Menteri yang pernah dipilih sebagai Presiden FAM ialah Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah yang pada ketika itu merupakan Menteri Perdagangan dan Perindustrian pada tahun 1975.

Pada tahun 1984, Sultan Haji Ahmad Shah, Sultan Pahang memegang tampuk kepimpinan FAM. Beliau merupakan sultan Melayu pertama yang dipilih sebagai Presiden FAM, sebelum ianya diambil alih oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah (2014-2017) dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail (2017-2018).

Nama Negara kelahiran Mula berkhidmat Tamat berkhidmat
Sir Andrew Caldecott   England 1933
Encik M. B. Shelley
Dr J.S. Webster
S.D. Scott
R. Williamson
J.E. King 1927
Adrian Clark 1940
H.P. Byson 1948
Dr C. Rawson 1958
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj   Tanah Melayu 1958 1974
Tun Abdul Razak bin Hussein   Tanah Melayu 1975 1976
Tan Sri Hamzah bin Dato' Abu Samah   Tanah Melayu 1976 1983
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah   Tanah Melayu 1984 2014
Tengku Abdullah ibni Tengku Ahmad Shah   Tanah Melayu 2014 2017
Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail   Malaysia 2017 2018
Datuk Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin   Malaysia 2018


Setiausaha Agung sunting

Nama Mula berkhidmat Tamat berkhidmat
A.R. Singham 1941
Datuk Kwok Kin Keng 1948 1979
Dato' T.P. Murugasu 1980 1987
Dato' Paul Mony Samuel 1988 2000
Dato' Dell Akbar Khan
Dato' Ibrahim Saad 2005 2007
Dato' Azzuddin Ahmad 2007 2013
Dato' Hamidin Mohd Amin 2013 2018
Stuart Ramalingam 2018 2021
Mohd Saifuddin Abu Bakar 2021


Ahli gabungan sunting

Ahli gabungan di bawah FAM terdiri daripada kesemua persatuan bola sepak negeri di Malaysia. Terdapat juga beberapa persatuan bola sepak bukan negeri yang berada di bawah FAM.

Persatuan negeri sunting

Persatuan lain sunting


Jawatankuasa Tetap sunting

Kongres Pemilihan FAM ke-53 diadakan pada 25 Mac 2017 untuk melantik Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2017–2021[25].

Jawatankuasa Eksekutif sunting

  • Presiden: Datuk Wira Yusoff Mahadi (pemangku)
  • Timbalan Presiden:
  1. Datuk Seri Subahan Kamal (Selangor FA)
  2. Datuk Wira Yusoff Mahadi (Melaka United)
  • Naib Presiden:
  1. Encik Joehari Ayub (Sabah FA)
  2. Dato' Ab Ghani Hassan (Negeri Sembilan FA)
  3. Dato' S. Sivasundaram (Selangor FA)
  4. Datuk Rosmadi Ismail (Kelantan FA)
  • Exco FAM (lelaki):
  1. SAC Dato' Azisman Alias (PDRM FA)
  2. YB Dato' Aminuddin Omar (Kedah FA)
  3. Datuk Hishamudin Yahaya (Pahang FA)
  4. Dato' Jefferey Low Han Chau (Kedah FA)
  5. Supt. Md Dali Wahid (PDRM FA)
  6. Encik Christopher Raj (Ahli perniagaan)
  7. Encik Subkhiddin Mohd Salleh (Persatuan Pengadil Bola Sepak Malaysia)
  8. Encik Firdaus Mohamed (Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor)
  • Exco FAM (wanita):
  1. YB Dato' Suraya Yaacob (Persatuan Bola Jaring Malaysia)
  2. Puan Shafizah Umamah Abdul Mutalib (Persatuan Bola Jaring Malaysia)[26]

Kongres sunting

  • Pengerusi:
  • Timbalan Pengerusi:
  1. Datuk Seri Afandi Hamzah (Kelantan FA)
  2. Datuk Abdul Mokhtar Ahmad (Selangor FA).
  • Setiausaha Agung: Datuk Hamidin Mohd Amin
  • Ahli: 38 persatuan bola sepak negeri yang bergabung.

Kecemasan sunting

  • Pengerusi:

Kewangan dan Pengurusan sunting

  • Pengerusi:

Pasukan Pengurusan Kebangsaan sunting

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia sunting

  • Pengerusi:

Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 Malaysia sunting

  • Pengerusi:
  • Timbalan Pengerusi:

Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-20 Malaysia sunting

  • Pengerusi:
  • Timbalan Pengerusi:

Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-17 Malaysia sunting

  • Pengerusi:
  • Timbalan Pengerusi:

Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-15 Malaysia sunting

  • Pengerusi:
  • Timbalan Pengerusi:

Pertandingan tempatan sunting

  • Pengerusi: YH Dato’ Afandi Hamzah.
  • Timbalan Pengerusi: Datuk S. Sivasundram

Undang-undang dan Peraturan sunting

Pertandingan antarabangsa sunting

  • Pengerusi: Datuk Rozabil Abdul Rahman
  • Timbalan Pengerusi: Datuk Sudarsono Osman


Jabatan Pelesenan Kelab sunting

Jabatan Pelesenan Kelab FAM akan mengendalikan semua kelab-kelab bola sepak yang berkaitan hal lesen bagi kelab-kelab bola sepak di Malaysia untuk menyertai pertandingan Liga Super Malaysia, Liga Perdana Malaysia, Liga FAM, Piala FA Malaysia dan Piala Malaysia.[27] Ia juga boleh mendapatkan kelab-kelab bola sepak untuk menyertai kejohanan Liga Juara-Juara AFC dan Piala AFC.[28] Jabatan Pelesenan Kelab FAM akan mengeluarkan dua dokumen bagi lesen kelab, iaitu:-

  • Kelab Pelesenan Manual FAM
  • Peraturan Pelesenan Kelab FAM


Rujukan sunting

  1. ^ "Malayan Tigress tamed by Thailand in AFF championship". FMT. 11 Julai 2022. Dicapai pada 2 Januari 2023.
  2. ^ Muhamad, Malik (13 November 2021). "Skuad bola sepak pantai negara 'dianaktirikan' FAM". Harian Metro. Dicapai pada 2 Januari 2023.
  3. ^ "FAM 'bedah siasat' prestasi lemau skuad futsal". Berita Harian. 17 Mei 2022. Dicapai pada 2 Januari 2023.
  4. ^ Peng Han, Lim; Aman, Mohd Salleh (24 Oktober 2018). "The HMS Malaya Cup Football League, 1921–1941: Towards the Institutionalization of Football in British Malaya". The International Journal of the History of Sport. 34 (17–18): 1981–2007. doi:10.1080/09523367.2018.1495194. Dicapai pada 27 Disember 2022.
  5. ^ Hong, Fan; Zhouxiang, Lu (2021). The Routledge Handbook of Sport in Asia. New York, Amerika Syarikat: Routledge. ISBN 978-0-429-06120-2.
  6. ^ Rasheed, Zainul Abidin; Zoohri, Wan Hussin; Saat, Norshahril (2020). Beyond Bicentennial: Perspectives On Malays. Singapura: World Scientific Publishing. ISBN 978-9-811-21250-5.
  7. ^ a b c Yusof, Teh Athira (18 Mac 2019). "HMS Malaya: Federated Malay States paid for ship". NST. Dicapai pada 27 Disember 2022.
  8. ^ a b c Chua, Alvin (2015), Malaysia Cup (football), National Library Board, Singapore, dicapai pada 27 Disember 2022
  9. ^ a b "FAM reflect on the highs and lows after turning 95". The Star. 13 September 2021. Dicapai pada 27 Disember 2022.
  10. ^ a b c d "Happy 95th birthday FAM". The Vibes. 11 September 2021. Dicapai pada 27 Disember 2022.
  11. ^ Zin, Omar (17 Januari 2022). "Selepas lebih 40 tahun di Kelana Jaya, FAM pindah ke pejabat baharu pada 2025". Football Tribe. Dicapai pada 28 November 2022.
  12. ^ 10 Fascinating Facts about Tunku Abdul Rahman, Paris: Charing Cross Corporation, dicapai pada 28 Disember 2022
  13. ^ a b Perasmian Stadium Merdeka, Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia, dicapai pada 28 Disember 2022
  14. ^ a b Hashim, Firdaus (6 September 2021). "Aura keramat Stadium Merdeka". Harian Metro. Dicapai pada 28 November 2022.
  15. ^ a b Fernandez, Ken (31 Januari 1958). "First job will be to tour states". The Straits Times. m/s. 16. Dicapai pada 29 Disember 2022.
  16. ^ Chan, Debbie (5 Mei 2007). "Road renamed after anti-colonial". The Straits Times. Dicapai pada 29 Disember 2022.
  17. ^ "FAM PLAN TO BUILD OWN OFFICES". The Straits Times. 10 September 1958. m/s. 19. Dicapai pada 29 Disember 2022.
  18. ^ a b "Seng Quee is signed on for 2 years". The Straits Times. 19 Januari 1961. m/s. 13. Dicapai pada 29 Disember 2022.
  19. ^ Fernandez, Ken (21 Januari 1959). "CHOO to VISIT ENGLAND Another step to improve soccer". The Straits Times. m/s. 14. Dicapai pada 29 Disember 2022.
  20. ^ a b "Where is the Burnley Cup?". TwentyTwo13. 19 Mac 2021. Dicapai pada 29 Disember 2022.
  21. ^ a b "Tengku 'no' to FIFA job". The Straits Times. 8 Disember 1961. m/s. 19. Dicapai pada 29 Disember 2022.
  22. ^ a b Siebel, Norman (14 Mei 1963). "Form Malaysian soccer team, says Tengku". The Straits Times. m/s. 15. Dicapai pada 2 Januari 2023.
  23. ^ a b Eng Tatt, Teoh (15 Jun 1963). "It's Malaysia in M-tourney and after say SAFA". The Straits Times. m/s. 21. Dicapai pada 2 Januari 2023.
  24. ^ Eng Tatt, Teoh (5 November 1963). "Hussein welcomes new FAM, looks to a fair deal". The Straits Times. m/s. 19. Dicapai pada 2 Januari 2023.
  25. ^ Syafiq, Aznan (7 November 2016). "FAM tetapkan pemilihan 25 Mac 2017". Berita Harian. Dicapai pada 27 Disember 2022.
  26. ^ "FAM kini berwajah baharu". Utusan Borneo. 26 Mac 2017. Dicapai pada 27 Disember 2022.
  27. ^ AFC Champions League hope for Malaysia
  28. ^ AFC Champions League hope for Malaysia


Pautan luar sunting