Persatuan Cina Sarawak
Persatuan Cina Sarawak (SCA) merupakan sebuah parti politik di negeri Sarawak, Malaysia.
Persatan Cina Sarawak | |
---|---|
Singkatan | SCA |
Pengasas | Para ketua peniaga Cina berpelajaran Inggeris, lazimnya dari Kuching dan Sibu. |
Ditubuhkan | Julai 1962 |
Dibubarkan | 1973 |
Ibu pejabat | Kuching, Sarawak |
Penggabungan kebangsaan | Perikatan Sarawak (1962–1973) |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya |
Sejarah Sunting
Parti ini ditubuhkan pada Julai 1962 oleh sekumpulan peniaga Cina yang kebanyakannya berpendidikan Inggeris, dengan para pemimpinnya sebahagian besarnya dari Kuching dan Sibu.[1] Mencontohi Persatuan Cina Malaysia, keanggotaannya terhad kepada etnik Cina yang tinggal di Sarawak dan tujuan penubuhan parti adalah untuk mengemukakan pandangan warga Cina yang kurang radikal berbanding apa yang dibawa oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Selaku parti anggota Perikatan cabang Sarawak,[2] SCA memenangi dua kerusi dalam pilihan raya 1969, dan dua daripada tiga kerusi yang ditandinginya dalam pilihan raya negeri 1970.[3] Parti ini dibubarkan pada tahun 1973 berdasarkan hasil perjanjian antara Perikatan dan SUPP.[4][5]
Keputusan pilihan raya Sunting
Pilihan raya | Jumlah kerusi dimenangi | Jumlah undian | Peratusan undian | Kesudahan | Ketua |
---|---|---|---|---|---|
1969 | 2 / 144
|
▲2 kerusi; Kerajaan (Parti Perikatan) |
N/A |
Rujukan Sunting
- ^ Haruhiro Fukui (1985) Political parties of Asia and the Pacific, Greenwood Press, m/s 774
- ^ Justus M. Kroef (2012) Communism in Malaysia and Singapore: A Contemporary Survey, Springer
- ^ Faisal S. Hazis (2012) Domination and Contestation: Muslim Bumiputera Politics in Sarawak, Institute of Southeast Asian Studies, m/s 283
- ^ The Sarawak Chinese Voters and Their Support for the Democratic Action Party (DAP) Kyoto University
- ^ Hazis, m/s 89