Persatuan Penulis Budiman Malaysia

Persatuan Penulis Budiman Malaysia (Budiman) [1] telah ditubuhkan bagi meneruskan usaha membangun, mengembangkan dan memajukan serta memperkasakan persuratan Melayu di negara ini menerusi pelbagai kegiatan.[2]

Persatuan Penulis Budiman Malaysia atau nama ringkasnya BUDIMAN ditubuhkan pada 23 Januari 2010 (Sabtu) dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Penaja di Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Idea penubuhan ini diilhamkan oleh saudara A Halim Ali (Profesor Madya Dr. Abdul Halim Ali), seorang penyair dan juga seorang pensyarah kesusasteraan di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia.

Persatuan telah didaftarkan dengan nombor pendaftaran 0953-11-PRK oleh Pendaftar Pertubuhan pada 2 Mac 2011. Selain itu persatuan ini juga telah berdaftar sebagai sebuah penerbit dengan Perpustakaan Negara Malaysia. Mesyuarat Agung pertama telah diadakan pada 16 April 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat Hamzah Fansuri, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI.

Profesor Madya Dr. Abdul Halim Ali [1] (A Halim Ali) telah dipilih sebagai presiden Persatuan Penulis Budiman Malaysia yang pertama untuk tempoh dua tahun (2011-2012).

Rujukan sunting