Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia

Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (bahasa Inggeris: Professional Film Workers Association of Malaysia; singkatan: PROFIMA) ialah sebuah pertubuhan perwakilan untuk tenaga kerja profesional filem Malaysia,[1] ditubuhkan pada 23 September 1993. Ia dahulu dikenali sebagai Persatuan Pekerja Filem Malaysia (PPFM) sebelum bertukar nama kepada nama terkini pada 2009. Sehingga Januari 2022, PROFIMA mempunyai 22,500 ahli berdaftar dan 7,000 ahli aktif.[2] PROFIMA juga mempunyai cawangan disetiap negeri seluruh Malaysia dengan pengurusan oleh ketua negeri masing-masing.

Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia
Professional Film Workers Association of Malaysia
Kerangka
KependekanPROFIMA
Jenis/bentuk sah
Tapak webwww.profima.com.my (diarkibkan)
Sejarah
Dibentuk23 September 1993; 30 tahun yang lalu (1993-09-23)
Pengurusan
PresidenKhalil Hj. Salleh
Naib PresidenMisnin Mohd Ehsan
Organisasi indukGabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM)
Maklumat lain
Dahulunya dikenali sebagaiPersatuan Pekerja Filem Malaysia (PPFM; 1993–2009)
Lokasi
Ibu pejabatKuala Lumpur
Kawasan perkhidmatanMalaysia
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

PROFIMA tidak aktif selama beberapa tahun sehingga ia diaktifkan semula pada tahun 2008, dengan Khir Mohd Noor dipilih sebagai presiden persatuan, memegang jawatan sehingga 2021 dan digantikan oleh Khalil Salleh.[3]

Sebagai satu-satunya persatuan di Asia yang mentauliahkan tenaga kerja perfileman, PROFIMA bersuara terhadap kebajikan, dasar dan perjuangan hal ehwal kerjaya dalam sektor pekerja filem di Malaysia, samada yang masih aktif mahupun bersara. Ia juga menganjurkan Anugerah PROFIMA, yang dianugerahkan kepada pembikin filem atas sumbangan mereka kepada industri perfileman tanah air.[2] Selain itu, PROFIMA juga menganjurkan bengkel latihan industri, mewujudkan ekosistem pekerjaan yang lebih kondusif dikalangan kru filem seluruh Malaysia.

Objektif sunting

Penubuhan PROFIMA bertujuan untuk menjaga kebajikan dan bertanggung jawab kepada layanan ahli-ahli dari majikan. Sehingga kini PROFIMA telah melahirkan pellbagai tenaga kerja profesional dalam bidang masing-masing dan ada di antara mereka telah mencipta nama dan berkhidmat dengan produksi antarabangsa.[2]

PROFIMA bukan sekadar sebuah persatuan untuk ahli sahaja, malahan PROFIMA juga adalah salah satu persatuan yang menyumbang ke arah pembentukan dan pencambahan ekonomi negara. PROFIMA juga memberi pengiktirafan kepada ahli-ahli melalui Anugerah PROFIMA dan membantu ahli-ahli yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perfileman.[2]

PROFIMA juga telah dikenali diperingkat antarabangsa kerana sebelum ini telah bekerjasama dengan pengiat filem dari Hollywood dan Bollywood dalam pelbagai acara seperti lawatan, seminar, kursus, pameran dan festival berprestij.[2]

Anugerah PROFIMA sunting

Anugerah PROFIMA ialah anugerah yang serupa dengan Festival Filem Malaysia, yang diadakan sejak 2008, didedikasikan kepada pembikin filem atas sumbangan mereka kepada industri perfileman Malaysia. Ia juga bertujuan untuk memberikan orang ramai dengan pemahaman yang lebih jelas tentang kerjaya yang generasi Y dapat menikmati, yang sangat berkaitan dengan penggunaan peralatan dan asas digital, dan proses kreatif / berbakat.[4][5]

Pada tahun 2017, mereka mewujudkan satu lagi anugerah yang dipanggil Festival Filem dan Anugerah Antarabangsa PROFIMA yang mempunyai 71 anugerah dalam sembilan kategori termasuk Penerbit Terbaik, Pengarah, Solekan, Pelagak Ngeri, Pengarah Seni, dan Jurugambar.[6]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "PROFIMA laksana transformasi 2024, bantu ahli berdepan cabaran baharu". BERNAMA. 31 Disember 2021. Dicapai pada 5 Disember 2022.
  2. ^ a b c d e "PROFIMA: Sejarah Jawatankusa". Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2021. Dicapai pada 26 Julai 2019.
  3. ^ Ridzuan Abdul Rahman (23 September 2022). "'Saya tak yakin, ia sangat meragukan' - Khalil". Harian Metro. Dicapai pada 16 Jun 2023.
  4. ^ Mya Amri (23 Julai 2019). "Hargai Warga Kerja Belakang Tabir, Profima Pertandingkan 57 Anugerah". Astro Gempak. Dicapai pada 26 Januari 2019.
  5. ^ Nadia Azam (26 Julai 2019). "Profima mahu anugerah diangkat lebih prestij". Malaysiakini. Dicapai pada 26 Julai 2019.
  6. ^ Dennis Chua (3 Ogos 2017). "M'sia to host award nights for local and international filmmakers in Nov". New Straits Times. Dicapai pada 26 Januari 2018.

Pautan luar sunting