Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

tujuan pertolonngan cemas

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) adalah satu gerakan khas yang ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963.

Bulan Sabit Merah Malaysia
Malaysian Red Crescent
BSMM
Logo of the Malaysian Red Crescent.svg
Ditubuhkan1948
JenisPertubuhan bukan untung
FokusBantuan kemanusiaan
Lokasi
Orang pentingYTM Tunku Puteri Intan Safinaz[1]
Pengerusi Kebangsaan
Laman web rasmiwww.redcrescent.org.my

SejarahSunting

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950-an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain.

Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan tersebut mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963.

Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965.

Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 1975 oleh Parlimen Malaysia.

KerjaSunting

Dalam NegaraSunting

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah menyediakan perkhidmatan ambulans 24 jam di seluruh negara dengan lebih 50 buah ambulans di 16 cawangan.


Luar Negara


Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia juga bergerak aktif dalam membantu persatuan kebangsaan yang lain terutamanya ketika berlaku bencana besar sejak dari 1970an hingga kini dan diantara bantuan kemanusiaan terbesar yang pernah dihulurkan oleh PBSMM adalah pada 2004 ketika tragedi Gempa dan Tsunami di Banda Aceh dimana PBSMM telah menghantar bantuan hasil sumbangan rakyat Malaysia dan juga para petugas sukarelawan dari pelbagai kemahiran dan latar belakang seperti perubatan, logistik, mencari dan menyelamat. Selain itu, PBSMM juga turut menghantar pasukan respons dan menghulurkan bantuan kemanusiaan di:

  1. Gempa bumi Pakistan 2005
  2. Banjir Lumpur Leyte, Filipina 2006
  3. Taufan Milenyo (Durian) Filipina 2007
  4. Taufan Nargis, Myanmar 2008
  5. Gempa bumi Padang 2009
  6. Taufan Feng Shen (Frank) Filipina 2009
  7. Taufan Feng Shen (Frank) Vietnam 2009
  8. Misi Bantuan Kemanusiaan Palestin 2010
  9. Banjir Besar Sind Pakistan 2010
  10. Gempa Bumi Tohoku, Jepun 2011
  11. Taufan Yolanda, Filipina 2013
  12. Gempa bumi Nepal 2015
  13. Gempa bumi Kota Palu, Sulawesi Tengah Indonesia 2018

Pautan luarSunting

RujukanSunting