Persatuan Pelajar Pergigian Antarabangsa

Persatuan Pelajar Pergigian Antarabangsa (Inggeris: International Association of Dental Students - IADS) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili para pelajar pergigian daripada 70 buah negara di seluruh dunia. Ia ditubuhkan pada September 1951, semasa Perhimpunan IADS yang pertama di Copenhagen, Denmark.[1][2]

Persatuan Pelajar Pergigian Antarabangsa
Logo of IADS.png
International Association of Dental Students
KependekanIADS
MotoTogether is better!
PembentukanSeptember 1951
JenisPertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
TujuanMenghubungkan para pelajar pergigian di seluruh dunia
Ibu pejabatGeneva,  Switzerland
Kawasan berkhidmat
Dunia
Ahli70 buah negara
Bahasa rasmibahasa Inggeris
Presiden
Sina Saygili Flag of Turkey.svg Turki
Organisasi indukFDI - Persekutuan Pergigian Dunia
Laman sesawanghttp://iads-web.org

Objektif mesyuarat IADSSunting

Tujuan mesyuarat ini adalah untuk menjemput  ahli IADS, perwakilan dan wakil-wakil rakan IADS dan sesiapa yang berminat untuk saling menukar idea dan pendapat antara satu sama lain, berbincang dan bekerjasama dalam perkara berkaitan dengan persatuan ini. Terdapat pelbagai aktiviti yang akan dibincangkan semasa mesyuarat: Perhimpunan Agung, Mesyuarat Jawatankuasa, program-program saintifik, bengkel kerja, aktiviti-aktiviti sosial dan pelbagainya.

Berapa lama untuk persatuan ini mengadakan mesyuaratSunting

IADS mempunyai tradisi untuk menganjurkan mesyuarat dua kali setahun. Kongres Pergigian Dunia Tahunan Pelajar merupakan acara terbesar setiap tahun, biasanya ia berlaku pada akhir musim panas, di mana Perhimpunan Agung dianjurkan dan pilihan raya tahunan berlaku; Mesyuarat Pertengahan Tahun, yang biasanya berlaku pada akhir musim sejuk atau awal musim bunga, merupakan mesyuarat pertengahan antara dua Kongres untuk menilai dan mengoptimumkan kerja IADS.

RujukanSunting

Pautan luarSunting