Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan

Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan atau PBNS merupakan persatuan sukan yang bertanggungjawab mengendali hal ehwal sukan bola sepak di Negeri Sembilan. Persatuan ini menguruskan pasukan Negeri Sembilan FC. PBNS merupakan persatuan yang berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan.salah satu ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Persatuan Bola Sepak
Negeri Sembilan
Kerangka
KependekanPBNS
Jenis/bentuk sahBadan induk sukan Sunting ini di Wikidata
Status undang-undangBeroperasi
Sejarah
Ditubuhkan1923; 101 tahun yang lalu (1923)
Penggabungan bagiPersatuan Bola Sepak Malaysia
Pengurusan
PengerusiTunku Syed Haikal Mamak Almarhum Tunku Syed Iqbal Qadri
Timbalan PresidenDato' Dr. Razali Ab Malik
Naib PresidenDato' Mohamad Taufek Abd Ghani
Dato' Mohamed Najeeb Abdullah
Saaran Nadarajah
Lokasi
Ibu pejabatWisma PBNS, Medan Rahang, Seremban
Lokasi
  • Negeri Sembilan Negeri Sembilan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

PBNS juga merupakan rakan kongsi kepada Malaysia Football League (MFL) yang menjadi pengajur utama liga bola sepak Malaysia. Pasukan Negeri Sembilan kini mengambil bahagian dalam pertandingan Liga Premier Malaysia.

PBNS kini diterajui oleh Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Tunku Besar Tampin merangkap Presiden PBNS.

Sejarah sunting

Persatuan ini dikenal pasti bermula pada tahun 1923, ia berdasarkan satu petikan dalam buku sejarah bola sepak Malaysia melalui temuramah dengan Austin Senevirathe yang berusia 93 tahun ketika ditemu ramah. Beliau menyatakan perlawanan Piala Malaya (Piala Malaysia) di antara Negeri Sembilan dan Singapura berlangsung pada tahun tersebut.

Pejabat dan fasiliti sunting

Pejabat PBNS terletak di Wisma PBNS, Medan Rahang, Seremban di mana terdapat beberapa fasiliti untuk pasukan menjalani latihan serta orang awam juga dapat menggunakan fasiliti tersebut. Antaranya adalah Padang Sintetik PBNS, Rahang yang telah siap dibina pada tahun 2018 di mana padang ini digunakan oleh Pasukan Liga Premier, Piala Presiden dan Piala Belia untuk menjalani latihan. Kemudahan tersebut juga boleh digunakan orang awam sekiranya terdapat kekosongan dengan kadar sewaan yang berpaututan bagi tujuan riadah bola sepak. Padang sintetik ini juga dilengkapi dengan kemudahan lampu limpah.

Selain kemudahan padang bola sepak, PBNS juga mempunyai kemudahan Gimnasium PBNS Kapten GYM di mana mereka telah berkolaborasi dengan syarikat Kapten GYM bagi menyediakan peralatan gimnasium kepada pemain-pemain, kakitangan serta kegunaan orang awam dengan kadar sewaan yang berpatutan.

PBNS juga turut mempunyai kedai ‘PBNS Concept Store’ yang menjual barangan sukan jenama Admiral yang merupakan penaja pakaian rasmi Pasukan Negeri Sembilan bagi musim 2020. Terdapat pelbagai jenis pakaian yang dijual di PBNS Concept Store seperti jersi pasukan Negeri Sembilan, baju latihan, kemeja T Polo, seluar sukan dan juga pakaian sukan untuk kanak-kanak.

Pengurusan sunting

Pengurusan PBNS dipilih melalui Kongres PBNS yang diadakan setiap 4 tahun.

Berikut merupakan pemegang jawatankuasa Eksekutif PBNS bagi penggal 2018-2021[1].

Jawatan Penyandang
Presiden Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri
Timbalan Presiden Dr Razali Ab Malik
Naib Presiden Mohamad Taufek bin Abd Ghani
Mohd Omar Mohd Ali
Saaran Nadarajah
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Azmi bin Selamat
Lai Seng Ngeap
Bachik bin Osman
VK Dana
Mohamad Zaki Mahussin
Mohamad Hanipah Abu Bakar
Mohd Khairollah Abd Latif
S Kalidasan

Persatuan ini menguruskan pasukan bola sepak Negeri Sembilan dikenali Negeri Sembilan FA untuk liga-liga kejuaraan bola sepak di Malaysia. Selain itu, mereka turut menganjurkan beberapa perlawanan dalam Negeri Sembilan seperti Piala Tuanku yang dianjurkan bersempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Senarai Presiden sunting

Nama Dari Hingga
Wan Salaidin Wan Ismail 1969 1978
Tan Sri Rais Yatim 1978 1982
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad 1982 2004
Datuk Seri Mohamad Haji Hassan 2004 2018
Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus 2018 kini

Kelab bola sepak sunting

Pasukan sendiri sunting

PBNS mempunyai pasukan bola sepak sendiri dikenali   Negeri Sembilan FC. yang diuruskan anak syarikatnya, NSFC Sdn Bhd.

Kelab gabungan persatuan sunting

PBNS mempunyai 23 ahli gabungan dari semua peringkat daerah termasuk kelab-kelab berdaftar, antaranya:

Kelab sekutu sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Mohd Amin Jalil (10 September 2018). "Tunku Syed Razman presiden baharu PBNS". Berita Harian. Dicapai pada 3 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)